REHAT

Manjeenye ucapan kawan-kawan nih hehehe


Saya sedang dalam fasa beREHAT
Indah betul saat berehat ni, jom kita pegi berehat ke mane-mane yang patut!!

MC: Rehat... wowowo

KADANG

DIY

KADANG–kadang apa yang kita nak sangat , tak dapat,
Kadang-kadang apa yang kita taknak sangat, kita dapat,
Kadang-kadang  apa yang kita harapkan, tak berkesudahan dengan baik,
Kadang-kadang apa yang kita tak harapkan, baik sudahnya,
Kadang-kadang kita nak sangat secantik/ sebaik/ sesempurna itu ini tak dapat
Kadang-kadang kita  tak nak pun sangat secantik/sebaik/ sesempurna itu ini, itulaa yang dapat
Sebabnya……..
Kita selalunya  lupa nak bersyukur, nak berterima kasih pada Allah….
Kita selalunya lupa lihat orang yang lebih rendah dari kita…..
Kita selalunya lupa, lalai dan leka seadanya

MC:  Moga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita….

SALAM

SALAM 2013
Cepatnyeeee masa berlalu,
Dari bulan 12, 2012 sehingga tahun ni:
Saya da jadi puan, saya da pegi berbulan madu bintang kejora, saya da masuk hospital, lepas tu tan sri saya pulak  masuk hospital, saya da… saya da… macam2la yang saya da…

makanan ruji di bulan 12 hingga kini.. ehhh
M.C: Alhamdulillah, Allah bagi  ujian sakit, Allah bagi anugerah  terindah kepada kami, Alhamdulillah!

ISTERI

Buat bakal ISTERIku
1 Muharram 1434 H

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Buat bakal ISTERIku, diriku berjanji kepadamu,
Yang aku akan meletakkanmu disisi ku sepanjang hidup ku didunia akhirat, di syurga Allah Taala
Takkan sekali ku letakkan mu di bawah ku kerna dirimu bukan untuk dipijak, 
Takkan sekali ku letakkan kau di atasku kerana kau bukan untuk ku junjung, 
Takan sekali kau ku letakkan di depan atau di belakangku, kerana kau seharusnya sentiasa berada di sisiku seperti mana letaknya rusukku, 
Dan takkan sekali ku mencuba untuk meluruskan mu, ibarat tulang rusuk ku yang melingkar di badanku, kerana aku tidak mahu kau patah, 

Aku akan selalu melindungimu dengan kulit yang meliputi dengan darah yang membasahi
akan ku tepis segala ancaman dengan tangan walaupon diri ini akan binasa
kerana itu selayaknya untukmu wahai  bakal isteriku,
Apa yang ku pinta darimu, sentiasalah berada di sampingku, 
Tatkala senangku, 
susahku, dukaku, gembiraku, gagalku, berjayaku, hidupku, 
dan yang terakhir ketika memandikan dan mengiringi jenazah ke pusaraku....

Diriku sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menganugerahkan engkau kepada diriku, 
Yang membuatkan ku lebih dekat kepada yang Esa, 
yang membuatku selalu untuk berusaha berjaya di dunia dan akhirat
Terima kasih atas segala yang telah dirimu lakukan untuk diriku dalam sedar dan tidak mu
Moga kasih sayang, cintaku hanya untuk mendapat keredhaan dan kerberkatan dariNYA!
Moga Allah mengampunkan segala dosa kita, dosa ibu bapa kita, dosa keluarga kita, rakan kita, 
Moga Allah memberi kerberkatan dalam ikatan yang halal dan suci yang bakal kita jalani nanti, insyAllah!


MC: :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...