KOTA

kalo penat da bjalan, bulehla tumpang pakcik ni
kepala apa ni, menakutkan betulaa

dalam ni istana, tgok dr luar ja, dlm emas tulen ^-^
jauh ke dlm lagi tuuu...
awak amik gambo org ke gambo kota
ni rumah gundik ke rumah pak gud
mmg ongla warna dia
emas tu... rasa nak kopek ja..
bg mereka yg ingin mdapatkan rawatn mental
tak berani amik dekat2.. nnti kena tembak
ingatkan nak berkungfu td ramai2 ni
satu lagi ajaran Ayah Pin, bule disaksikan disni,
En Ah Chai kata ini teko buleh naik ke langit..
sempat anak dia cari kutu...


KOTA Larangan disini berwarna merah, baru ada ong kata En Ah Chai. Kenapa dikatakan kota larangan, ini kerana orang biasa dilarang memasuki kota ini, orang-orang yang luar biasa saja boleh memasuki kota ini, jadi sekarang saya sudah menjadi orang yang luar biasa, yey!
Setelah hampir pancit pankreas berjalan ke dalam kota ini, En Ah Chai memberitahu saya, kita baru sampai pintu kedua dari 13 pintu utama. Maknanya, setelah terhenti pankreas barulah agak-agaknya kami akan sampai ke istana kota larangan. Tapi saya tak kisah, saya sangat tabah [dengan muka yang memang tak ikhlas].
Dalam usaha berjalan dengan lebih tabah di dalam kota larangan ini, tiba-tiba saya dapat menyaksikan berpuluh-puluh ribu sami sedang berkungfu sambil kedengaran lagu dari filem Wong Fei Hong di dalam perkarangan pintu kelapan [baca: sebenarnya tiada sami, dan tiada lagu, yang ada hanya makcik-makcik dan pakcik-pakcik dari kampung pendalaman bercuti sekolah membawa sanak saudara datang membuat ziarah muhibbah ke kota larangan sambil sayup-sayup kedengaran suara En Ah Chai bercerita mengenai beribu-ribu gundik atau perempuan simpanan Maharaja].
Sungguh mengkagumkan, gundik Cina sudah sampai ke Malaya, cuma umur mereka tidak lama, gosip En Amir Mukhriz, saya kurang faham, maklumlah saya seorang yang tabah dan tidak suka bergosip.

~sedang mendengar: Coffee And Cigarettes- Augustana

MC: Betul saya memang tidak suka bergosip lagi-lagi di kampung sendiri!

5 comments:

Seladang said...

Gundik tu mencari penggundiknya di Malaysia tetapi entah macam mana tersesat dalam hutan lalu terpijak bom C4 yang mana 2 orang anggota pengawal penggundik sedang nak merobohkan busuk tempat penggundik bersemayam!

Hancurlah tubuh badan gundik tersebut.

Makcu said...

wooooooow..itulaa gosip yg dikatakan..spt biasa sy mmg tak suka gosip heheh..... patutlaaa org-org sana pandang kami mcm lanun yg letupkan gundik tuh..

alizarin said...

Lar..patut la tak jumpa teko tu kat malaysia..rupanya dah terbang ke china..Bila nak balik malaysia ni makcu..

Cantik betul gambar2 tu

azman said...

Wooo bestla keta pakcik tu, nie kirenyer keta kos rendah nie...sesuai ntuk golongan yg kurang pendapat dari RM500 klu kt Malaysia nie...hehehe

Makcu said...

alizarin: hehhehe..biasaklaa ayah pin kan ske wat kejutan... da da dlm proses balik da, sdng bercuti ke tempat lain pulak.. hehhehhe...
* gambo tak cantik, org yg amik gamboo yg cantikk.. gulpp!!!

azman: ya banar, kalo gaji rm 120 pun buleh beli keta ni, mudah, cepat , pantas, kecil & terampil..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...