ISTERI

Buat bakal ISTERIku
1 Muharram 1434 H

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Buat bakal ISTERIku, diriku berjanji kepadamu,
Yang aku akan meletakkanmu disisi ku sepanjang hidup ku didunia akhirat, di syurga Allah Taala
Takkan sekali ku letakkan mu di bawah ku kerna dirimu bukan untuk dipijak, 
Takkan sekali ku letakkan kau di atasku kerana kau bukan untuk ku junjung, 
Takan sekali kau ku letakkan di depan atau di belakangku, kerana kau seharusnya sentiasa berada di sisiku seperti mana letaknya rusukku, 
Dan takkan sekali ku mencuba untuk meluruskan mu, ibarat tulang rusuk ku yang melingkar di badanku, kerana aku tidak mahu kau patah, 

Aku akan selalu melindungimu dengan kulit yang meliputi dengan darah yang membasahi
akan ku tepis segala ancaman dengan tangan walaupon diri ini akan binasa
kerana itu selayaknya untukmu wahai  bakal isteriku,
Apa yang ku pinta darimu, sentiasalah berada di sampingku, 
Tatkala senangku, 
susahku, dukaku, gembiraku, gagalku, berjayaku, hidupku, 
dan yang terakhir ketika memandikan dan mengiringi jenazah ke pusaraku....

Diriku sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menganugerahkan engkau kepada diriku, 
Yang membuatkan ku lebih dekat kepada yang Esa, 
yang membuatku selalu untuk berusaha berjaya di dunia dan akhirat
Terima kasih atas segala yang telah dirimu lakukan untuk diriku dalam sedar dan tidak mu
Moga kasih sayang, cintaku hanya untuk mendapat keredhaan dan kerberkatan dariNYA!
Moga Allah mengampunkan segala dosa kita, dosa ibu bapa kita, dosa keluarga kita, rakan kita, 
Moga Allah memberi kerberkatan dalam ikatan yang halal dan suci yang bakal kita jalani nanti, insyAllah!


MC: :)

KLUANG

klasik weh
ini mee rebus menitique airmate
wawa hamboii... fishh lalu kat bawah pon selera yea
walawehhh bihun sup cina wehh
owhh bun  rase sambal sekola makcik kantinku...
50 sen ... bole makan 5 bungkus taw
owhhh sucinyee rasemu
harusla lihat muke pakcik kat blakang tgh beratur tgu nak tmt duduk
warne warni ko kepek ni...
xak beli pon dok psoing ja lbih :P
wowoowow kita mkaan dlm akarium terbesar di Malaysia erkk 
walkie takie ni dr makcu, auntie mia & antie wan :)
keempukkanyaa.. pehhh
owhh ... eh kat mane ni kat higway Pagoh,, bihun Pagoh pon sedap weh
tadaaaaaaaaa
bagi menguatkan otot2, kaki kita.. ambik 4 telor  suku & kopi  pahit Kluang!
ummi posing, nada minum, wawa  hias kuku heee 
Meq Fie model kopi Kluang dehh
sukaa laa korang abis jamu mata kat JPO
huhh bass hebattt!
JPO yang takdela best sgt pon hehehee



KLUANG,
Kita bole makan angin, sambil sesat cari rumah kawan kita sampai hutan yang banyak monyet,
Kita bole makan kat dalam akuarium besar tengok ikan jalan-jalan atas meja kentang goreng kita,
Kita bole makan roti  bun panas yang sedap lagi gebu,  sedap dari roti gardenia warna putih tu,
Kita bole minum kopi pahit yang mengeleggakan pancreas kita,
Kita bole makan bihun  sup cina yang ori & mee rebus Johor yang nak menitique air mata rasanya,
Kita bole singgah JPO cuci mata sambil membuang duit membeli barangan,
Kita bole singgah  Ayer  Hitam, borong semua kerepek kedai Abg Wali Songo dengan bahagianya.
Terima  kasih yang tak terhingga buat   Baya, Nada, Wawa  & Tok Mama,  moga Tok Mama akan sembuh dengan segera, insyAllah!

MC: Tahun depan  ke Kluang lagi ke kite?

SYAWAL

Selamat ari raya,
tak lambat kan sy ucap walau pun da setengah bulan SYAWAL 1433 H! Sibuk sangatla saya dengan aktiviti-aktiviti keduniaan ni!
Saya nak mintak maap kat semua, andai ade tersilap kata terkasar bahase @ apa-apa saja yang terguris, menguris dan diguriskan oleh saya! Saya hanya manusia biasa!
hai tok kadi...
lepas khatam
Syawal tahun ni, hampir setiap minggu raya ade yang nikah, yang sedang nikah & akan nikah, saya pun terlibat dalam beberape proses pernikahan itu, amik gambar orang nikah, tgok gambar org nikah ..juga akan bernikah.... waaaa...gitu....Alhamduliilah...InsyAllah! Doakan saya ye!
sehingga kinii sy masih lagi mgigau akan bubur duriyan itu

posing di rumah atim

posing lagi di rumah aida

secret recipe aida

minah2 jubah sempat posing 
lontong yg superb!

ramainyeee anak dara n seorg mak dara n bakal2 mak dara!

