20090430

REMPIT

apalah abg seksi ni buat?
x jmpa kelawar pun, jumpa Fatimah dr Jeddah adaa!

kak & abg omputih yg riang
laa... bot nih tersangkutlah pulak
cuaca semakin suram
spesis apa ni
Kapten Wan memang tak ikut arahan
adik pemalu bermanja dgn ikan pari
kapal selam sapala ni
disinila tempat bermain ikan-ikan pelik

tadaaaa.... ikan pemalas, tgok tu dia baring ja
si belungkas & tgn adik pemalu
adik pemalu merenung masa dpn
hah.. kan da mcm Venice..eh ye ke

da 10 thn tuan kapal tak dtg jenguk..kata Kapten Wan

yg terbang tuh helang tau bukn bangau

wah.. semangat parti terserlah

Saya tau bagaimana rasanya meREMPIT, merempit di tengah lautan. Sungguh mendebarkan pankreas beserta ulu hati. Jika anda ingin merempit di tengah lautan, sila pastikan anda mengunci jaket keselamatan anda dengan cermat.
Perjalanan rempitan kami bermula dengan cuaca panas dan indah, saya teruja duduk di depan sekali [semua sudah penuhkan tempat duduk belakang] dengan menaiki bot yang tidak mempunyai tempat pemegang dan tempat bersandar dipandu oleh Kapten Wan kami melawat En Helang dan rakan-rakan.
Kami melalui kawasan paya bakau yang seakan-akan hampir sama seperti berada di Venice, tipu, Venice mana ada paya bakau.

Melalui gua buaya, gua kelawar, pulau kasut, pulau King Kong, saya mana tau nama pulau tu semua, yang bagitau kami pun Kapten Wan, kalau dia tipu pun kami percaya sebab dia yang pandu bot yang tidak mempunyai tempat pemegang dan tempat bersandar, bukan kami.
Kami berhenti di tempat ikan-ikan pelik, sambil ternganga mendengar penerangan adik pemalu mengenai ikan-ikan pelik ini, antaranya, ikan malas, memang malas macam panda, saya cukup tak sangka bertemu lagi dengan si binatang yang pemalas, ikan sumpit, ikan pari [ikan pari pun pelik ke], adik jerung, ibu belangkas dan sewaktu dengannya.
Sewaktu pulang inilah, aksi rempitan yang mendebarkan bermula, Kapten Wan meminta izin kepada kami untuk melalui lautan untuk melawat pulau-pulau di Langkawi, kami apalagi, yey!
Perasaan teruja apabila dapat melihat keindahan ciptaan Tuhan, ombak yang baik.

5 minit, 10 minit, 15 minit kemudian, ombak tidak berapa baik, kami dilambung ke kanan dan kiri, air lautan sudah sebati dengan kami, kini saya tidak teruja duduk didepan sekali. Seperti dalam filem Titanic, jeritan gembira, jeritan duka, jeritan rasa ingin berenang terus ke pelabuhan makin memuncak apabila bot kami hampir tumbang ke sebelah kiri, mujurlan Kapten Wan hero yang gagah, dan yang paling utama, apabila berada di atas bot bacalah doa dan surah-surah yang dapat melindungi kita, Allah pasti dengar!

~sedang mendengar: 1000 tahun -Butterfingers

MC: Abang JetSki kata mereka tak turun kelaut bahaya, ombak ganas.Kami telah mengharungi ombak ganas tersebut dengan menaiki bot yang tidak mempunyai tempat pemegang dan tempat bersandar dipandu oleh Kapten Wan hero yang gagah!

20090429

LANGKAWI

mana spa dia?
jauh lagi nak sampai bilik...huarhh
dari dlm bas pendek
jauh menurun
tinggi mendaki
apa nama menatang ni ?

bukan bot lanun kan tu
comel je gelas..8 kali tambah pun ttp dahaga
teman sepermainan di sana

aala sesat lagi... ni bilik sapa pulak ?
dari dlm.. misteri btulla tempat ni
ye memang berjaya rempit pakcik2 ni bwk bas pendek



Selepas pulang dari kampung halaman, kami sudah berada di LANGKAWI pula.
Magik kan, tiada yang magik, yang magik hanyalah duit yang tiba-tiba sudah hampir ke penghujungnya.
Sedang saya enak-enak merakam gambar di sekitar tempat penginapan tiba-tiba:

