PIRAMID

panas gile cuace kat cni, maklumla tmpt piraun
ade gak aksi2 lompat2 kat sni... tapi da ditapis ye
mendalaa adik polis ni nak buktikan
hai si unta manjaa
bahang..bahang piraun kat sini
yesss!!!..akhirnyaaaa.cita2ku sejak darjah 4 kenanga tcapai, naik unta!

Agak Firaun.Agak kotor. Agak panas. Agak berhabuk. Agak ramai orang amik gamba. Agak tak terjaga. Agak besar, Agak tinggi. Itu saja saya agak pasal PIRAMID, haih, bole.

Yang penting saya agak teruja naik unta depan Piramid, tak beragak...tuh.!Yey!

~ sedang mendengar: Untitled -MALIQ Feat Gita Gutawa

MC: Seterusnya ke destinasi yang tak berapa Firaun sangat ya...

SINAI 4


Boss Zara sdng cuak lalu kat blkang gunung
naik turun da
hah da tau bahaya ke tepilaa
kedai kopi tuu
en Emernson sdg mengeskpresi pemandngan
ape makcik tuh buat tuh..owh depa naik haji ni
laa..kembar ghupenye
mailaa beli kitab pokcik
beratur balik gunung
nila Mohammad yg kuat majuk n bgadoh tuh


Saya mengaku yang saya jarang-jarang baca doa maupun selawat ketika berjalan atau ber ber di Malaysia, tapi serius saya mengaku lagi, setiap detik langkah,perjalanan, penaikan, penurunan, pengesotan,pengolekan di gunung ni, saya susuli dengan doa, selawat, ayat-ayat suci, dengan harapan tak tergelincir jatuh terjunam ke paras yang boleh mengakibatkan kepala pecah lapan,huh! Alhamdulillah!
Berbalik kepada tempat persembunyian Nabi Musa, kami diberitau oleh Aniq, mengenai sejarah Sinai ini, dan betul-betul kami rasa insap sekejap, erk tak..lamalaa insapnya!
Lepas saya berdoa, yang betul-betul doa di bawah ini, saya dan Boss Zara naik, apalagi takanla duk diam, mestilah kami bercengkerama dengan Pakcu dan lens-lensnya itu, pelbagai aksi dapat dilihat, tapi bukan disini, di dalam Pakcu saya ya! Sedar-sedar, kami orang yang terakhir yang terakhir turun dari gunung.
Lupa nak cerita, coklat –coklat kat atas gunung ni, boleh tahan juga harganya, kat bawah gunung harga coklat dalam USD 1-3, atas gunung, mau USD 10-30, jenama coklat yang sama serta tarikh luput pun sama! Begitu juga dengan penggunaan tandas yang berkualiti di atas gunung ni, sila bawak air sendiri dari bawah dan bersedia membawa USD yang mencukupi jika nak menggunakan tandas ya, keadaan tandas, mmm, naikla atas ni, baru tau!
Sesi penurunan adalah cabaran yang sebenar, kami bergaduh dengan adik Mohammad, pemandu pelancong kami yang sebenar, kerana kami nak lalu laluan pintas yang memakan masa beberapa jam, tidak mengikut jalan kami naik yang memakan masa berpuluh jam, erk taklaa puluh jam sangat! (maap, ayat lebihan disitu)
Setelah kami berjaya mengenyit-genyit mata barang seminit dua dengan adik Mohammad, dapatla kami menuruni cerunan yang begitu meggetar jiwa, kalbu, sukma raga, inila harga yang perlu dibayar, jika anda sukakan cabaran, tapi saya tak suka, saya ikut ja, tiada pilihan!
Aniq kata jalan taklah securam yang didaki, tapi ya, dia tipu! Jalan turun lebih curam, lebih seram, lebih dramatik dan lebih klasik dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata, iya hanya boleh digambarkan dengan kaki, badan yang turun saja.
Dengan menggunakan teknik kungfu ala-ala Jet Li, kami berjaya juga turun, sedar-sedar saya da tinggalkan semua ahli rombongan diatas, munkin ini disebabkan faktor kaki yang terlalu sakit yang melampau menyebabkan saya bertindak diluar jangkaan dengan menuruni gunung dengan begitu semangat waja, Malaysia boleh! Makcu pun boleh!
Alhamdulillah, inilah antara pengalaman yang indah yang tak penah saya pikirkan dan mimpikan akan buat!
Jika ingin tau lagi pengalaman yang indah ini, jangan malu-malu unta, boleh terus menghubungi saya ya!,

~sedang mendengar: Tak Terganti-Marcell

MC: Indah.... ku ingat dirimu.. SINAI 4!

