nini tgh2 dlm versi lebih sopanSaya LUPA harijadi Nini. 24 Mac 2009.
Maklumla saya sangat sibuk.
Hadiah: Kasih sayang suda…
Nama: Dini Sofea @ nama manja Nini Cokelat Celup
Umur : Genap 5 tahun atau 4 tahun atau saya akan tanya dia kembali
Hobi: Menonton kartun dari petang sampai malam dan suka membaca buku [dia baru 5 tahun, kenapa suka baca buku?]
Kartun kegemaran: Saluran 611 CERIA [Patutla ASTRO kaya]
Nama Balak: Firdaus [ Baguslah kerana beragama Islam]
Warna kegemaran: Merah jambu kerana sama warna dengan rambut patung Barbienya, walaupun dia tidak memliki rambut bewarna tersebut.
Makanan Kegemaran: Keropok yang disaluti MSG.
Cita-cita: Doktor, Kapal Terbang, Penyanyi Indonesia, cita-cita lain terlalu tinggi, tak sampai hati nak taip.
Kekebihan:
a) mendapat tempat pertama dalam peperiksaan pertengahan tadika dengan markah 97%
[mungkin mewarisi kepandaian makcuuunya, saya kata mungkin!]
b) menyanyi lagu Indonesia dengan bahasa yang rasanya orang Indon pun tak faham.
c) bergaduh dengan adik-beradik yang lain bagi berebut alat kawalan jauh TV untuk memastikan rancangan kegemaran Wonderpets dapat ditonton [sekali lagi, saya memang tak puas hati dengan rancangan ni]
d) mempunyai lesung pipit [mungkin mewarisi kecantikan makcuunya, sekali lagi saya kata mungkin!]
____________________________________________________
Saya lupa harijadi Makteh. 26 Mac 09 .
Kan saya sibuk
Selamat hari jadi Makteh ku sayang.
Keterangan dan gambar mengenai Makteh, tiada, kenapa?
Kerana saya malas nak terangkan..
Hadiah: Kasih sayang juga.. adil kan!
~sedang mendengar: Maybe dari Secondhand Serenade
MC: Da bagi kasih sayang pun tak puas hati, nak material juga, material semua itu adalah dunia semata-mata!