LAGU

Onyang Wan, mak angkat merangkap mak sedara CEO
CEO sdng mcari2 sapa paling kacak dlm gamba lama
mata & ingatan msih tajam..whoah...
adegan ni tlh dipaksa dan tlh disunting
Tok Da, CEO punya bapak sedara yg masih lagi hidup, Alhamdulillah!
owh tunjuk baik ade sebb ye..


Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang
SelaluApa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi
Walau Hidup Dalam Kesukaran

Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban
Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi

Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya
Salam Aidilfitri Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini

Kerna Belum Cukup Berbakti
Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti

Keperitan Saat Itu
Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum

Andai Anakmu Bahagia
Salam Aidilfitri Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti
Di Aidilfitri, Di Aidilfitri


LAGU raya paling menyentap jiwa dan indah pada tahun ini, jatuh kepada lagu Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda dari kumpulan nasyid Raihan dan kumpulan nasyid Hujan.
Memandangkan saya suka Hujan, jadi saya sukalah lagu ni, itu saja sebabnya!
Satu lagi sebab kata-kata terakhir lagu ini:
“Maafkanlah Anakmu Ini, Kerna Belum Cukup Berbakti”
Ya, sangat-sangat menyentuh relung hati saya, hati anda saya tak tau! Lagu ini akan menjadi lagu terbaik raya saya, yey!

~sedang mendengar:Lagu nila

MC: Sila berbakti kepada orang tua anda semua, selagi belum di”jemput” Ilahi, yang suda dijemput Ilahi doa dan amalan anda sebagai bekalan untuk mereka disana!

BIASA

jgn segan nak bg duit raye kat makcuu sy ye
tak dapat kuih raya, jari raya pon jadikla
cium..cium lagik Mem CEO!
kasut ben 10 n kasut barbie nak beraya jugak!
ait blom sampai kg da tido... ke belakonn..:P


Raya, yang biasa-biasa saja:

a) Pulang ke kampung -Tanjung Malim dan serata tempat di Sg Besar, lebih biasa lagi beraya ke Beruas, 13 jam di satu jalanraya, 30 minit di satu rumah sahaja. Biasa!

b) Drama di televisyen - Drama Rempit dan Drama Hantu bersepah-sepah sehingga naik menyampah. Biasa!

c) Jiran dan sedara-mara berkunjung sehingga malam-malam buta. Biasa!

Raya, yang luar BIASA:

a) Tiada sendawa gas maupun aksi-aksi yang mendebarkan di tandas waktu siang raya, Luar Biasa!

b) Kawan-kawan saya terlibat dalam kemalangan melibatkan 4 buah kereta, semoga anda semua redha & tabah dengan ujian Allah! Luar Biasa!

c) Saya masih lagi menerima duit raya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas dermawan semua. Luar Biasa dan sangat gembira!

~sedang mendengar: Deodin Sarang- Lee Dong Gun

MC: Baru Shawwal ke -7, banyak lagi gambar dan perkara yang nak dikongsikan.

RAYA

bersalam2an laa.. takan bertampar2an pulak..


SELAMAT HARI RAYA 1430H,

Bagi yang mengenal saya secara maya, saya ingin mengucapkan maap atas kemanjaan, keriakan, kekasaran, keterujaan, ketakaburran, kekacauan, ketidak senanghatian struktur ayat, tatabahasa dan gaya bahasa penulisan saya selama ini terhadap anda semua.
Bagi yang mengenal saya secara luar maya, saya mintak maap juga, ucapan sama macam di atas, ditambah gaya percakapan serta perbuatan saya yang pernah atau akan mengguris hati serta pankreas anda, maap ya!
Terima kasih juga atas ucapan-ucapan anda di FB, FS, MMS, SMS, MSG, MUH eh ni da lain..dihargai!
Jika anda ingin saya maapkan anda, anda boleh membawa kuih raya berjenama samperit atau putu mayam, eh ni kuih raya ke...juga rendang tok beserta ketupat palas ke tempat kerja saya.
Saya bekerja di hari raya, seronoknyaaaa tidak terhingga seperti berjumpa dengan penyanyi En Chris Martin seadanya!

