REMPIT

apalah abg seksi ni buat?
x jmpa kelawar pun, jumpa Fatimah dr Jeddah adaa!

kak & abg omputih yg riang
laa... bot nih tersangkutlah pulak
cuaca semakin suram
spesis apa ni
Kapten Wan memang tak ikut arahan
adik pemalu bermanja dgn ikan pari
kapal selam sapala ni
disinila tempat bermain ikan-ikan pelik

tadaaaa.... ikan pemalas, tgok tu dia baring ja
si belungkas & tgn adik pemalu
adik pemalu merenung masa dpn
hah.. kan da mcm Venice..eh ye ke

da 10 thn tuan kapal tak dtg jenguk..kata Kapten Wan

yg terbang tuh helang tau bukn bangau

wah.. semangat parti terserlah

Saya tau bagaimana rasanya meREMPIT, merempit di tengah lautan. Sungguh mendebarkan pankreas beserta ulu hati. Jika anda ingin merempit di tengah lautan, sila pastikan anda mengunci jaket keselamatan anda dengan cermat.
Perjalanan rempitan kami bermula dengan cuaca panas dan indah, saya teruja duduk di depan sekali [semua sudah penuhkan tempat duduk belakang] dengan menaiki bot yang tidak mempunyai tempat pemegang dan tempat bersandar dipandu oleh Kapten Wan kami melawat En Helang dan rakan-rakan.
Kami melalui kawasan paya bakau yang seakan-akan hampir sama seperti berada di Venice, tipu, Venice mana ada paya bakau.

Melalui gua buaya, gua kelawar, pulau kasut, pulau King Kong, saya mana tau nama pulau tu semua, yang bagitau kami pun Kapten Wan, kalau dia tipu pun kami percaya sebab dia yang pandu bot yang tidak mempunyai tempat pemegang dan tempat bersandar, bukan kami.
Kami berhenti di tempat ikan-ikan pelik, sambil ternganga mendengar penerangan adik pemalu mengenai ikan-ikan pelik ini, antaranya, ikan malas, memang malas macam panda, saya cukup tak sangka bertemu lagi dengan si binatang yang pemalas, ikan sumpit, ikan pari [ikan pari pun pelik ke], adik jerung, ibu belangkas dan sewaktu dengannya.
Sewaktu pulang inilah, aksi rempitan yang mendebarkan bermula, Kapten Wan meminta izin kepada kami untuk melalui lautan untuk melawat pulau-pulau di Langkawi, kami apalagi, yey!
Perasaan teruja apabila dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan, ombak yang baik.

5 minit, 10 minit, 15 minit kemudian, ombak tidak berapa baik, kami dilambung ke kanan dan kiri, air lautan sudah sebati dengan kami, kini saya tidak teruja duduk didepan sekali. Seperti dalam filem Titanic, jeritan gembira, jeritan duka, jeritan rasa ingin berenang terus ke pelabuhan makin memuncak apabila bot kami hampir tumbang ke sebelah kiri, mujurlan Kapten Wan hero yang gagah, dan yang paling utama, apabila berada di atas bot bacalah doa dan surah-surah yang dapat melindungi kita, Allah pasti dengar!

~sedang mendengar: 1000 tahun -Butterfingers

MC: Abang JetSki kata mereka tak turun kelaut bahaya, ombak ganas.Kami telah mengharungi ombak ganas tersebut dengan menaiki bot yang tidak mempunyai tempat pemegang dan tempat bersandar dipandu oleh Kapten Wan hero yang gagah!

4 comments:

hamba said...

wau.. mmg bess kalo bleh pg mancing...

Seladang said...

Dua gambar menjadi tandatanya aku.

1) Adakah kapal selam itu yang dibeli oleh Kerajaan Malaysia dari Peranchis dengan komisyen rm510 juta?

2) Kapal yang 10 tahun dah tuannya tak datang tu adakah kepunyaan Dr. M atau Altantuyya?

alizarin said...

Kat mana jer makcu gie, nampaknye ader je binatang pemalas yang akan menemani yer..

Makcu said...

hamba:waaauu..mana buleh mancing ikan pelik....nnti dia sumpit


seladang: yaaa...
1)yg ni versinya lbih murah skit, sbb yg lebih murah, tidak akan disoal siasat oleh badan penerima rasuah...

2)ek .. mana tau ni.. ada bhagian sama ke...

alizarin: ahalaa kan...erk tp kita rajin yee...x mcm minatang2 tuh..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...