Selamat ari raya,
Memang rajin rakan-rakan dan kroni-kroni wat rumah terbuka, saya dan kawan juga dengan terbuka hati membedal segala santapan raya bagi memastikan kelancaran raya bersama-sama ..aiitt cenggitu ya..
Saya juga mendoakan rakan, kroni dan sahabat yang belum bertemu Belahan Jiwa a.k.a Imam Muda Keluarga Anda, moga dipertemukan dengan yang bertanggungjawab, soleh dan kaya lagi hemsem !


M.C: Turun kilogram = bulan Ramadhan, naik berkilo-kilogram = bulan Syawal, haih .. nasib apakah ini....


10

Sujud padaMU @ Kaherah
Sujud padaMU @Tangier 
Sujud padaMU @ Kaherah

Sujud padaMU @ Tangier


Ramadhan,

10 malam yang terakhir,
Adakah  esok lusa , tahun hadapan masih lagi kita sempat sujud padaNYA,

10 malam yang terakhir,
Adakah esok lusa, tahun hadapan masih lagi kita sempat merasa nikmatNYA,

10 malam yang terakhir,
Adakah esok lusa, tahun hadapan masih lagi kita dapat meneruskan kehidupan di bawah naunganNYA…

MC: Sama-sama rebutla peluang  10 malam terakhir ini.

DIY


Kejadian ni berlaku kira-kira 9- 10 bulan yang lalu. Di rumah  Mak  Alang. Kak Alang sedang menyiapkan gubahan bunga pada kain adiknya.

Kak Alang: Adik, nanti bila ko nak tunang ka,  kwin ka, senang ja ko DIY.
Saya: Baek..(mengangguk dengan muka yang begitu yakin!)
Kak Alang : DIY-DIY ni mudah, jimat, senang je dik..pastu ko puas ati berbaloi!
Saya: Baek…(sumpah saya sangat jahil, DIY tu ape??), Baekla kak, nanti sy DIY!

Balik  rumah. Cari Internet.

DIY tu Do It Yourself , buat senirik! Tu pon aku tak taw, haih..

Sebab bodoh sombong taknak tanya, saya buat-buat tau ape maksud DIY tu depan Kak Alang, Ooo, sungguh, maruah harus dijaga!

Loser ! DIY pon tak taw ape...
MC: Baek, saya kawin nanti saya DIY!


EMAS


Tazkirah Ramadhan kat opis saya tadi:

 “Rase nak wat baik, nak terawih, nak mengaji, nak tutup aurat, nak kurangkan gossip-gosip liar, nak Tahajud, nak sedekah segala, ingat, itu panggilan dari Malaikat,
Bila kita rase tak nak wat baik, tak nak terawih, tak nak mengaji, tak nak tutup aurat, tak nak kurangkan gossip-gosip liar, tak nak tahajud, tak nak sedekah segala, ingat, itu panggilan Malaikat yang lagi satu, Malaikat Maut!, mulakan wat menda-menda baik dalam bulan Ramadhan!" Kata Ustaz Rohaily.


termenung..

sesi memotong kuku

Allah bg kite nikmat berdiri.. Allah bg kite nikmat duduk

tenang...

berfikir...

cube mewarna

kereta kgunaan mereka

berehat..

depan rumah warga emas 

Moga Allah ampunkan dosa yang mengkhianati mereka

inila rumah mereka, hidup mereka...
Jika ada pembaca yang mempunyai rezeki yang lebih serta kudrat yang lebih, sama-sama kita membantu warga EMAS ni, Pusat Jagaan  Siti Noor Aini (Lelaki), di alamat  No 23, Jalan Maju 2,  Taman Maju, Semenyih, Kajang, Selangor. Pertubuhan Kebajikan Rose (Perempuan) di Semenyih No 32 Jalan 3/S, Bandar Rinching  Section 3, Semenyih. Pengasasnya En Abdullah Noel dan Pn Siti Noor Aini, saudara yang telah memeluk Islam dan membantu saudara Islam warga emas ni, moga Allah memberi kekuatan dan memberkati usaha mereka.

Pusat Jagaan Siti Nor Aini
Cimb Islamic Bank Berhad
Nombor Akaun: 1267-0000233-10-1
Pengasas Pusat Jagaan: Abdullah Noel/ Siti Noraini
(Sila maklumkan kepada Abdullah/Siti Noraini- 010 2536750 sejurus selepas anda menderma)

MC: Moge Allah berkati hidup kita semua, ameen!

RAMADHAN


Alhamdulillah, 

Allah masih lagi meminjamkan kita kehidupan ini, dapat bertemu lagi dengan RAMADHAN.

Maap atas segala kesalahan, kesulitan, kemengada-ngadaan, kekacauan, serta kekerasan yang pernah saya timbulkan secara sengaja maupun tak sengaja, da semestinya la tak sengaja kan..kan…

Moga Allah dapat menerima amalan serta taubat kita. Sama-sama kita doakan …

gune hp kamera, malap skit...

MC: Bulan Ramadhan 1433h, solo yang terakhir ..insyAllah!

HAYYAN


 auni hayyan  cucu CEO y ke-14 
 dia suke tido n minum susu
 "aloh2 teciknye tati dia" kata tia akak dia
mmmm.. kecik2 da suke pakai cincin taw

Auni HAYYAN Onn Afif 
Cucu terbaru CEO & MEM CEO yg ke 14
Suke pakai cincin 
Aqiqah, insyAllah akhir tahun ni!
Sekian, 

MC: Saya sekarang memang tak sempat betula nak tengok belog seniri, apalagi, nak kemaskini kan ia! Comel kan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...