KERJA

akak nih doa nak dpt keja kaa nak dpt jodoh?

Adakah anda suka KERJA anda sekarang?
Adakah saya akan suka kerja saya sekarang?

Adakah anda akan suka pada kerja saya sekarang?
Adakah saya akan suka pada kerja anda sekarang?

Adakah anda akan suka pada kerja lain pada masa akan datang?
Adakah saya akan suka pada kerja lain pada masa akan datang?

Adakah anda ingin menerajang saya kerana saya nak kerja anda sekarang?

Saya akan mula beKERJA sekali lagi... setelah bertahun-bertahun tidak bekerja. Esok!
Tiba-tiba saya rasa saya tak tau nak buat apa,
nak kerja ke tak, nak duduk rumah saja ke tak,
nak tunggu pinangan ke tak….erkk itu mestilaah nak..

[doakan saya dapat bekerja dengan ikhlas dan______ (ya boleh isikan sendiri)]

~sedang mendengar: Wonderwall dari Oasis

BAIK

jika kamu tajam pglihatan, mana satukah Cikgu Nordin?

Saya menerima kejutan lagi. Bukan kejutan menang loteri. Haram.
Saya menerima kejutan dimana kawan BAIK dan musuh baik saya semasa sekolah rendah muncul tiba-tiba di rumah saya.
Aloy [nama orang] kawan sepermainan ceper,baling tin, badminton, galah panjang, sorok-sorok, panjat–panjat, judi, bakar-bakar, juga tak lupa polis sentri. Di sekolah saya tidak dibenarkan bermain, kerana dia pengawas sekolah. Dia perlu menjaga imej. Adik-adik gedik perempuan darjah 2, 4 dan 3 amat mengkagumi ketegasan, keterampilan dan kematangannya. Mungkin juga ada adik–adik gedik lelaki yang mengkaguminya, euwww..
Aloy merupakan insan yang pernah menemankan saya dan berlari-lari anak pulang ke rumah CEO memberitahu saya tidak sedarkan diri di padang permainan, bukan disebabkan tidak sedar diri akibat bermain keterlaluan, tapi saya tidak sedar kerana saya sakit. Betul saya sakit di padang permainan!
Aloy juga insan yang termenung keinsafan melihatkan Makcik Lah [nama orang] mengurut kaki saya akibat jatuh dari longkang, akibat terlalu teruja bermain sorok-sorok, jika anda ingin bermain sorok-sorok dengan kawan sila jangan bermain di longkang, tolonglah pilih tempat yang lebih wangi lagi selesa.
Mir [nama orang] musuh baik saya, adalah musuh perdebatan tidak kira dalam situasi apapun terutama di sekolah. Mir bermulut celupar, laser dan ganas, mungkin kerana saya sedikit celupar, laser, dan ganas terhadapnya, [baca: saya kata mungkin], ini kerana dia.... tidak perlu saya sebutkan disini, ini akan mengaibkan musuh baik saya.
Mir juga dengan begitu gembira lagi berbunga-bunga melihatkan kepala saya dan Syah [nama orang], diketuk oleh Cikgu Nordin [nama orang], kerana kesungguhan kami bermain baling bola kertas sehingga menyebabkan bola tersebut jatuh tepat ke atas.....sekali lagi tidak perlu saya sebutkan disini, ini akan mengaibkan cikgu baik saya.
Hubungan kami terputus berbelas-belas tahun, mungkin 15 tahun atau lebih, agak terharu, kami bertemu.
Kami berborak, Aloy semakin tegas, terampil dan matang.
Mir semakin...owhh tidak..Mir sudah tidak celupar, laser dan ganas. Saya boleh berborak dengan Mir begitu tenang tanpa ada perdebatan, yey!
Mir jurutera di syarikat pembinaan antarabangsa dan Aloy mempunyai perniagaan Insurans sendiri.
Saya, saya, saya...ternganga..
Kenapa mereka tiba-tiba muncul ?
Ya, kerana nak melawatla takkan nak main sorok-sorok dalam longkang pulak...

[...dan mereka sangatlah matang seiring dengan usia...erk saya pun akan ke arah itu...]

~sedang mendengar : Segitiga dari Cokelat

MAGHRIBI

agaknyee inilaa yg dikatakan pintu itu..
meja pun chantek berukir

pintu msuk yg sgtlaa tinggi..

Anda pernah ke MAGHRIBI atau MOROCCO [dalam bahasa penjajah]
Saya pernah.

Kami melawat ke Marrakech, bandar utama Maghribi.
Tidak jauh rupanya Maghribi ini, hanya berbekalkan RM 7 anda boleh menaiki keretapi comel lebih kurang 30 minit dan keretapi comel akan singgah di Marrakech, Maghribi di Putrajaya. Anda juga boleh menaiki basikal ke Maghribi di Putrajaya. Yaa...Maghribi di Putrajaya...Comel kan..

[ya..Maghribi di Putrajaya saya sudah sampai, Maghribi di Maghribi... insyAllah dalam proses akan sampai.. doakan..]