Pakcik misai tebal: Ek nak, hang ni tangkap-tangkap gamba ni.. nak wat serbey [survey] ka?
Saya: Survey apa pakcik?
Pakcik misai tebal: Serbey tempat nak menikoh...hehhehehe[sambil membetulkan misai tebalnya]
Saya: Ilang akaiii kaa apoo pakcik, pahal pulak aku nak menikah kat sini.. wat kat rumah sudalaaahh...[jawapan ikhlas ini hanya di dalam hati]
: Isk.. takdelaa pakcik.. saya suke amik gamba je...[muka malu kehijau-hijauan, kalau malu muka hijau kan]

~sedang mendengar: Kamu-Nitrus

MC: Pakcik nih banyak-banyak soalan, soalan manja ni pulak yang dia cuba tanyakan... Memang manja...

20090427

PULANG

selamat tinggal..jumpa lagi nnti ya..
ait mano nih..
sepanjang jln...
lepak dulu sini..
pemandangan yg sejuk.. sejuk di dlm & dilua
tunaikan kewajipan..
moge slamat pulang..
lapangan terbang terbesar di Asia..jauhhh beno..
crocs suda penat..mau pulang...




Sudah PULANG dari kampung halaman.
Pengalaman yang indah, bahasa yang indah, tempat yang indah, orang yang indah, makanan yang indah, masjid yang indah, rancangan TV yang indah, tandas saja kurang indah!

~sedang mendengar: Lovers in Japan-Coldplay

MC: Saya akan ke kampung lagi satu bulan 7, insyAllah..
Saya memang banyak kampung...

20090426

GAJI

ubi nih nampak manis
belila da terusha2 dr tadi..
ni jela gaji pakcik nih arini, stelah kami berborak pnjg
memang manis pun mcm pakcik ni gak



Dialog serius bersama En Ah Hua dalam perjalanan melalui Jalan Dongwei:

Saya : Berapa GAJI ijazah sini?
En Ah Hua: 2000 yuan, lebey kulang RM1000
Saya: Sewa rumah?
En Ah Hua: Sama loh, 2000 yuan, lebey kulang RM1000
Saya: Ait abis tu, belanja makan?
En Ah Hua: Takla makan!!! Heehhe, adalah sikit, dalam 10 yuan atau itu tempat kilija bg makan atau makan ubi pun suda kenyang loh.. [sambil meneguk Air Coca-cola tulisan cina]
Saya: Owh…
En Ah Hua: Ini gaji legree [ijazah] sama itu gaji SPM di Malaysia kan ..
Saya: Agaknyeee..
En Ah Hua: Haiyaa..talak tau ka…
Saya: Taula…
En Ah Hua: Kita kena banyak syukur sama Tuhan, yang penting kita ada kilija, manyak susah wooo lapat kilija sini, gaji sikit pulak, oklaa dali takda kan, lapat makan ubi pun ok jugak…
Saya: Btul, btul, btul [mengangguk tanda keinsafan]

~sedang mendengar: Kau Yang Punya-Malique feat Najwa

MC: En Ah Hua ni memang suka ubi agaknya, sikit-skit ubi, berhenti mana tempat pun kami akan singgah orang jual ubi .
Syukurla kita ada kerja dan bergaji!

20090425

SMS

da sesat ke ni..alamak
dunya sggh.. isk isk
ni bukan balai polis kan
tu dia.. naik beskal pon berebut2 nak mbeli-belah
abg termenung sambil memandang stadium sarang burung
kalo membeli-belah mmg rasa tak jauh
semua pakai bateri, gas & petrol diharamkan utk semua
moto..comel kan
mmm.. tak tergoda pun, ade sapa2 nak belikan?
tempat melayan jiwa..
teh tuk penghilang dahaga..
cuci gambo kat sini ya, murah bangat!
comelll je tenunannya... terpaksalah beli kan
che pun ade... sy pun ade...
halal dlmnya..erkk
ni lebihan emas masa Olimpik dlu.. tgh lelong!!
sy suka majalah ini, wpun spatah haram tak paham bhsa dia


Kebanyakan SMS diterima dari Malaysia selalunya sewaktu saya berada dalam keadaan kritikal sedang membeli-belah atau sedang melayan jiwa melihat keunikan kampung saya.
Antara SMS manja yang diterima adalah bila saya akan pulang, rakan memerlukan alamat saya untuk menghantar kad kahwin, musuh saya menukar nombor telefon bimbit baru, saudara mengirim barang tetapi satu SMS membuatkan saya tidak keruan ialah dari MakTeh, dari adik-beradik, saya berdebar-debar, jadi mestilah kedengarannya cemas, saya buka dan dengan tangan terketar-ketar saya baca:

“Wenworth Miller da gemukk laa... X hensemm da.. boringlaa mcm ni.”

