Kaca mata ini bukan kaca mata yang biasa saya pakai setiap hari,
Kaca mata ini adalah kaca mata yang luar biasa saya PAKAI, dan hanya di pakai ketika saya menyelam sambil berlumba dengan ikan lumba-lumba, meneropong kapal selam milik, ek milik siapa tu.., memberi makan sotong segar, mengejar ikan hitam biru yang saya memang tak tau sepsis dan namanya, juga tidak lupa mengigit batu karang bagi mengetahui keasliannya...
Bagi mereka yang mempunyai mata yang kurang tajam lagi kabur seperti saya, disarankan memakai kaca mata yang mempunyai kuasa, bukan kuasa kuda, kuasa mata! Apakah yang dikatakan dengan kuasa mata, saya pun tak tau… Janji terangla mata anda, bolehla lihat lubang hidung ikan tu...ye dok..
~sedang mendengar:Rasa Ini-The Titans
MC: Saya akan memakai lagi kaca mata luar biasa ini, bila … ahaa ek.. bila ek…
PAKAI
KAKI

pro ade hati pakai menatang ni !!
owh nila yg dikatakn KAKI PANCING..kaki + pancing
aitt dpt ikan biliss je kak
ooo lalalaoooOoOOo...kata encik ikan bermulut seksi
ek sapa yg nak mandu bot ni...
Menyusuri gelombang yang tak berapa besar, saya bersama-sama kakak dan abang KAKI pancing, memulakan aktiviti yang murni ini di tengah laut. Saya yang memang jahil dalam ilmu memancing ini hanya ternganga melihat kehebatan mereka. Hebatkah mereka, hebatla dapat ikan bukannya dapat tayar! Kali terakhir saya melihat orang memancing secara eksklusif ini pun semasa darjah dua, di tebing pantai Likas, Sabah oleh CEO, PakNgah dan Pakde. Ek, saya tak lihat pun , saya sibuk bermain polis sentri dengan Makteh dibalik batu-batu besar tebing pantai.
Pengalaman manis ini saya kongsi bersama setelahdipaksa dipujuk untuk sama-sama melihat proses pemancingan yang begitu manis. Memang manis kerana ikan yang dipancing secara manis juga dimasak dan dimakan oleh kami yang manis-manis ini Whoahh!!!
~sedang mendengar:Biarlah-Nidji
MC: Terima kasih kepada tuan rumah, penaja, pengiklan, pembot, pakcik-pakcik pemberi umpan juga pemasak sekalian. Terima kasih daun keladi memang kami nak lagi!

Menyusuri gelombang yang tak berapa besar, saya bersama-sama kakak dan abang KAKI pancing, memulakan aktiviti yang murni ini di tengah laut. Saya yang memang jahil dalam ilmu memancing ini hanya ternganga melihat kehebatan mereka. Hebatkah mereka, hebatla dapat ikan bukannya dapat tayar! Kali terakhir saya melihat orang memancing secara eksklusif ini pun semasa darjah dua, di tebing pantai Likas, Sabah oleh CEO, PakNgah dan Pakde. Ek, saya tak lihat pun , saya sibuk bermain polis sentri dengan Makteh dibalik batu-batu besar tebing pantai.
Pengalaman manis ini saya kongsi bersama setelah
~sedang mendengar:Biarlah-Nidji
MC: Terima kasih kepada tuan rumah, penaja, pengiklan, pembot, pakcik-pakcik pemberi umpan juga pemasak sekalian. Terima kasih daun keladi memang kami nak lagi!
MANA

Di MANA kah saya berada sekarang?
Jawapanya selepas saya letak gambar lagilaa….
~sedang mendengar: Don’t Panic –Coldplay
MC: Susah dapat siaran kat atas bot ni...
CEMAS