~sedang mendengar: Casablanca dari Bertie Higgins


LIHAT

Saya . Jururawat. HUKM [Bahagian Kecemasan: Tidak Kritikal]:

Jururawat : Adik.... bukan tgh SPM ke skrang?
Saya : Erk..agaknye...
Jururawat: Takde paper ke arini?
Saya: Erkk.. erk... tak..
Jururawat: Ke adik da lepas SPM?
Saya: Da .. kak jururawat....
Jururawat: Laaa.. ye kee... ingatkan tgh amik SPM lagi....
Saya: Ko ni da ilang akai ke apoo....ntah-ntah aku lagi tuoo dr ko.....(jawaban manis ini hanya berlegar-legar dalam jiwa saya). Sambil tersenyum... Pelik ditambah dengan sedikit riak...
_________________________________________________

Saya telah menerima SMS ikhlas lagi manis dari Joey [bukan nama sebenar]:

*Yang, tahniah ko berkongsi hari kebahgiaan dgn Mawi & Ikin, apa perasaan..huhuhu..*

Perasaan saya:
Tiada.
Mereka siapa?
Tiada kena mengena dengan saya.
Mereka akan berkahwin, saya semakin berusia, sekali lagi tiada perasaan.
Tapi tidak kepada pengLIHATan jururawat HUKM bahagian kecemasan tidak kritikal.

[Terima kasih atas ucapan-ucapan awal hari kebahagiaan saya [baca: HariJadi @ HariTua saya..lagi sebulan kott...]

~sedang mendengar: Eternity dari Robbie Williams

PUTUS

kiciwa x dpt buku otromen, tenang itu bkn pnentu msdpn

Anda tidak mendapat kePUTUSan memuaskan dalam UPSR.
Tenang, ini bukan penentu masa depan...
Anda tidak mendapat keputusan memuaskan dalam PMR
Tenang, ini bukan penentu masa depan...
Anda tidak mendapat keputusan memuaskan dalam SPM
Tenang, ini bukan penentu masa depan...
Anda tidak mendapat keputusan memuaskan dalam TOEFAL/IELTS
Tenang, ini bukan penentu masa depan...
Anda tidak mendapat keputusan memuaskan dalam Ujian Kemasukan IPTA/IPTS
Tenang, ini bukan penentu masa depan...
Anda tidak mendapat keputusan memuaskan dalam Ujian Laser Mata
Tenang, ini bukan penentu masa depan...


UPSR/PMR /SPM /TOEFAL/IELTS/ IPTA/IPTS/ Ujian Laser Mata...
Ini semua bukan penentu masa depan, dengan bantuan Allah S.W.T. anda sendiri yang tentukan, kerana anda mampu mengubahnya...


[terasa spt Cik Adibah Noor sedang mengacarakan iklan Kementerian Pengangkutan..opss..]


~sedamg mendengar : Nothing Compares 2 U dari Sinead O’Connor

GEMBIRA

gembira slps m'curi layang2 pakcik b'seluar yankeee
gembira m'dapat calon suami yg pandai berenang2 itik


Saya GEMBIRA sampai tak tau nak buat apa..
Mereka yang di atas nampaknya lebih gembira dari saya...

[ betul ke saya gembira??]

~sedang mendengar : Laskar Pelangi dari Nidji

HITAM

Obama sudah menang jawatan Perdana Menteri Amerika.
Obama perlu berpindah rumah.
Rumah Putih.
Persoalannya :
adakah Rumah Putih akan ditukar kepada nama Rumah HITAM?
Kerana warna kulit Obama tidak begitu putih jika hendak dibandingkan dengan Perdana-perdana Menteri Amerika sebelum ini.
Takda kena mengena ya, soalan saya, peduli apa... blog saya...
sukatilaa saya nak tanya apa....

[Kerana nama saya Rain, erkk.. Hitam itu menawan]


~sedang mendengar : Hitam dari Padi

SELAMAT

sdg giat usaha mgira umornye..

SELAMAT Hari Jadi
untuk Cik Hanna Najihah bte Onny Zalman @ Onn Afif
(yer nama baba lebih panjang dari anak)
Umur : 3 atau 4 tahun atau saya akan tanya dia kembali...
Kegemaran : Makan, Main, Main, Makan, Main.
Kelebihan :
a) memanjat grill pintu yang mencabar
b) membuat mural di dinding rumah CEO
c) menjerit-jerit dan menyanyi tanpa sepatah haram pun kita akan faham apa nyanyian dia.
d) dapat memujuk orang yang marah terhadapnya dengan cara yang bgitu manja dan meruntun jiwa(camana dia buat ntah, dengan mata & lesung pipit dia ishhh.....)
e) mempunyai lesung pipit mewarisi makcuunya kerana baba dan mamanya tiada, ni adalah bahagian di mana saya riak (ni termasuk dalam kelebihan ke)
f) suka memberontak dan tidak suka pada adik-beradik yang lain (ni kelebihan jugak ke)
e) tidak mengizinkan saya mencari pakcu ( mak aii, ni memang bukan kelebihan ni)
Rancangan TV kegemaran: Wonderpet(saya tak puas hati dengan kartun ini, nanti akan saya ceritakan)
Cita-cita : Kereta Ambulans (cita-cita suci ini telah saya halang dengan jayanya)
[ dia manjeee, tanjeee, banjeee..cepatnya dia membesar]

~Sedang mendengar : Clocks dari Coldplay
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...