~sedang mendengar: Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda – Hujan & Raihan

MC: Memang tak seda masa berlalu Ramadhan ni, memetik kata-kata Uncle dalam FB saya, “Mc ... kau yang muda belia pun rasa masa berjalan begitu pantas, bayangkan kalau kau tua nanti .... mungkin masa memecut macam Ferrari kot ....”

PUASA

awal-awal berpuasa....mcm nilaa rupanya..

Tengahari yang nyaman. Saya. Chacha:

Saya: PUASA tak?
Chacha: Poceee..
Saya : Abis tu kat mulut tu apa?
Chacha: Ni pocelaa..

[sambil mengunyah jajan berjenama Rotong, sungguh tak popular jenama jajan ini...huh]

Saya: Ait.. mcm tu ek pose....
Chacha: Pocelaa, makcuuu kawankuu.....


~sedang mendengar: Kasih Putih –Glenn Fredly


MC: Tak seda masa berlalu, suda hampir ke penghujung Ramadhan, semoga Allah memberikan kita peluang untuk berpuasa lagi pada tahun-tahun akan datang...

PILIH

pilih,pilih mana yg berkenan? kaki sapa nak dipilih ni...euww..


Setiap insan mempunyai pilihan masing-masing, pilihan memilih pakaian, pilihan memilih makanan, pilihan memilih kenderaan, pilihan memilih hidup maksud saya pasangan hidup…[ayat yang biasa terdapat dalam buku teks tingkatan dua]

Saya juga sedang membuat pilihan, bukan pilihan untuk merisik, bertunang apalagi berkawin,
bukan pilihan untuk menyambung sarjana yang terhenti tiba-tiba, bukan pilihan mau menukar telefon bimbit yang disonglap oleh pencopet Komuter, bukan juga pilihan membeli kamera berserta kantanya yang panjang sedepa.

PILIHan untuk meneruskan kerjaya dengan kerajaan negara saya yang bermurah hati menaja pengajian saya atau meneruskan kerjaya perhubungan awam di syarikat penjajah yang menyediakan acara-acara di Timur Tengah?
Anda juga boleh menolong saya membuat PILIHan dengan menghantar undian ke... ekk...yela keblog nilaa..

~sedang mendengar: Pilihla Aku-Helena

MC: Semoga Allah memberi saya dan anda hidayah & petunjuk! Ek cantikla tarikh arini.... ade kena-mengena ke...

BULAN

hampe lagu Alex kalah..
masih lagi nak vote tuk Faizal Tahir wpun da tau dia menang,
perlulaa kot!
senilaa sgt...
byk sibuk.. byk keja..slps buln merdeka...
ni bukn adiah am ye..
camaa tak?
seronok aa parti2 buln pose ni..
dimanakah sain sy?



Yang menarik atau yang tak menarik pada BULAN Merdeka dan selepas bulan Merdeka:

1) Harijadi CEO, Ate, Khayra, Andak, Eross, semoga hari-hari anda menjadi dan semoga Allah memanjangkan usia dan memberi keberkatan dalam hidup anda! Saya pun harap begitu walaupun bukan harijadi saya!
2) Lagu Alex kalah, jangan sedih Makteh, Alex boleh cuba lagi tahun depan, mana tau ada lagu untuk Dua Malaysia, Tiga Malaysia, Malaysia Raya, Malaysia Siapa Punya...
3) Tidak seperti tahun sebelumnya, tahun ini tiada gambar Bazar Ramadhan, kerana saya kurang masanya nak ke sana dan saya tiada tugasan yang perlu di hantar lagi.
4) Tempahan untuk Majlis Berbuka Puasa, Majlis Berhari Raya, Majlis Konvokesyen, Majlis Tunang, Majlis Kawin, Majlis Harijadi, Majlis Buku, Majlis Santai-santai, Majlis-majlis Ilmu dan Majlis Amanah Raya yang belum saya sahkan lagi penyertaannya.
5) Saya semakin sibuk dengan hal-hal keduniaan, doakan saya berjaya!

~sedang mendengar: Suara ku Berharap -Hijau Daun Band

MC:Doakan saya berjaya selepas bulan kemerdekaan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...