Saya berteleku sebentar mengenangkan nasib. Tidak jadi berdebar-debar. Tidak jadi cemas, tidak jadi juga terketar-ketar!

~sedang mendengar: Jejak Langkah -Tohpati feat. Glenn Fredly

MC: Mangkuk ayun betullaa belanga di China memang memukau!

20090424

SEJUK

tak halal ye coklat ni
nun jauh di sana istana musim panas
laa.. lagu dandgut rupenya..
jom naik sampan..
nak panjat ke tak
nak bkenalan gan saya ke pakcik. .yiow!
mmg tak pahamla bahasa ni
peh.. jauhhh lagi jln...
byk sgt unsur2 ayah pin, naga nih bule terbang ke langit gak..huh
pasu bunga depa ni besa2 la..
lalu jambatan ni pun tak sampai istana
depa tgh berdondang sayang...
berpusu-pusu org depa nak pi smayang



Ketika berada di istana musim panas, cuaca tidak panas, cuaca sangat SEJUK.
Apabila Maharaja sejuk, baginda akan ke istana musim panas, apabila Maharaja panas, baginda tidak akan ke istana musim sejuk, baginda hanya akan membuka penghawa dingin saja, kan ada jenama York, Panasonic dan lain-lain lagi.. kata En Ah Hua bangga sambil meneguk minuman coca-cola tulisan cina.
Jauh disudut hati ingin sekali menerajang En Ah Hua beserta minuman coca-cola tulisan cinanya.

~sedang mendengar : Ruby- Kaiser Cheifs

MC: Sejuk, penat, lemau....

20090419

KOTA

kalo penat da bjalan, bulehla tumpang pakcik ni
kepala apa ni, menakutkan betulaa

dalam ni istana, tgok dr luar ja, dlm emas tulen ^-^
jauh ke dlm lagi tuuu...
awak amik gambo org ke gambo kota
ni rumah gundik ke rumah pak gud
mmg ongla warna dia
emas tu... rasa nak kopek ja..
bg mereka yg ingin mdapatkan rawatn mental
tak berani amik dekat2.. nnti kena tembak
ingatkan nak berkungfu td ramai2 ni
satu lagi ajaran Ayah Pin, bule disaksikan disni,
En Ah Chai kata ini teko buleh naik ke langit..
sempat anak dia cari kutu...


KOTA Larangan disini berwarna merah, baru ada ong kata En Ah Chai. Kenapa dikatakan kota larangan, ini kerana orang biasa dilarang memasuki kota ini, orang-orang yang luar biasa saja boleh memasuki kota ini, jadi sekarang saya sudah menjadi orang yang luar biasa, yey!
Setelah hampir pancit pankreas berjalan ke dalam kota ini, En Ah Chai memberitahu saya, kita baru sampai pintu kedua dari 13 pintu utama. Maknanya, setelah terhenti pankreas barulah agak-agaknya kami akan sampai ke istana kota larangan. Tapi saya tak kisah, saya sangat tabah [dengan muka yang memang tak ikhlas].
Dalam usaha berjalan dengan lebih tabah di dalam kota larangan ini, tiba-tiba saya dapat menyaksikan berpuluh-puluh ribu sami sedang berkungfu sambil kedengaran lagu dari filem Wong Fei Hong di dalam perkarangan pintu kelapan [baca: sebenarnya tiada sami, dan tiada lagu, yang ada hanya makcik-makcik dan pakcik-pakcik dari kampung pendalaman bercuti sekolah membawa sanak saudara datang membuat ziarah muhibbah ke kota larangan sambil sayup-sayup kedengaran suara En Ah Chai bercerita mengenai beribu-ribu gundik atau perempuan simpanan Maharaja].
Sungguh mengkagumkan, gundik Cina sudah sampai ke Malaya, cuma umur mereka tidak lama, gosip En Amir Mukhriz, saya kurang faham, maklumlah saya seorang yang tabah dan tidak suka bergosip.

