Gaya sorg CEO yg macho ddpn umah Onyang
Sebelum saya berjaya melanjutkan pelajaran ke tadika, CEO telah memberi amaran yang sangat keras kepada saya, supaya jangan mengada-ngada, jangan banyak menangis, jangan banyak mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan jangan banyak melewe-lewe [baca: carila sendiri maknanya].
Biasalah, anak bongsu, kenalah banyak mengada-ngada, kenalah banyak menangis, kenalah banyak mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan kenalah banyak melewe-lewe, itu hujah saya!
Jadi untuk tidak mahu merasa penampar dan tali pinggang warna coklat-coklat kehitaman dari CEO, saya bertekad unuk menjadi lebih pasif didepan CEO, sehinggalah saya darjah tiga, CEO melahirkan rasa kesal yang mendalam kerana memberi amaran keras tersebut kepada saya, ini kerana saya tidak pernah lagi memberitau apa-apa kepadanya, tidak lagi mengada-ngada, tidak lagi menangis, tidak lagi mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan tidak lagi melewe-lewe.
Rahsia itu baru saya ketahui kini, setelah sekian lama...saya meninggalkan alam tadika, ek rahsia ke tuu..???
Kali terakhir saya menangis didepan CEO, ya sebelum tadika dan yaa dua tahun lepas, semasa di HUSM [nama hospital], sewaktu saya keluar dan beredar dari bilik ICU melihat PakLong dan MakLong, saya menangis tersedu-sedan, seperti biasa, CEO yang sangat tegas lagi tabah, menyuruh saya berhenti menangis, macamana nak berhenti menangis kalau airmata da nak keluar satu tempayan, tapi nampaknya tiada tempayan di hospital itu, saya pasrah!
Sifat CEO yang tegas, garang, displin, suka membaca walaupun anaknya tidak suka membaca dan dedikasi itulah yang membuatkan kami adik-beradik sangat-sangat hormat dan sayang kepadanya, terharu tak CEO, ek CEO baca ke blog ni?
~sedang mendengar: Acoustic cover : Shadow of the Day- Boyce Avenue
MC: Selamat hari ABAH khas buat CEO, tidak lupa abah-abah sedunia, bakal abah, bekas abah dan yang bercita-cita nak jadi abah lagi 8 tahun akan datang.