










Kami pergi ke MASJID-masjid tertua di sini, antaranya ialah Masjid Niu Jie berumur dalam 1000 tahun dan Masjid Ma Dian berumur 800 tahun…
Senang saja mahu membezakan kedai atau kawasan Islam di sini, warna hijau mewakili orang-orang Islam, manakala warna merah mewakili orang-orang bukan beragama Islam. Di Malaysia warna apa?
Di masjid Niu Jie kami telah bertemu dan berkenalan manja lagi mesra dengan Kak Maryam, dia sudah menetap di sini hampir 2 tahun dan akan pulang ke Malaysia pada pertengahan 2014, Kak Maryam akan datang pada setiap hari Jumaat ke masjid Niu Jie dengan menaiki keretapi yang sangat laju dalam lingkungan 2 jam lamanya, [ye dua jam tu memang laju], dari rumahnya dan akan mengajar Al-Quran kepada Kalthom dan mereka yang lain.
Parezat [Uzbezkistan] dan Sayyara [Tajiskistan] juga tidak ketinggalan, belajar mengaji Al-Quran dan datang pada setiap hari Jumaat dengan keretapi yang sangat laju dalam lingkungan 3 jam lamanya, [ye tiga jam tu juga memang laju] dari universiti mereka semata-mata mahu menunaikan solat Jumaat di Masjid Niu Jie.
Di Malaysia, bagaimana pula, kaum lelakinya ada yang terlupa nak solat Jumaat yer? [sila baca dalam nada yang skema seperti pengacara Majalah Tiga anda]
~sedang mendengar: Entah –Afgan
MC: Paling mencabar bila berada di Masjid di sana adalah tandasnya, Kenapa, anda kena cuba sendiri....
5 comments:
alhamdulillah... akhirnyee puan sampai jugak ketempat2 sebegini.. :). ingatkan dunyya jee semata. warna kt mesia? erk.. hijo=sukee meroh=nyampeh.
Kat Malaysia..kalau warna hijo tu lambang kedai mamak..haha..tak pasti la india muslim ke tidak..yang pastinya,tiap kali deepavali, kedai mamak kat blakang umah mesti tutup..;-)
hamba:ayyyy..mestilaaaaaaa...:Ptakdelaaaa dunyaaa sgt hehhehhee...
alizarin:ek ye ke kdai mamak, apsal mamak kat umah sy wane kuning keungu-unguann hehehe
Post a Comment