UMUR

erk ...kek lagik
kek ptama...



2012

"Perkara paling sedih bila tibanya tahun baru ialah UMURku bertambah sedangkan amalku tidak bertambah.."~Ibnu Mas'ud

Terima kasih pada keluarga, rakan-rakan, taulan, kroni-kroni, musuh-musuh serta bekas-bekas saya yang masih lagi ingat hari umur saya meningkat.
Terima kasih atas ucapan- ucapan manis dan menyentuh relung sanubari di SMS, MMS, FB, YM, GPRS, FS, MSG, WTH, ehh...juga panggilan-panggilan di awal pagi tadi yang menganggu –gugat erk.. tidak yang amat menyenangkan jiwa dan perasaan saya. Hadiah-hadiah yang sangat bernilai dari anda semua juga amat saya hargai dan sekali lagi terima kasih semua (sambil bertepuk-tepuk tangan dan hidung..hidung kenapa hidung...sukatila)

~sedang mendengar: Kau 3kan Cinta-Elkasih

MC: Terima kasih ya Allah kerana masih lagi meminjamkan aku kehidupan dunia yang sementara ini, terima kasih ya Allah kerana masih lagi meminjamkan aku dengan nikmat-nikmat indah yang sementara ini, moge aku tak lalai dan tak jauh dariMU ya Allah, ameen, anda pun doa sama-sama dengan saya ya!

HIJRAH

" moge KAU terima hijrah kami, Ya Allah"
doa2 ye anak2 semua
ok mamat yg sorang tu, dia kata nak bce komik bru nak solat isk!
abg im(imam besar), acheen, nini, nana(ma'mum)
ku sujud padaMu
apelaa yg budak am blakng tu wat...
ma'mum blakang sila bgi kosentrasi lebih skit ye



Kita kadang-kadang lupa, saya tak kata anda, saya kata saya!
Kita lupa dengan nikmat Allah, kita lupa dengan apa yang kita dapat hari ni, kita lupa dengan kemewahan yang dipinjam sementara, jadi apa yang kita ingat?
Kita ingat pergi bersuka ria berpoya-poya, kita ingat marah kita punya pekerja pasal buat kerja lembap gila, kita ingat nak naik pangkat, nama dan harta, saya tak kata anda, saya kata saya!
Kita lupa kita kena syukur dan mula berHIJRAH, jadi yang lebih baik, jadi yang lebih berguna.
Apa hijrah anda, apa hijrah saya, kita sama-sama doa semoga hijrah kita akan lebih bermakna, saya tak kata saya saja, saya kata anda dan saya juga!

~sedang mendengar: Rapuh -Opick

MC: Mohla kita berhijrah bersama-sama, bukan saya saja, anda juga!

PENAT

Ayoh besama2 Enchik Putih ....

PENAT

P.E.N.A.T

Sangat penat....
Sangat lemau...
Sangat sibuk...
Sangat lesu...
Sangat lara...

Terima kasih semua yang menyokong ataupun membangkang juga yang sabar menadah telinga bagi membantu kepenatan saya ini! Terima kasih juga Enchik Putih yang sudah hadir!

~sedang mendengar: Ya Ummi-Ahmed Bukhatir

MC: Semoga Allah bagi ketabahan tuk saya dan anda bertahan dalam apa jua keadaan!

BANYAK

memohon petunjuk..
suda btukar status ye abg dlm kamera ni
oit oit wat pe tuh
ciuman dr sorg balak.erk laki
owaaaaa sy da nikahh oyayyyayaa!




BANYAK pasangan berkahwin cuti-cuti Malaysia sekolah ni.
Tahniah kepada yang da kawin, yang belum kawin teruskan usaha mencari pasangan anda, saya sekadar mengingatkan saja!
Kepada pasangan Dr Yanty & Encik Shah, Tahniah! Gambar lain akan dikemaskini kan, sekian dari atas Menara Tinjau Bukit di Ampang.


~sedang mendengar: No One- Alicia Keys

MC: Banyak sangat-sangat jemputan bulan 12 ni..pehh!!

KORBAN

sy siap sedia tuk dikorban!

Eid Mubarak!
Selamat menjalani ibadah korban, apakah korban yang anda lakukan pada tahun ini?
Fikir-fikirkan dan selamat beramal (sila ikut lentokan suara manja pakar motivasi yang kat radio tu, siapa entah nama dia?)

~sedang mendengar: KeAgungan Tuhan - D'lloyd

MC: Ayuh.. kita berkorban!!!

SEJUK

aksi bwh pon jadiklaa
tak nampak sgt muke2 anda smua
potong..potong..topong..potong..
yg sy pakai bunge ye bukn stroberi
sukenyeee bile bjaya mdapatkn sketul stroberi
nak wat apo ni?
camni carenye nak petik pkai gunting stroberi ye anak2..
tido2 pon nak pgang bunge, elee minah bunge ni!
eskrim sejuk, abg pon sejuk
sejuk lagik
adik pon nak mamam eskrim sejukk ..whoahh
bgaye sggh jip ni..pehh !
En Leman dok berangan jauh!


Rasa SEJUK dari bukit tinggi yang membuatkan paru-paru terkuak masih lagi terasa sehingga saat ini, memandangkan cuaca di bawah bukit juga berada di tahap dingin-dingin penghawa dingin jenama York, masih lagi rasa kurang bertenaga saya dibuatnya.
Antara aktiviti-aktiviti yang dapat menyihatkan badan dan mengurangkan tahap sejuk sehingga terkuaknya paru-paru ketika berada di atas bukit adalah..., sila rujuk gambar di atas, saya kurang bertenaga nak taip.

