LAUT

erk ni gambo terakhir.. da abis makn heheh tbalik ..takpela
siput apo ni
hah membakar
amik.. kepak ketam besau kepak unta
sukalaa tokai satu asia lepak sini
pilih-pilih sampai pengsan!
udang biase yg sebsar muke org erkk
abissskannnnn ia!
gunting ketam ye kak

Agak menyedihkan, perjalanan ke sini saya kurang sihat, batuk-batuk teruk, demam tapi tu semua tak menjadi halangan bagi pejalan-pejalan tegar seperti saya dan ahli-ahli rombongan cik Kiah!

Waktu malam-malam dingin, orang-orang Vietnam ni, berjaga malam, sungguh meriah, macam esok diorang tak keja/ sekolah je, atau munkin jugakla diorang tak pegi. Jadi kami pun mengambil kesempatan berjalan-jalan mengikut akak Vietnam kawan, Cik Myzarra.

Jalan-jalan lorong yang berselirat kat sini, tibe-tibe terjumpe makanan LAUT yang…. Pehhh! Tu je dapat cakap. Patutla orang-orang Vietnam ni kecik-kecik, duduk meja kecik, duduk kerusi kecik, semualaa kecik-kecik datang orang-orang kita.. hah amik ko!, erkk tak berape kecikla kan.

~sedang mendengar: Hati yang Kau Sakiti-Rossa

MC: Nanti saya sambung…

SELIRAT

mano2 ja ade moto ni ...
mcm sedap, tpi takde tande halalal thoiyibba!
depa ni senang ja, tepi2 jln pacak je gerai
basikal lambat= mmg lambat basikal ni
topi2 sini mmg klasik dowh

pokcik ni mmg da x larat nak bwk org ni gamaknye

Hanoi ni bandar dia berSELIRAT abis, wayar, ye wayar dia Ya Rabbi, tak penah saya tengok wayar seberselirat macam wayar-wayar kat Hanoi ni , huh! Tak lupa jugak yang berselirat jalanraya dia, saya tak pasti mana satu jalan masuk dan jalan satu hala atau dua ahal atau tiga hala kat Hanoi ni, bile melintas, jangan nak tengok sebelah jalan saja, kena tengok kiri, kanan, depan, belakang sal anda takan tau tiba-tiba basikal muncul, moto muncul, keta muncul, makcik bawak jualan muncul, macam-macam muncul! Doa saja tidak kemalangan yang muncul.

~sedang mendengar: Cinta Jangan kau Pergi-Sheila Majid

MC: Saya baru ada mase nak tengok belog ni, belom sampai sebulan balik dari negeri Komunis ni.

SELAMAT

tak.. sy tak bace pon buku ni, sy amik gambo dia je!

Saya baru SELAMAT pulang dari negara Komunis ini, erk..

Saya baru selamat menangis kerana PakcuUu saya jatuh dilanggar oleh tukang urut,

Saya baru juga selamat menyambut hari lahir saya bersama keluarga, rakan-rakan, kroni-kroni, orang-orang tersayang, terima kasih semua, atas ucapan-ucapan, hadiah-hadiah dan ingatan dan kenangan yang manis. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian. Meminjam kata-kata dari satu majalah yang saya rase cukup indah maksudnye,

Selamat panjang umur beerti selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah, itula maksud selamat panjang umur!"

Semoga kita semua akan selamat dii dunia dan akhirat. Selamat Muharram jugak!

~sedang mendengar: Waktu kan Menjawab- Warna

MC: Selamat ek… nantila saya akan selamatkan gambar-gambar di Vietnam!

BARU

Lepas amik gambar teruja anak rakan saya , saya ingat nak amik gambar teruja cucu CEO yang kedua belas pulak, tapi apakan Allah lebih menyayangi Aufa Sumayya yang telah dipinjamkan kepada kami pada 1 Disember lepas, dari jam 6 petang dan dikembalikan kepadaNYA pada 11 malam itu jugak.

Moga Allah memberi ketabahan kepada Makde dan Pakde, CEO- MEMCEO semua, makcik-makcik dan pakcik-pakciknya.

Semoga dengan kedatangan tahun BARU ni, akan memberi satu ribu rahmat dan keberkatan kepada kita semua. Ameen! Moga Allah ampunkan segala dosa-dosa kita, maksiat yang telah kita lakukan pada tahun-tahun sbelum ini.

MC: Saya nak pergi merehatkan diri ye. Doakan saya selamat pergi dan kembali ke tanah air.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...