ISTERI

Buat bakal ISTERIku
1 Muharram 1434 H

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Buat bakal ISTERIku, diriku berjanji kepadamu,
Yang aku akan meletakkanmu disisi ku sepanjang hidup ku didunia akhirat, di syurga Allah Taala
Takkan sekali ku letakkan mu di bawah ku kerna dirimu bukan untuk dipijak, 
Takkan sekali ku letakkan kau di atasku kerana kau bukan untuk ku junjung, 
Takan sekali kau ku letakkan di depan atau di belakangku, kerana kau seharusnya sentiasa berada di sisiku seperti mana letaknya rusukku, 
Dan takkan sekali ku mencuba untuk meluruskan mu, ibarat tulang rusuk ku yang melingkar di badanku, kerana aku tidak mahu kau patah, 

Aku akan selalu melindungimu dengan kulit yang meliputi dengan darah yang membasahi
akan ku tepis segala ancaman dengan tangan walaupon diri ini akan binasa
kerana itu selayaknya untukmu wahai  bakal isteriku,
Apa yang ku pinta darimu, sentiasalah berada di sampingku, 
Tatkala senangku, 
susahku, dukaku, gembiraku, gagalku, berjayaku, hidupku, 
dan yang terakhir ketika memandikan dan mengiringi jenazah ke pusaraku....

Diriku sentiasa bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah menganugerahkan engkau kepada diriku, 
Yang membuatkan ku lebih dekat kepada yang Esa, 
yang membuatku selalu untuk berusaha berjaya di dunia dan akhirat
Terima kasih atas segala yang telah dirimu lakukan untuk diriku dalam sedar dan tidak mu
Moga kasih sayang, cintaku hanya untuk mendapat keredhaan dan kerberkatan dariNYA!
Moga Allah mengampunkan segala dosa kita, dosa ibu bapa kita, dosa keluarga kita, rakan kita, 
Moga Allah memberi kerberkatan dalam ikatan yang halal dan suci yang bakal kita jalani nanti, insyAllah!


MC: :)

2 comments:

Anonymous said...

congrat makcu, sudah bertemu pakcu jua akhirnya, moga kekal hingga akhir hayat!

Makcu said...

syukran.. Alhamdulillah! doakan yg terbaek!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...