SINAI 2
SINAI 2: Ketika enak ayam-ayam dihutan tengah tido, kami memulakan perjalanan pada pukul 12 malam dengan suhu sesejuk 10 c, dalam kemalaman yang agak malam nila kami mendaki gunung Sinai ni.
Bulan purnama pada malam hari yang menjadikan jalan pendakian terang, curam, menyesakkan jiwa serta menggetarkan relung dada, bila terpandang ke bawah ceruman batu-batu tajam gunung ni.
Kami dipandu oleh Ali ek Hassan ke Mahmud, saya kurang ingat namanya, pelajar jurusan perhotelan yang suda pulang ke Sinai menjadi pengembala unta kerana tawaran kerja yang dipohon di pasaraya telah ditolak.
Berborak sakan tambah dengan borak yang tak tersakan dengan Ali,erk Hassan ke Mahmud ini, sehingga saya dan Dr D, sedar tak sedar kami berada di atas tempat terakhir pendakian yang lebih memcabar minda dan jiwa ini.
Kami akhirnya berjumpa dengan ahli kumpulan kami seramai 10 orang yang terpisah jauh dari pandangan mata dan kepala kami semasa pendakian ini. Kami berenti rehat, bagi menunaikan solat subuh, ye pengalaman pertama dalam hidup, solat Subuh atas gunung, pengalaman beharga dan sayu ni memang takleh nak digambarkan dengan kata-kata, keindahan cuaca yang sesejuk 5c ketika mengambil wudhu, yang membuatkan muka, tangan, kaki kejang lagi kebas kerana kesejukan yang melampaui batas-batas serta norma kehidupan manusia alaf baru, membuatkan kami insap dan hiba kesyahduan, wahhh, ayat saya dramatik gitu! Solat Subuh yang diimami oleh Mustah, pelajar sarjana Jurusan Qiraat, Uni Al-Azhar, merangkap pak pemandu pelancong kami beralun-alun bergema di atas gunung Sinai. Selepas...ni...sambungla seperti biasa...
~sedang mendengar: Satu-Dewa
MC: Sambung nanti ye, bagi mencari ayat yang dramatik :P

3 comments:
wah menarik sungguh perjalanan itu....sesungguhnya pengalaman yg diperolehi itu sgt berharga...
sambungannya lagi?? tak saba:)
azman: Alhamdulillah kdg2 tak pnah tpikir n tgambar dlm diri ni nak smapai sana!rezeki dr Allah!
D: hah da smbg daa..:)
Post a Comment