ko tgok sesungut dio... mana tak gigil nak makan...
SIPUT kat sini amat digemari, mengikut cerita orang-orang Maghribi, siput elok tuk penghadaman, pemanasan badan, pencernaan, dan penyahtoksian, kerana siput kat sini dimasak dengan sup hitam yang telah diletak segala macam ramuan rempah ratus yang terkenal!
Walaupun nampak macam adik-beradik siput babi kami dengan penuh takzimnya tak melepaskan peluang merasa siput ni, saya dengan gigilnya berjaya makan separuh saja siput ni, rasa macam…… mmm ..mmm… kuah hitam siput ni rasa, halia panas. Kak Ron berjaya berdiri luar gerai siput, dia tak lalu nak masuk langsung. Kak Ju & Maklong terbaekk, boleh abiskan satu mangkuk siput babi ni, ehh… siput Maghribi ni, diorang ni memang bole masuk Fly FM: Paranoid Activities!
MC: Selamat menjamu siput!