CELAKA

tu pkataan tak sesuaii gan sy kan makcuuu
CELAKA, celaka, celaka!!!
Bukan makian saya,
itu makian Singh adalah Raja kepada orang yang benar-benar sayang kepadanya.

~sedang mendengar: A Hard Days Night dari Beatles

MC: Makian yang tepat, padat dan jitu pada mereka yang perasan mereka pemuda tonggak negara ini kata Pak Wagiman, bukan kata saya.

HAIWAN

ye.. ko tgok mata rimauu tu.. ke arah lestari tuuu
ait, ait menatang nih main2 mata pulak gan aku

Jika anda hebat, haiwan apakah ini?

a) Kongkang
b) Memerang
c) Benteng-Benteng
d) Harimau Manja didalam baju
e) Mana satu HAIWAN yang saya nak tanya

Gambar kurang jelas disebabkan, haiwan berada di dalam bekas kaca, saya kurang berani untuk masuk ke dalamnya tiada sebab yang mencabar, cuma Abang Harimau Manja didalam baju merenung ke arah saya, maksud saya harimau, bukan, abang, keee harimau kee abang…mmm..

~sedang mendengar: Crush dari David Archuleta

MC: Saya dalam proses pembaik pulih. Terima kasih untuk doa anda semua.

SERIUS

Gambau slps kmalangan
12 Feb
Genap dua tahun Paklong dan Maklong terlibat dalam Tragedi Merapoh
Semoga Allah memberi Paklong kekuatan, kesihatan dan ingatan terutama ingatan terhadap Maklong, yang dia adalah isterinya.
Ya, entri yang serius...

SERIUS 2

pisau nih lagi sedap dr keklaa

13 Feb
Selamat hari lahir untuk si manja Aisya Safiyya atau Chacha yang kedua tahun,
Chacha lahir pada malam Maklong dan Paklong menerima ujian dari Ilahi
Ya, entri yang serius sekali lagi ...

SERIUS 3

saya mmg sangat kongkang lani...

14 Feb
Kami ke Melaka, bukan untuk menyambut hari kekasih,
Kami pergi bercuti, berpoya-poya, bergembira, ber..ber..ber....
Saya pula ditimpa Tragedi Melaka, Alhamdulillah kepala saya masih berfungsi, hanya sedikit sahaja nikmat yang Allah tarik.. terutama anggota belah kanan saya, menyentap jiwa dan nurani.
Agak memeritkan lagi memedihkan [saya sengaja menyusun ayat yang lebih sastera lagi berbunga-bunga untuk kesan pembacaan yang lebih dramatik, jika anda rasa tidak dramatik, anda juga dialu-alukan bagi menambah ayat yang lebih sastera atau dramatik atau sastera atau..].

Ucapan terima kasih pada Makcik Moon atas ubat-ubatan herba anda [macamlah Makcik Moon baca blog saya, takpa, Makcik lain ada baca]
Juga, pada doktor yang tiada perasaan di hospital yang kurang ikhlas melayan saya [saya tau kenapa, tidak perlu saya nyatakan disini, saya perlu menjaga imejnya]
Ya, entri yang SERIUS lagi dan lagi..

~sedang mendengar : Situasi dari Bunkface

MC: Terima kasih rakan-rakan, kroni-kroni dan musuh-musuh atas doa, SMS, MMS, panggilan serta yang lebih terharu kunjungan anda ke rumah saya, menziarahi saya. Juga tidak lupa pada rakan-rakan yang bakal menziarahi saya di hospital. Sekali lagi sangat terharu. 3 entri serius yang dapat ditaip sekaligus, satu pencapaian yang baik ketika sakit!!!

HADIAH

seperti yg diduga, ini bukn kimono, ini t-shirt samurai
pakcuuu pun dapat hadiah..yey!!
besar jugak gambo ni, & buku yg bermakna

tidak perlu ke spa lg yey.. erk ye kee

Hari meningkatnya umur saya sudah 2 bulan berlalu.
Bulan ni, saya terima HADIAH lagi.
Terharu, riak, riak, riak, lagi...
Terima kasih banyak-banyak pada semua yang sudi menghadiahkan saya barangan-barangan ini.
Gambar hadiah-hadiah yang lain tidak dapat saya sertakan di sini bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan pemberinya.
Warna dalam gambar juga tidak disertakan, hanya warna sepia bagi menjaga keharmonian anda dalam erti kata yang lain, saya tidak mahu takabur.
~sedang mendengar: Perhaps, Perhaps,Perhaps dari Cake
MC: Kepada semua dermawan, jutawan, hartawan, kawan & lawan. Terima kasih kerana membuatkan saya terharu. Ya, ayat saya memang ikhlas!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...