~sedang mendengar: Coffee And Cigarettes- Augustana

MC: Betul saya memang tidak suka bergosip lagi-lagi di kampung sendiri!

20090418

PANDA

ingat comel sgtlaa tuh.. makan ja keja
bas yang mendebarkan...
cuba teka panda tgh wat apa?
mak aii.. tido lagi..
patung dia pun berupa tido & makan
sapa pulak nak bg
tu dia.. tlentok2.. sedap sgt kot buluh tu
menda yg gergasinya 3 ekor ja pun


Jika anda menjadi saya, saya kurang pasti jika anda juga akan bertanya kepada penjaga panda atau tidak, apa kejadahnya dibuat zoo gergasi PANDA, yang hanya menempatkan tiga ekor, sekali lagi tiga ekor saja panda yang comot lagi malas tapi agak comel didalamnya.
Panda memang suka tidur dan makan, itu kata En Ah Hua, sebelum saya berjumpa dengan En Panda, jadi saya rasa En Ah Hua pasti melakukan kesilapan yang besar mengatakan panda secomel itu, hanya tau makan dan tidur.
En Ah Hua memang benar lagi ikhlas bila mengatakan panda hanya suka tidur dan makan, kerana sepanjang proses lawatan muhibbah ke zoo gergasi panda, En Panda yang seekor hanya makan buluh, lagi dua ekor En Panda yang hampir sama warna dengan tanah sedang lena dulit intan atau lena diulit buluh kekenyangan.
Sedang melawat-lawat sekitar zoo, tiba-tiba terngiang-ngiang ditelinga satu peribahasa yang berbunyi “ Malas seperti panda”, eh..ada ka? Saya rasa ada, saya rasa!

~sedang mendengar: Munajat Cinta-The Rock feat Ahmad Dhani

MC: Nasib baik panda itu nampak agak comel, saya agak dia comel,comot, comel...

20090416

TEMBOK

aitt ala2 dam aji pun jual ...
abg nih nak amik gambo ape ni...
mane tembok?
lubang ni kot nak msukan kunci cinta tuh..
patung nih mcm dlm filem Jet Li laa
kunci pun nak bcinta, tak pahamlaaa
tangga curam..erkk takle curam sgt
sukati ja mamat nih amik gambo abg gayat ni
hah, baca, kalo takda pyakit buleh naik

TEMBOK Besar China sejauh berkilo-kilometer [baca: saya lupa, kerana saya sibuk membuka buah berangan semasa sesi penerangan En Ah Hua, teman sepermainan di sana yang sedang menjelaskan mengenai peristiwa-peristiwa Tembok Besar].
Tetapi yang paling saya ingat ialah kejayaan seorang warga Amerika yang berjalan kaki mendaki tangga Tembok Besar sehingga ke penghujungnya, selama 3 tahun bukan 3 bulan, seperti sangkaan kami.
Saya juga berpeluang mendaki tangga tersebut selama 3 jam, bukan 3 minit seperti sangkaan Encik Ah Chai, teman sepermainan saya lagi seorang.
Sedang asyik menaiki tangga, tiba-tiba langkah saya yang berlagak itu terhenti, kerana terserempak dengan seorang Encik Nepal dalam lingkungan 30-40 tahun sedang menangis duduk ditangga, Dia memegang tangga tembok dan turun sambil duduk dengan perlahan-lahan dan menjerit-jerit ke arah rakannya yang sudah berada di bawah. Saya panik, saya terus bertanyakan En Ah Chai kenapa lelaki tersebut tiba-tiba meroyan, rupa-rupanya lelaki tersebut mengalami sindrom gayat yang keterlaluan untuk turun dari tembok tersebut.
Saya pun dengan berlagaknya meneruskan lagi pendakian, tiba-tiba mata saya yang memang tidak terang ini, menjadi agak kelam, saya terus duduk, berpaling ke depan, En Ah Chai menyuruh saya turun kerana saya lebih tinggi mendaki dari dia, mungkin dia risau atau mungkin dia mengalami sindrom cemburu [kerana saya kan lebih tinggi panjat dari dia] dan ya saya juga mengalami sindrom tersebut, bukan sindrom cemburu, sindrom tak nampak serta gayat sikit [baca: ye saya cuba untuk tidak mengaku, kerana saya seorang yang berlagak], pemandangan dari atas sangat cantik, dan bila hendak menuruni tangga, hati saya agak berdebar-debar seperti kali pertama berjumpa dengan kekasih lama yang jauh di perantauan, eh ..ada ke?
Tangga tembok sangat curam dan rosak serta pecah penuh kerosakan, jika kita tersilap langkah, kita pasti akan merasa nikmat jatuh seperti cempedak busuk ketanah atau ke tembok batu.
Di sepanjang tembok terdapat kunci-kunci yang digantung, apa maknanya, En Ah Chai kata untuk pasangan yang bercinta, memandangkan saya tidak membawa pasangan cinta, jadi En Ah Chai telah melarang keras saya dari mengatal-gatal tangan mau menggantung kunci disitu. Kunci pun mau bercinta ke?

