ala2 nikah dlm taman gitu!
ape ni??, misteri sggh!
strawberi celup coklat, strawkelat namanya!
Bertempat di kediaman rasmi CEO, sejurus solat Asar telah berlangsung acara AKAD nikah pasangan Ika dan Amir [ kedua-dua nama manja].
Pengantin perempuan dari Ampang, pengantin lelaki dari Bukit Tinggi, Cameron Highlands, kenapa nikah di rumah CEO di Kajang, sukatila nak nikah mana-mana pun kan!
Waktu saya pulang kerja, hari suda malam dan pengantin lelaki juga sudah beredar.
Jadinya di waktu penat-penat kuku dan sakit-sakit sendi selama dua hari berturut-turut menjaga panel untuk anugerah, sempatla juga saya mengambil gambar sebentar sambil mata terbeliak melihat kediaman CEO yang suda bertukar menjadi taman bunga bukit tinggi dan juga mata tertumpu kepada strawberi segar yang dibaluti coklat. Jangan ingat Dato' Siti ja yang dapat hantaran macam ni!
Minggu depan, jika dizinkanNYA kami akan menghantar pengantin ke bukit tinggi dan saya berdoa agar saya tidak bekerja, sila doakan saya ya!
~sedang mendengar: Abdul & The Coffee Theory- Beauty is You
MC Seperti telahan mesra dr SMS, MMS, FB dan teka-teki dari rakan, kroni serta musuh bukanlah saya yang menjadi pengantin di kediaman CEO pada hari tersebut, sekian.