SINAI 4


Boss Zara sdng cuak lalu kat blkang gunung
naik turun da
hah da tau bahaya ke tepilaa
kedai kopi tuu
en Emernson sdg mengeskpresi pemandngan
ape makcik tuh buat tuh..owh depa naik haji ni
laa..kembar ghupenye
mailaa beli kitab pokcik
beratur balik gunung
nila Mohammad yg kuat majuk n bgadoh tuh


Saya mengaku yang saya jarang-jarang baca doa maupun selawat ketika berjalan atau ber ber di Malaysia, tapi serius saya mengaku lagi, setiap detik langkah,perjalanan, penaikan, penurunan, pengesotan,pengolekan di gunung ni, saya susuli dengan doa, selawat, ayat-ayat suci, dengan harapan tak tergelincir jatuh terjunam ke paras yang boleh mengakibatkan kepala pecah lapan,huh! Alhamdulillah!
Berbalik kepada tempat persembunyian Nabi Musa, kami diberitau oleh Aniq, mengenai sejarah Sinai ini, dan betul-betul kami rasa insap sekejap, erk tak..lamalaa insapnya!
Lepas saya berdoa, yang betul-betul doa di bawah ini, saya dan Boss Zara naik, apalagi takanla duk diam, mestilah kami bercengkerama dengan Pakcu dan lens-lensnya itu, pelbagai aksi dapat dilihat, tapi bukan disini, di dalam Pakcu saya ya! Sedar-sedar, kami orang yang terakhir yang terakhir turun dari gunung.
Lupa nak cerita, coklat –coklat kat atas gunung ni, boleh tahan juga harganya, kat bawah gunung harga coklat dalam USD 1-3, atas gunung, mau USD 10-30, jenama coklat yang sama serta tarikh luput pun sama! Begitu juga dengan penggunaan tandas yang berkualiti di atas gunung ni, sila bawak air sendiri dari bawah dan bersedia membawa USD yang mencukupi jika nak menggunakan tandas ya, keadaan tandas, mmm, naikla atas ni, baru tau!
Sesi penurunan adalah cabaran yang sebenar, kami bergaduh dengan adik Mohammad, pemandu pelancong kami yang sebenar, kerana kami nak lalu laluan pintas yang memakan masa beberapa jam, tidak mengikut jalan kami naik yang memakan masa berpuluh jam, erk taklaa puluh jam sangat! (maap, ayat lebihan disitu)
Setelah kami berjaya mengenyit-genyit mata barang seminit dua dengan adik Mohammad, dapatla kami menuruni cerunan yang begitu meggetar jiwa, kalbu, sukma raga, inila harga yang perlu dibayar, jika anda sukakan cabaran, tapi saya tak suka, saya ikut ja, tiada pilihan!
Aniq kata jalan taklah securam yang didaki, tapi ya, dia tipu! Jalan turun lebih curam, lebih seram, lebih dramatik dan lebih klasik dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata, iya hanya boleh digambarkan dengan kaki, badan yang turun saja.
Dengan menggunakan teknik kungfu ala-ala Jet Li, kami berjaya juga turun, sedar-sedar saya da tinggalkan semua ahli rombongan diatas, munkin ini disebabkan faktor kaki yang terlalu sakit yang melampau menyebabkan saya bertindak diluar jangkaan dengan menuruni gunung dengan begitu semangat waja, Malaysia boleh! Makcu pun boleh!
Alhamdulillah, inilah antara pengalaman yang indah yang tak penah saya pikirkan dan mimpikan akan buat!
Jika ingin tau lagi pengalaman yang indah ini, jangan malu-malu unta, boleh terus menghubungi saya ya!,

~sedang mendengar: Tak Terganti-Marcell

MC: Indah.... ku ingat dirimu.. SINAI 4!

3 comments:

hamba said...

uih.... x abes2 lagik aksi panjat menanjat nie..

Anonymous said...

powerla! memang indah, saya setuju

Makcu said...

hamba: eheheheh suek panjat

anony: mmmmmmmmmm .. indah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...