~ sedang mendengar: Menghujam Jantungku- Tompi

MC: Sejuk sangatla sekarang, kurang bertenaga betulaaa...

TINGGI

mngira daun teh yg warne hijau ek wane coklat
ek sapa kat ats, sapa kt bwh ni
abg jurugambo rasmi sdg membetulkan posisi
pngantin & En Hilux yg btungkus lumus mbawa kami
ek mnara senget ka, aku yg senget ni
mengigil2 pon.. ade ati nak tunjuk2
" aloh2 tomeiinyee a laki aku ni"
ye, sy pgantin & sy kena kontrol ayu gitu
dmanakah kapla pgantin ini?


Bertempat di bukit TINGGI Cameron Higlands, kami dengan mesranya menghantar pihak pengantin.
Suhu yang kadang-kadang mencecah 18 c membuatkan rongga paru-paru kami terbuka dan kadang-kadang terkeluar, saya rasa kadang-kadang saja..
Berada di atas bukit Brinchang juga agak mencabar minda kerana jalan yang sekurus dan seramping mungkin agak sukar membawa pengantin ke atas menara tertinggi di sana, mujurlah ada Encik Hilux yang bersedia berkhidmat untuk kami.

~sedang mendengar: Dalam Hati Saja- Warna

MC: Betula jalan nak naik bukit kurus & ramping, tak caya naik ar...

JADI

nak jadi apo ni huwaaaaaaa
sy nak jadik ben-10
sy nak jdik model gituw
nak jadi twan makcu twntuu
jadi... jadi..jadilaaa




Kau bukan tuan,
JADI jangan jadi,
Kau bukan pegawai,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan diva,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan profesional,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan pemandu,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan kerani,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan makcik buat kopi,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan akak jaga kaunter,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan kuli,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan pembangkang,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan pelakon,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan pencadang,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan buaya,
Jadi jangan jadi,
Abis tu,
Kau nak jadi apa?
Kau jadi diri kaula! Ngook!

~sedang mendengar: Cinta Jangan Kau Pergi -Vidi Aldiano

MC: Ntah jadi ntah tidak...

AKAD

ala2 nikah dlm taman gitu! ape ni??, misteri sggh!
strawberi celup coklat, strawkelat namanya!


Bertempat di kediaman rasmi CEO, sejurus solat Asar telah berlangsung acara AKAD nikah pasangan Ika dan Amir [ kedua-dua nama manja].
Pengantin perempuan dari Ampang, pengantin lelaki dari Bukit Tinggi, Cameron Highlands, kenapa nikah di rumah CEO di Kajang, sukatila nak nikah mana-mana pun kan!
Waktu saya pulang kerja, hari suda malam dan pengantin lelaki juga sudah beredar.
Jadinya di waktu penat-penat kuku dan sakit-sakit sendi selama dua hari berturut-turut menjaga panel untuk anugerah, sempatla juga saya mengambil gambar sebentar sambil mata terbeliak melihat kediaman CEO yang suda bertukar menjadi taman bunga bukit tinggi dan juga mata tertumpu kepada strawberi segar yang dibaluti coklat. Jangan ingat Dato' Siti ja yang dapat hantaran macam ni!
Minggu depan, jika dizinkanNYA kami akan menghantar pengantin ke bukit tinggi dan saya berdoa agar saya tidak bekerja, sila doakan saya ya!

~sedang mendengar: Abdul & The Coffee Theory- Beauty is You


MC Seperti telahan mesra dr SMS, MMS, FB dan teka-teki dari rakan, kroni serta musuh bukanlah saya yang menjadi pengantin di kediaman CEO pada hari tersebut, sekian.

KASIH

berair mata ros ni
ey byknyee patung.. mcm darjah tiga comel kan
ni lekat kat mana.. teka?
laa.. melekat kat bunga..eek bunga lagik
mcm artis u...dpt bunga berhari2!
bolehla melenjan jap lagik
patung yg kontroversi! K & Zat jgn bg komen!
yg coklat tu bule makan, yg lambang sekola tu liat sikit nak mkn


Terima KASIH.
Kepada semua yang memberi sokongan, rangsangan, pembetulan, pemerhatian, penempatan, dan an, an sekalian.
Terima kasih.
Hadiah-hadiah dan kata-kata yang penuh makna, yang anda beri dan kirimkan, amat saya hargai dengan penuh makna juga.
Tidak semua gambar hadiah yang bermakna dapat diletakkan disini bagi menghormati keputusan dan rayuan pemberi hadiah yang sungguh bermakna, ye ayat makna sangat banyak disini!
Terima kasih.
Atas kata –kata baik, logik, puji, sopan, mulia, sangat saya hargai dan saya simpan.
Kata-kata kesat, ngilu, tajam, kejam, sangat saya hargai juga dan saya simpan kerana ia sangat bermakna bagi saya, terima kasih kerana menjadikan saya orang, er, sebelum ni saya bukan orang ka??
Terima kasih.
Encik-encik, Puan-puan, Cik-cik, sekalian yang banyak membantu saya mengharungi pahit, manis, masin, kelat, payau hidup bersekolah dulu, dan banyak memberi penampar, penerajang, kasih sayang, cinta monyet rindu dan sewaktu dengannya.
Hanya pencipta Roh saya yang dapat membalas jasa anda semua!

~sedang mendengar: Kelibat Si Penyair –Azlan & The Typewriter

MC: Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...