BANYAK

memohon petunjuk..
suda btukar status ye abg dlm kamera ni
oit oit wat pe tuh
ciuman dr sorg balak.erk laki
owaaaaa sy da nikahh oyayyyayaa!




BANYAK pasangan berkahwin cuti-cuti Malaysia sekolah ni.
Tahniah kepada yang da kawin, yang belum kawin teruskan usaha mencari pasangan anda, saya sekadar mengingatkan saja!
Kepada pasangan Dr Yanty & Encik Shah, Tahniah! Gambar lain akan dikemaskini kan, sekian dari atas Menara Tinjau Bukit di Ampang.


~sedang mendengar: No One- Alicia Keys

MC: Banyak sangat-sangat jemputan bulan 12 ni..pehh!!

KORBAN

sy siap sedia tuk dikorban!

Eid Mubarak!
Selamat menjalani ibadah korban, apakah korban yang anda lakukan pada tahun ini?
Fikir-fikirkan dan selamat beramal (sila ikut lentokan suara manja pakar motivasi yang kat radio tu, siapa entah nama dia?)

~sedang mendengar: KeAgungan Tuhan - D'lloyd

MC: Ayuh.. kita berkorban!!!

SEJUK

aksi bwh pon jadiklaa
tak nampak sgt muke2 anda smua
potong..potong..topong..potong..
yg sy pakai bunge ye bukn stroberi
sukenyeee bile bjaya mdapatkn sketul stroberi
nak wat apo ni?
camni carenye nak petik pkai gunting stroberi ye anak2..
tido2 pon nak pgang bunge, elee minah bunge ni!
eskrim sejuk, abg pon sejuk
sejuk lagik
adik pon nak mamam eskrim sejukk ..whoahh
bgaye sggh jip ni..pehh !
En Leman dok berangan jauh!


Rasa SEJUK dari bukit tinggi yang membuatkan paru-paru terkuak masih lagi terasa sehingga saat ini, memandangkan cuaca di bawah bukit juga berada di tahap dingin-dingin penghawa dingin jenama York, masih lagi rasa kurang bertenaga saya dibuatnya.
Antara aktiviti-aktiviti yang dapat menyihatkan badan dan mengurangkan tahap sejuk sehingga terkuaknya paru-paru ketika berada di atas bukit adalah..., sila rujuk gambar di atas, saya kurang bertenaga nak taip.

~ sedang mendengar: Menghujam Jantungku- Tompi

MC: Sejuk sangatla sekarang, kurang bertenaga betulaaa...

TINGGI

mngira daun teh yg warne hijau ek wane coklat
ek sapa kat ats, sapa kt bwh ni
abg jurugambo rasmi sdg membetulkan posisi
pngantin & En Hilux yg btungkus lumus mbawa kami
ek mnara senget ka, aku yg senget ni
mengigil2 pon.. ade ati nak tunjuk2
" aloh2 tomeiinyee a laki aku ni"
ye, sy pgantin & sy kena kontrol ayu gitu
dmanakah kapla pgantin ini?


Bertempat di bukit TINGGI Cameron Higlands, kami dengan mesranya menghantar pihak pengantin.
Suhu yang kadang-kadang mencecah 18 c membuatkan rongga paru-paru kami terbuka dan kadang-kadang terkeluar, saya rasa kadang-kadang saja..
Berada di atas bukit Brinchang juga agak mencabar minda kerana jalan yang sekurus dan seramping mungkin agak sukar membawa pengantin ke atas menara tertinggi di sana, mujurlah ada Encik Hilux yang bersedia berkhidmat untuk kami.

~sedang mendengar: Dalam Hati Saja- Warna

MC: Betula jalan nak naik bukit kurus & ramping, tak caya naik ar...

JADI

nak jadi apo ni huwaaaaaaa
sy nak jadik ben-10
sy nak jdik model gituw
nak jadi twan makcu twntuu
jadi... jadi..jadilaaa




Kau bukan tuan,
JADI jangan jadi,
Kau bukan pegawai,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan diva,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan profesional,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan pemandu,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan kerani,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan makcik buat kopi,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan akak jaga kaunter,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan kuli,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan pembangkang,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan pelakon,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan pencadang,
Jadi jangan jadi,
Kau bukan buaya,
Jadi jangan jadi,
Abis tu,
Kau nak jadi apa?
Kau jadi diri kaula! Ngook!

~sedang mendengar: Cinta Jangan Kau Pergi -Vidi Aldiano

MC: Ntah jadi ntah tidak...

AKAD

ala2 nikah dlm taman gitu! ape ni??, misteri sggh!
strawberi celup coklat, strawkelat namanya!


Bertempat di kediaman rasmi CEO, sejurus solat Asar telah berlangsung acara AKAD nikah pasangan Ika dan Amir [ kedua-dua nama manja].
Pengantin perempuan dari Ampang, pengantin lelaki dari Bukit Tinggi, Cameron Highlands, kenapa nikah di rumah CEO di Kajang, sukatila nak nikah mana-mana pun kan!
Waktu saya pulang kerja, hari suda malam dan pengantin lelaki juga sudah beredar.
Jadinya di waktu penat-penat kuku dan sakit-sakit sendi selama dua hari berturut-turut menjaga panel untuk anugerah, sempatla juga saya mengambil gambar sebentar sambil mata terbeliak melihat kediaman CEO yang suda bertukar menjadi taman bunga bukit tinggi dan juga mata tertumpu kepada strawberi segar yang dibaluti coklat. Jangan ingat Dato' Siti ja yang dapat hantaran macam ni!
Minggu depan, jika dizinkanNYA kami akan menghantar pengantin ke bukit tinggi dan saya berdoa agar saya tidak bekerja, sila doakan saya ya!

~sedang mendengar: Abdul & The Coffee Theory- Beauty is You


MC Seperti telahan mesra dr SMS, MMS, FB dan teka-teki dari rakan, kroni serta musuh bukanlah saya yang menjadi pengantin di kediaman CEO pada hari tersebut, sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...