






Terima KASIH.
Kepada semua yang memberi sokongan, rangsangan, pembetulan, pemerhatian, penempatan, dan an, an sekalian.
Terima kasih.
Hadiah-hadiah dan kata-kata yang penuh makna, yang anda beri dan kirimkan, amat saya hargai dengan penuh makna juga.
Tidak semua gambar hadiah yang bermakna dapat diletakkan disini bagi menghormati keputusan dan rayuan pemberi hadiah yang sungguh bermakna, ye ayat makna sangat banyak disini!
Terima kasih.
Atas kata –kata baik, logik, puji, sopan, mulia, sangat saya hargai dan saya simpan.
Kata-kata kesat, ngilu, tajam, kejam, sangat saya hargai juga dan saya simpan kerana ia sangat bermakna bagi saya, terima kasih kerana menjadikan saya orang, er, sebelum ni saya bukan orang ka??
Terima kasih.
Encik-encik, Puan-puan, Cik-cik, sekalian yang banyak membantu saya mengharungi pahit, manis, masin, kelat, payau hidup bersekolah dulu, dan banyak memberi penampar, penerajang, kasih sayang, cinta
Hanya pencipta Roh saya yang dapat membalas jasa anda semua!
~sedang mendengar: Kelibat Si Penyair –Azlan & The Typewriter
MC: Terima kasih.