MENANG

* Hujan lebat disana semalam...

Alhamdulillah

MENANG...

menang dan menang....

Macam-macam komen yang 'membina' dari mereka yang kalah teruk...
"kita demokrasi.. "
"kita telus.. "
" kita adil... "
"kita akan buat susulan mengenai kekalahan kita"
pandai pula mereka berfikir untuk diri sendiri setelah malu dan kalah..

[anda tak akan berada di atas untuk selamanya]

~sedang mendengar : Stop and Stare dari One Republic

LEBIH

* tempat ini agak menarik jika anda masuk

Hanya beberapa kali sahaja menjejakkan kaki ke sini selama bertahun-tahun belajar, dan LEBIH 3 semester rasanya tak masuk ke tempat ini.
Rindu rasanya, adakah anda rindu atau anda lebih semester tidak masuk ke sini dari saya?
[ anda pun perlu rindu untuk masuk tempat ini, atau adakah anda bangga kerana tak masuk langsung...]

~sedang mendengar : Disini dari Nidji

PADAT

* Cubalah pengangkutan awam ini

Tahniah!!! Kerana untuk pertama kalinya dalam hidup anda semalam anda menaiki pengangkutan awam (saya agak sahaja). Saya juga menaiki pengangkutan awam pada hari ini, sama sahaja, owh tidak lebih buruk, lebih menyeksakan jiwa dan raga setelah anda menaikan harga, harga apa, anda tahu sendiri.
Pengangkutan awam sangat-sangat mem ‘bahagia’kan penumpang, apabila kePADATan yang melampau, sehingga beg laptop saya tersekat antara pintu pengangkutan awam yang saya naiki, nasib baiklah pakcik yang menjaga pintu dengan gagahnya menolak beg saya dan saya-saya sekali kedalam. Hasilnya sangat menakjubkan kerana saya hanya mampu berdiri dengan posisi yang sama dalam masa beberapa jam diselangi dengan adegan saya berjaya memijak kaki seorang abang dibelakang saya. Maaf abang, abang memang tabah!!!


[anda memang hero kerana bergambar sahaja dalam pengangkutan awam]


~sedang mendengar : Sempat Memiliki dari Yovie dan The Nuno

PELIK

*topi inilah yang mereka sibuk berdemonstrasikan...

Anda semua memang PELIK, berdemonstrasi mengenai pakaian dan topi yang telah dibayar berjuta-juta, dan telah diambil oleh penerima-penerima ijazah pada tahun ini.
Cubalah anda berdemonstrasi mengenai makanan yang terlalu mahal sehingga mencekik bukan takat darah, malah jiwa.
Atau cubalah anda berdemonstrasi mengenai kepayahan pelajar-pelajar mendapatkan bantuan kewangan.
Atau cubalah anda berdemonstrasi mengenai kepayahan mendapatkan saluran internet di setiap kawasan sehingga menyebabkan pelajar-pelajar ‘meroyan’.
Atau cubalah berdemonstrasi mengenai jumlah yuran yang tiba-tiba naik mendadak tanpa penjelasan yang kukuh dari pihak atasan.


[anda memang tersangat peliklaaaaa..sangat..sangat...]

~sedang mendengar: Unwritten dari Natasha Bedingfield

SUMPAH

*budak kecik nih pun tau sumpah tuh apa



Apa kenalah dengan diri anda ini, suka-suka sangat berSUMPAH.
Ikut sahajalah kata ulama’, anda bukan ulama’ pun...

[ternganga pakcik-pakcik disekeliling melihat anda bersumpah]

~sedang mendengar : Makhluk Tuhan Paling Sexy dari Mulan Jameela

SIBUK







*mereka semua ini gila berlakon


Saya sedang sibuk dengan menatang ini (owh, kamera video rupanya).
Saya sangat gembira (baca: tertekan) apabila kerjarumah saya dan rakan-rakan telah ditambah. Bukan setakat kerjarumah, tetapi untuk masuk (baca: dipaksa) bertanding.
Kami akan memulakan siri pengambaran drama dan dokumentari setelah selesai iklan kami. Harap-harap kami berjaya, walaupun kami pening-pening unta memikirkan kesudahannya.

[doakan saya dan rakan-rakan tabah]

~sedang mendengar : With You dari Chris Brown

MAJMUK

*NST, Ogos14, 2008




Anda semakin berani mencabar rakyat jelata, memangla negara kita MAJMUK, berbilang kaum, berbilang agama, tetapi tidak perlulah anda memberikan lesen kepada mereka.
Negara kita negara Islam, kalau akhbar beragama Islam susah mendapat tempat di hati anda, kenapa pula akhbar lain boleh, sudahlah ada dalam semua bahasa pulak tu....
Anda, tolonglah fikir dengan hati, akal dan perasaan...

[anda memang perlu ditolong]

~sedang mendengar : Matahariku dari Agnes Monica

DURIAN

* Durian di kebun tok " Bujang", Hulu Langat



Minggu ini, tenaga saya telah dicas kembali dalam bentuk pemakanan buah yang sangat seimbang lagi mengimbangkan, iaitu buah DURIAN.
Hidup saya dipenuhi dengan buah ini, selama 4 hari berturut-turut saya diberi penghormatan makan buah durian atau apa-apa kaitan dengan durian oleh rakan-rakan, saudara-mara dan ahli keluarga yang disayangi.
Pergi ke kelas, makan durian, balik dari kelas makan durian, pergi kenduri kawin, makan bubur durian, balik kenduri kawin, makan serawa durian, pergi membuat sesi pengambaran , makan dodol durian, balik dari sesi pengambaran, dijamu durian..
Makan terlalu banyak buah durian ini juga bukan setakat memberi tenaga, malah akan mengurangkan tenaga.. tenaga apa? Anda sendirilah fikir, tenaga anda, bukan tenaga saya!!!

[ saya akan berhenti makan durian, dan insyAllah akan disambung pada tahun hadapan]

~sedang mendengar: I Believe - All I Need to Know dari Duran Duran

ASING

* Kaki kakak dan abang


Tidak perlu rasanya anda buat tanda ASINGkan tempat bagi kakak dan abang [sister and brother] , jika semua tempat yang tertulis diasingkan itu, sebenarnya tidak asing.
Saya kurang faham kenapa diletakkan juga tanda-tanda seperti itu, jika tiba- tiba abang pun dibenarkan sama menggunakan segala kemudahan yang sepatutnya tanda itu adalah untuk kakak sahaja.
Buang sahajalah tanda itu, lebih baik, lebih produktif, lebih aktif, lebih majmuk dan sewaktu dengannya.

[saya, rakan-rakan, teman-teman serta musuh tidak dapat menggunakan ruang kami seadanya]


~sedang mendengar : Separuh Nafas dari Dewa 19

TANGAN


* tangan dan jari ate- G

Saya menulis dengan TANGAN...
Banyak yang saya ingin tuliskan, banyak lagi yang saya ingin cakapkan...

~ sedang mendengar : Meningalkan Aku Sendiri dari Hujan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...