TEMBOK

aitt ala2 dam aji pun jual ...
abg nih nak amik gambo ape ni...
mane tembok?
lubang ni kot nak msukan kunci cinta tuh..
patung nih mcm dlm filem Jet Li laa
kunci pun nak bcinta, tak pahamlaaa
tangga curam..erkk takle curam sgt
sukati ja mamat nih amik gambo abg gayat ni
hah, baca, kalo takda pyakit buleh naik

TEMBOK Besar China sejauh berkilo-kilometer [baca: saya lupa, kerana saya sibuk membuka buah berangan semasa sesi penerangan En Ah Hua, teman sepermainan di sana yang sedang menjelaskan mengenai peristiwa-peristiwa Tembok Besar].
Tetapi yang paling saya ingat ialah kejayaan seorang warga Amerika yang berjalan kaki mendaki tangga Tembok Besar sehingga ke penghujungnya, selama 3 tahun bukan 3 bulan, seperti sangkaan kami.
Saya juga berpeluang mendaki tangga tersebut selama 3 jam, bukan 3 minit seperti sangkaan Encik Ah Chai, teman sepermainan saya lagi seorang.
Sedang asyik menaiki tangga, tiba-tiba langkah saya yang berlagak itu terhenti, kerana terserempak dengan seorang Encik Nepal dalam lingkungan 30-40 tahun sedang menangis duduk ditangga, Dia memegang tangga tembok dan turun sambil duduk dengan perlahan-lahan dan menjerit-jerit ke arah rakannya yang sudah berada di bawah. Saya panik, saya terus bertanyakan En Ah Chai kenapa lelaki tersebut tiba-tiba meroyan, rupa-rupanya lelaki tersebut mengalami sindrom gayat yang keterlaluan untuk turun dari tembok tersebut.
Saya pun dengan berlagaknya meneruskan lagi pendakian, tiba-tiba mata saya yang memang tidak terang ini, menjadi agak kelam, saya terus duduk, berpaling ke depan, En Ah Chai menyuruh saya turun kerana saya lebih tinggi mendaki dari dia, mungkin dia risau atau mungkin dia mengalami sindrom cemburu [kerana saya kan lebih tinggi panjat dari dia] dan ya saya juga mengalami sindrom tersebut, bukan sindrom cemburu, sindrom tak nampak serta gayat sikit [baca: ye saya cuba untuk tidak mengaku, kerana saya seorang yang berlagak], pemandangan dari atas sangat cantik, dan bila hendak menuruni tangga, hati saya agak berdebar-debar seperti kali pertama berjumpa dengan kekasih lama yang jauh di perantauan, eh ..ada ke?
Tangga tembok sangat curam dan rosak serta pecah penuh kerosakan, jika kita tersilap langkah, kita pasti akan merasa nikmat jatuh seperti cempedak busuk ketanah atau ke tembok batu.
Di sepanjang tembok terdapat kunci-kunci yang digantung, apa maknanya, En Ah Chai kata untuk pasangan yang bercinta, memandangkan saya tidak membawa pasangan cinta, jadi En Ah Chai telah melarang keras saya dari mengatal-gatal tangan mau menggantung kunci disitu. Kunci pun mau bercinta ke?

~sedang mendengar: I wish you were here- Incubus

MC: Syukur selamat sampai ke bawah dengan keadaan yang berlagak... Astagfirullah!!!

7 comments:

azman said...

Erm tinggi sgt yea tembok tu???xsabar nk gi sana nie, nak gak rasa cmner gayatnyer kt atas tuh....huhuhuhu tp apa kn daya bajet xcukup...=) kunci lebih pn xde, nnt klu tinggalkn kunci kt situ alamatnyer xmasuk rumahla,motor pn xgerak...hahaha

Makcu said...

bulehla sgt tingginyee tuh...
takpe2 kumpul2, sy pun kumpul da 18 thn, erk ye kee..
aishhhh bulehh amik jeee kunci beskal ke, kunci surau ke hehehe...

azman said...

Erm beskal pn xde, mana nak ada kuncinyer....hehehe, kunci surau xleh la nnt xberkumandang azan ssh lak jemaah nk solat...huhuhuhu

Anonymous said...

sebenarnya kau ada hati kan nak jadikan en ah chai tu kapel kau, ala2 kau yang gatal2 sgt tangan nak gantung kunci:P..
-selena eduardo-

alizarin said...

jikalau diriku yang memanjat tembok berkenaan, pastinya stamina akan berada di paras E apabila kiraan masa mencecah 3 minit..naik 10 anak tangga pun dah termengah2..

Seladang said...

Makcu! Sudahkah melihat di sebalik 'tembok' Trajidis Altantuyya ? Kerana Tembok Besar Negeri China itu untuk menahan serangan Monggolia dulu-dulunya!

Makcu said...

azman:iskk isskk.ye tak yeelaa kan... jgn diamik kunci surau.. sian tok siakk nnti dituduh myalahgunakuasakan konci ehh..

selena eduardo:eh mane ko tau.. yelaaa.. tp nak wat lagu mana, kami berlainan agama.. jadik ko pon tau keputusannya.. weit weitt.. hang gilo ka apo, takde kija aku nak bkapel gan org cina, takan laa org mlayu da pupus langsung!!!

alizarin:uiskk .. tu kira terror gilaaaa tuh...antara pcapaian terbaikk tu.. 10 anak tangga... hah 10...mmmm terror..terrorrr

seladang:owh hampir2.. tp mmandangkan masa mencemburui sy, maka hanya makanan ala2 altantuya saja yg sempat dijamah... trajidinya...hanya sempat digosip2kan antara jemaah saja...ek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...