Makteh baru selesai menjalani latihan. Latihan apa?, Rahsia!
Makteh mendapatkan beg.
Terasa CEMAS di Hipothalamus Makteh kerana terdapat 15 miscall ke telefon bimbit dari rumah.
Makteh pun segera menghubungi Acheen, dada berdebar-debar, tangan terketar-ketar:
Makteh mendapatkan beg.
Terasa CEMAS di Hipothalamus Makteh kerana terdapat 15 miscall ke telefon bimbit dari rumah.
Makteh pun segera menghubungi Acheen, dada berdebar-debar, tangan terketar-ketar:
Makteh: Kakak nape sayang, kakak call mama ke?
Acheen: Ahalaa mama.. banyak kali Acheen call mama tau, mama tak angkat...
Makteh: Nape, sapa sakit, sape jatuh, sape gigit, sape gaduh, ade yang tak kena ke sayang?
Acheen: Ni mama, mama buleh tak terus terang, Ateee ni Ultraman ke manusia mama?
Makteh: Apaaaaaaaaaaaaaaa........
Acheen: Yelaaa.. Ateee ni Ultraman ke manusia mama, acheen konpiuss laaaa.....dia asikk cakap dia Ultramannn...
Makteh: Ateee manusia, sayang.... [cuba mengawal emosi gelodak jiwa]
Menerangkan situasi sebenar mengenai status Ateee...
Menutup telefon bimbit,
Makteh: Arghhhhhhhhhhhhhhh...
~sedang mendengar: I Dreamed a Dream-Susan Boyle
MC: Kanak-kanak juga perlukan kebenaran!
MUNGKIN
MUNGKIN anda rasa anda lebih pandai,
Mungkin anda rasa anda lebih kuat,
Mungkin anda rasa anda lebih hebat,
Mungkin anda rasa anda lebih pantas,
Mungkin anda rasa anda lebih cerdas,
Mungkin anda rasa anda lebih cantik,
Mungkin anda rasa anda lebih kacak,
Mungkin anda rasa anda berada di atas puncak,
Mungkin anda tak rasa apa yang saya rasa,
Pandai, kuat, hebat, pantas, cerdas, cantik, kacak, puncak anda bukan untuk selamanya, kerana semua ini adalah pinjaman dariNYA selagi kita masih bernyawa!
~sedang mendengar: Mungkin Nanti-Peter Pan
MC: Mungkin saya da tak perlu bagi peluang pada anda. Mungkin!
TEH

“Teh boleh mengurangkan risiko kanker [kanser]”, kata Fitranty Anantoer.
“Ia bagus untuk penyejukkan badan, malahan kamu pasti berasa puas [senang, erk lega..erk seronok]”, terang Adispos Sugianto.
TEH boleh mengurangkan risiko kanser, menyejukkan badan dan puas [ye, saya ulang ayat Fitranty Anantoer dan Adispos Sugianto, tiada masalah kan!]
Memandangkan negara anda panas, anda disarankan untuk meminum teh, negara saya sejuk, jadi saya tak kisah jika tidak meminum teh.
~sedang mendengar: Sunday Morning- Maroon 5
MC: Eh negara anda dan negara saya, sama ke?
CIKGU

Apa khabar, saya harap teacher dalam keadaan sihat. Saya sihat, saya harap teacher pun sihat. Teacher tahu tak, Fathin, Hazim, Danish, Nadila, Amar, Suti, Rafit pun menangis lepas teacher pergi meninggalkan kami sebab rasanya semua rindukan teacher.
Betul teacher, saya tak tipu, saya pun rindukan teacher. Tapi saya tak menangis, saya menangis dalam hati saja. Tak nampak dekat mata. Teacher kami sedih, kami nak main dan menyanyi lagu Ola-Oli dengan teacher, teacher Sarimah dia tak menyanyi pun macam teacher, dia tak tahu pun ada lagu Ola-Oli teacher. Teacher sudah tak mengajar lagi, teacher buat apa sekarang?
Teacher, kami nak nombor teacher, ingat tak teacher ada beritahu yang teacher akan beri nombor telifon teacher kalau kami bagi surat dalam bahasa inggeris, tapi saya boleh tulis dalam bahasa Melayu saja, macam mana teacher, adakah teacher nak beri?
Teacher, balas dengan cepat ya teacher, hari cikgu sudah dekat, saya dan rakan-rakan nak ucap “Selamat hari CIKGU, teacher!”
Yang Benar,
Mohammad Saripuddin Dahlan
3 Adil
No 67, Jalan Panggerang 24/9, Seksyen 9, Bandar Mahkota Cheras, 43200, Cheras, Selangor.

*Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas, tapi kalau teacher tak nak balas saya tak marah pun, cuma sedih, teacher kakak saya yang tulis surat ini, tulisan saya buruk, tulisan kakak cantik, teacher tak marah, betul kan?
~sedang mendengar: The One - Maliq & D'essentials
MC: Cameron saya tangguhkan dulu bagi memberi laluan untuk surat yang menyentap pituitari saya ini...
BUNGA

Subjek [baca: bukan subjek melibatkan Algebra, Teori Pithagoras mahupun Fosforus, subjek adalah kiasan disini] paling saya kurang gemar tembak [baca: sekali lagi kiasan] adalah bunga, kerana apa? Saya tak tau kenapa, sukati sayala.
Tapi bila da banyak sangat bunga kat Cameron ni, saya tembak jela.. mudah-mudahan saya dapat bunga percuma bagi mempromosi bunga di Cameron 2009, dan ya kami dapat BUNGA percuma dari nyonya peramah! Cayala nyooo..!!!

~sedang mendengar: Hebat –Tangga
MC: Kita kena selalu peramah dengan orang supaya bisa dapat percuma...
Subscribe to:
Posts (Atom)