BAIK

jika kamu tajam pglihatan, mana satukah Cikgu Nordin?

Saya menerima kejutan lagi. Bukan kejutan menang loteri. Haram.
Saya menerima kejutan dimana kawan BAIK dan musuh baik saya semasa sekolah rendah muncul tiba-tiba di rumah saya.
Aloy [nama orang] kawan sepermainan ceper,baling tin, badminton, galah panjang, sorok-sorok, panjat–panjat, judi, bakar-bakar, juga tak lupa polis sentri. Di sekolah saya tidak dibenarkan bermain, kerana dia pengawas sekolah. Dia perlu menjaga imej. Adik-adik gedik perempuan darjah 2, 4 dan 3 amat mengkagumi ketegasan, keterampilan dan kematangannya. Mungkin juga ada adik–adik gedik lelaki yang mengkaguminya, euwww..
Aloy merupakan insan yang pernah menemankan saya dan berlari-lari anak pulang ke rumah CEO memberitahu saya tidak sedarkan diri di padang permainan, bukan disebabkan tidak sedar diri akibat bermain keterlaluan, tapi saya tidak sedar kerana saya sakit. Betul saya sakit di padang permainan!
Aloy juga insan yang termenung keinsafan melihatkan Makcik Lah [nama orang] mengurut kaki saya akibat jatuh dari longkang, akibat terlalu teruja bermain sorok-sorok, jika anda ingin bermain sorok-sorok dengan kawan sila jangan bermain di longkang, tolonglah pilih tempat yang lebih wangi lagi selesa.
Mir [nama orang] musuh baik saya, adalah musuh perdebatan tidak kira dalam situasi apapun terutama di sekolah. Mir bermulut celupar, laser dan ganas, mungkin kerana saya sedikit celupar, laser, dan ganas terhadapnya, [baca: saya kata mungkin], ini kerana dia.... tidak perlu saya sebutkan disini, ini akan mengaibkan musuh baik saya.
Mir juga dengan begitu gembira lagi berbunga-bunga melihatkan kepala saya dan Syah [nama orang], diketuk oleh Cikgu Nordin [nama orang], kerana kesungguhan kami bermain baling bola kertas sehingga menyebabkan bola tersebut jatuh tepat ke atas.....sekali lagi tidak perlu saya sebutkan disini, ini akan mengaibkan cikgu baik saya.
Hubungan kami terputus berbelas-belas tahun, mungkin 15 tahun atau lebih, agak terharu, kami bertemu.
Kami berborak, Aloy semakin tegas, terampil dan matang.
Mir semakin...owhh tidak..Mir sudah tidak celupar, laser dan ganas. Saya boleh berborak dengan Mir begitu tenang tanpa ada perdebatan, yey!
Mir jurutera di syarikat pembinaan antarabangsa dan Aloy mempunyai perniagaan Insurans sendiri.
Saya, saya, saya...ternganga..
Kenapa mereka tiba-tiba muncul ?
Ya, kerana nak melawatla takkan nak main sorok-sorok dalam longkang pulak...

[...dan mereka sangatlah matang seiring dengan usia...erk saya pun akan ke arah itu...]

~sedang mendengar : Segitiga dari Cokelat

6 comments:

aifaaifa said...

ada sesuatukah dgn lagu yg anda dengar isi entri ini?

ehehe

jom..sama2 la kite menuju ke arah kematangan!

Ganbarimasu!

Makcu said...

owhhh tidak ada knaa mgenaa utk ntri ini... anda jgn berperangsangkaa yg bukn2 yaaa...
bukak radio tbe2 lagu ini dimainkan..sekiaann

haitt... gambatee.....gambarimasu

makLONG said...

hahaha..klaka2 la entri ni..suke2.. ops...(bila nak berubah jd matang ni..isk isk..)

Makcu said...

ini merupakan antara ntri aku yg paling tegasss n serioussss!!!
matang...erkk aku blom matangg lagi kaaaa ...blahhlaaa..

Anonymous said...

aku tak tau mana satu cikgu Nordin, sbab aku tak belajr dgn dia, tp aku tau mana satu makcu... kenapa pulak kau nak ternganga.. kau kan da dpt kerja...kau memang lagi suka sebenarnya buat org terngangaaaa kan...

Makcu said...

mane ade aku suka wat org terngangaaalaa.... pitnahh jaa...
hah kalo teror aku mane? elehh ko musti tak tau kan... wat2 tau pirahhh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...