SINAI 3

pemandangan dibelakang gunung pehh..
tgok, tgok, sy gn riaknya da tingglkn smua org haa
nila sneker tmahal dlm dunya gua penah makan!haih!
haaa..panjatlaa apeagi kan
keldai ni manje2 skit gan sy.. takot!
abg ni kate dia amik wdhu nak solat dhuha.. whaoh.. sejuk tuh
pmandangan tepi gunung!
lekukan badan Nabi Musa.. yaaa di dlm itu

SINAI 3: Selepas kami solat, kami pun dengan tak menolah kiri dan kanan, terus berlari panjat gunung ni, wahh... berlari kunun, naik setapak dua pun tercungap-cungap... , ade hati nak lari kunun! Digalakkan kepada anda membuat senaman serta renganggan yang konsisten sebelum mendaki gunung ini, saya dan beberapa ahli kumpulan adalah kumpulan redah ja, yang tidak membuat apa-apa persediaan langsung nak panjat gunung ni, jadi hasilnya, mantap, gulp!
Memandangkan batu-batu serta ceruman disini sangat membahayakan keselamatan, kami dinasihatkan agar berhati-hati, pegang batu atau kawan atau apa-apa sajala jika rasa kurang stabil, takda, tiang tangga maupun tiang-tiang yang tiba-tiba nak pegang kan!
Saya yang kekurangan oksigen telah hanpir 3-5 kali mengantuk yang keterlaluan, dan seperti biasa menggunakan alasan membawa alatan Pakcu yang berat ini, serta lens-lensnya, saya mengambil peluang rehat yang agak lama dari peserta-peserta ek ahli-ahli kumpulan yang lain, da saat ketika, saya rehat dan hampir tertido, tau-tau je ade pakcik dari Jerman datang menyapa saya, saya seperti biasa, wayang, cakap sakit mata sikit, tu yang macam nak tertido tu.
Meneruskan lagi perjalanan, kami sampai di satu dataran lapang meyaksikan matahari terbit, sungguh hati dan jiwa ini rasa seperti ingin terkinja-kinja kegembiraan kerana sampai akhirnya di tempat yang dituju, rupa-rupanya tempat yang dituju itu belum lagi sampainya, beberapa pendaki yang kami jumpa, memberitau kami, perjalanan sampai ke puncak berbaki, 30 minit lagi, yang mana kami rasa macam da lapan jam kami daki ni, heee, baru 4 jam daki.
Akhirnya, kami dengan muka yang iklas, betul iklaslaa.. mendaki lagi dan lagi sehingga sampai ke destinasi yang terakhir. Jiwa, minda, hati , segala rasa, segala perasaan yang tak dapat digambarkan, ye ayat dramatik, paham-pahamkan jela!
Kami berpeluang masuk ke dalam gua, tempat dimana Nabi Musa dan Rasullullah S.A.W bermunajat, kami diberitau tempat-tempat seperti ini, adalah tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa, kami berdoa, memohon petunjuk, berdoa lagi.. doanye... erk rahsialaa.. takan nak getau kot! Haih!
Seterusnya, kat entri seterusnya la kan....

~sedang mendengar: Fix You- Coldplay

MC: Berdoa kat tempat-tempat yang pernah diziarahi Nabi dan Rasul adalah tempat-tenpat yang berkat dan mustajab, ameen !

SINAI 2

ek .. .baru 6.30 pg da ttp kedai..
tempt Nabi Musa & Rasul bermunajat
gereja yg bersebelahan dgn masjid
laluan belakang. yee agak curam2 manje gitu
ni rahib2 sdng bernyanyi ke bergosip
ade org nak bli kot bulu akak ni .. cun woo

SINAI 2

SINAI 2: Ketika enak ayam-ayam dihutan tengah tido, kami memulakan perjalanan pada pukul 12 malam dengan suhu sesejuk 10 c, dalam kemalaman yang agak malam nila kami mendaki gunung Sinai ni.
Bulan purnama pada malam hari yang menjadikan jalan pendakian terang, curam, menyesakkan jiwa serta menggetarkan relung dada, bila terpandang ke bawah ceruman batu-batu tajam gunung ni.
Kami dipandu oleh Ali ek Hassan ke Mahmud, saya kurang ingat namanya, pelajar jurusan perhotelan yang suda pulang ke Sinai menjadi pengembala unta kerana tawaran kerja yang dipohon di pasaraya telah ditolak.
Berborak sakan tambah dengan borak yang tak tersakan dengan Ali,erk Hassan ke Mahmud ini, sehingga saya dan Dr D, sedar tak sedar kami berada di atas tempat terakhir pendakian yang lebih memcabar minda dan jiwa ini.
Kami akhirnya berjumpa dengan ahli kumpulan kami seramai 10 orang yang terpisah jauh dari pandangan mata dan kepala kami semasa pendakian ini. Kami berenti rehat, bagi menunaikan solat subuh, ye pengalaman pertama dalam hidup, solat Subuh atas gunung, pengalaman beharga dan sayu ni memang takleh nak digambarkan dengan kata-kata, keindahan cuaca yang sesejuk 5c ketika mengambil wudhu, yang membuatkan muka, tangan, kaki kejang lagi kebas kerana kesejukan yang melampaui batas-batas serta norma kehidupan manusia alaf baru, membuatkan kami insap dan hiba kesyahduan, wahhh, ayat saya dramatik gitu! Solat Subuh yang diimami oleh Mustah, pelajar sarjana Jurusan Qiraat, Uni Al-Azhar, merangkap pak pemandu pelancong kami beralun-alun bergema di atas gunung Sinai. Selepas...ni...sambungla seperti biasa...

~sedang mendengar: Satu-Dewa

MC: Sambung nanti ye, bagi mencari ayat yang dramatik :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...