~sedang mendengar: I wish you were here- Incubus

MC: Syukur selamat sampai ke bawah dengan keadaan yang berlagak... Astagfirullah!!!

20090415

MASJID

makcik nih pun nak msk blog sy, nak cr kwn sekola rendah ktnya
pintu keluarlaa.. takan masuk pulak..

keluar lagi, dr tempat solat wanita
pintu masuk Masjid Ma Dian..
Kalthom tgh blja mengaji
hah, ni tempat nak menikah..apalagi..
bilik pentadbir masjid.. eh ye kee..
nak knal? Parezat & Sayyara
ingat kat Msia ja ade tanda ni
btapa zuhud imam dia, pakai beskal ja balik
ade jugala ciri2 naga kat masjid sana

Kami pergi ke MASJID-masjid tertua di sini, antaranya ialah Masjid Niu Jie berumur dalam 1000 tahun dan Masjid Ma Dian berumur 800 tahun…
Senang saja mahu membezakan kedai atau kawasan Islam di sini, warna hijau mewakili orang-orang Islam, manakala warna merah mewakili orang-orang bukan beragama Islam. Di Malaysia warna apa?
Di masjid Niu Jie kami telah bertemu dan berkenalan manja lagi mesra dengan Kak Maryam, dia sudah menetap di sini hampir 2 tahun dan akan pulang ke Malaysia pada pertengahan 2014, Kak Maryam akan datang pada setiap hari Jumaat ke masjid Niu Jie dengan menaiki keretapi yang sangat laju dalam lingkungan 2 jam lamanya, [ye dua jam tu memang laju], dari rumahnya dan akan mengajar Al-Quran kepada Kalthom dan mereka yang lain.
Parezat [Uzbezkistan] dan Sayyara [Tajiskistan] juga tidak ketinggalan, belajar mengaji Al-Quran dan datang pada setiap hari Jumaat dengan keretapi yang sangat laju dalam lingkungan 3 jam lamanya, [ye tiga jam tu juga memang laju] dari universiti mereka semata-mata mahu menunaikan solat Jumaat di Masjid Niu Jie.
Di Malaysia, bagaimana pula, kaum lelakinya ada yang terlupa nak solat Jumaat yer? [sila baca dalam nada yang skema seperti pengacara Majalah Tiga anda]

~sedang mendengar: Entah –Afgan

MC: Paling mencabar bila berada di Masjid di sana adalah tandasnya, Kenapa, anda kena cuba sendiri....

20090414

SUSAH

adik ni sempat posing baik punye
berduet mencari rezeki
cari makan...
lagu dia mmg best

Jangan ingat nak senang, nak mudah dapat semua menda...sok lusa bila kita ada kat bawah,
da SUSAH nanti baru terhegeh-hegeh nak ingat, tengok orang SUSAH sekeliling kita” tegas CEO.

Saya ingattt....
Apaaa…???
Siapa kata saya kena marah…eeee..

~sedang mendengar : Every Breath You Take- Sting feat The Police

MC: Bila kita senang, kita tak beringat, bila kita susah, barula kita mengelabah…

20090413

PASAR

comel, buah ke atau abg yg jual? tak halal ye...
abg tembikai ni nak jugak msuk blog sy, nak cr kenalan kata dia

kacang apa ni..paham ke apa dia tulis

ni pun da sah2la tak halal ye
nampak sedap..erk
pakai daging apalah agaknya dlm tuh kan

btenang kak, sy nak 80 kg tamato je

timun ke terung ke mengkedu??

Dengan suhu sekitar 12c, hidung & tekak berdarah, saya gagahi diri mengharungi PASAR pagi di sekitar Jalan Chao Yang, saya rasa itulah namanya, saya rasa...
Kawasan ini, bukan kawasan orang Islam. Makanan segar sangat mudah dan sangat murah didapati, lagi-lagi daging binatang berhidung comel yang manja berkaki empat, babi ye bukan kerbau mahupun kambing.
Dengan harga semurah RM1-10 [sila tukarkan dulu ke Yuan] anda boleh beli bermacam-macam makanan segar untuk dibawa pulang & dimasak dirumah, jika rumah anda di sekitar Jalan Chao Yang la kan.

~sedang mendengar: Pretty Rain -Butterfingers

MC: Mereka semua sangat mesra, kami bercakap seperti ayam dan itik, mesra kan!

20090412

KAMPUNG

mamat ni tertido keletihan stelah usaha mgorat sy x bjaya
ye, makanan yg halal
jauh lagi nak sampai..huarghh
sapa pulak yg tgamak dok atas troli ni

Saya ada empat KAMPUNG.
Saya telah pulang ke salah satu kampung,
Kampung saya kira-kira enam jam dari Malaysia,
Tapi Mem CEO masih kurang pasti mana satu wilayah di kampungnya, saya lagilah kurang pasti kan!
Yang pasti kami berada di kampung kami yang tercinta.

~sedang melalui: Kampung saya, takanlah kampung anda pulak

MC : Saya tidak pulang ke Eropah ya, saya pulang ke kampung.

20090405

PARTI

sebelum parti, dia da parti dulu da...
dia hanya mkn papadom je
bkn kena gembira ke dapat dua kek??
yeahh, akhirnya berjaya direbut
binatang apa yg dok atas kek dia nih?

Kami telah adakan PARTI hari jadi untuk Ilham Nadeen atau nama manjanya, Eam Padeen atau Hang Nadim yang pertama di rumah CEO & Mem CEO.
Ini adalah parti kejutan, untuk mengejutkan dia kami telah menjemput hampir 30 anak-anak yang kami kenal atau anak-anak sedara sebenarnya, dan seperti biasa, dia tak tau pun ni parti dia. Seperti biasala kan.


Sangatlah penat, malam sampai pagi, pagi sampai tengahari beli barang-barang, tempah makanan [baca: bukannya kami malas nak masak, kami sangat sibuk, sibuk dan sibuk]. Kami sibuk pasal kami akan meninggalkan Malaysia tercinta buat seketika atas urusan kerja.
Ilham terlebih gembira main belon, yang lain terlebih gembira buka hadiah dia dan bergaduh sambil menarik-narik rambut berebutkan hadiah.
Bagus, mereka semua anak-anak yang tau berparti!

~sedang mendengar: The Professor –Damien Rice

MC: Mari sambung bersibuk-sibukan diri.

20090402

TELA'AH

ko tela'ah apo ni?
ko pulak, mcm blakon jo...

ni pun mesti tgh blakon mentela'ah

Beberapa hari lepas, saya terpasang radio.
Saya tidak menukar siaran tersebut, walaupun saya sangat lemau mendengar juruhebah sedang bersoal jawab dengan si pelajar cemerlang SPM 2008.

Tiba pada dialog juruhebah dengan rakan-rakan si pelajar cemerlang 2008, tiba-tiba saya segar:

Rakan: Dia ni kalo takdo guru, guru keluo ke, dia takle dok diam, dia terus ke perpustakaee untuk menTELA’AH [mengulangkaji].Jadi itu merupakan salah satu faktor kejayaaee dia mendapat 20 A dalam SPM nie.

Patutla saya tidak mendapat 20 A dalam SPM beberapa tahun lepas, ini kerana walaupun guru saya berada di dalam kelas, saya tetap tiada di dalamnya, saya bukan ke perpustakaan, jauh sekali, saya akan berada di belakang dewan, tepi padang, belakang makmal Sains atau bawah katil asrama untuk mentela’ah, mentela’ah, mentela’ah apa..mmm..nanti saya cuba ingatkan apa yang saya pernah tela’ah...

~sedang mendengar: Wonderwall-Oasis

MC: Saya tiba-tiba teringin nak mentela’ah ..