AZAM
a) menjadi seorang yang lebih serius
b) menjadi seorang yang lebih tegas
c) menjadi seorang yang lebih lemah -lembut
d) menjadi seorang yang lebih ….lebih….( anda boleh tolong cadangkan)
e) mencari seseorang yang…hehehhehehee….
Ok, ini azam tahun 2008 [tiru dan tampal dari blog lama]
Azam untuk tahun 2009:
Saya belum fikir lagi, nanti saya fikirkan......ya itula azam saya..
"menjadi seorang yang lebih banyak berfikir dari bermain"
[tolong jangan ragu-ragu mengenai azam saya, anda ada azam keee???]
~ sedang mendengar : That I Would Be Good dari Alanis Morissette
MUHARRAM
UMUR
Umur bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, meningkatnya umur kita, maka ia semakin mendekatkan kita kepada kematian, yang seperti biasa kita akan leka, lupa, lalai, alpa, riak dan sewaktu dengannya. Pesanan ini untuk anda & saya!
Seperti biasa, pesanan-pesanan sejuk [baca: panas ] yang saya terima dari kawan, musuh, keluarga, bila agaknya saya akan berumah tangga?
Jika anda ingin mengucapkan selamat meningkat umur pada saya, ucap sajala... tidak perlu bertanyakan rumah tangga saya.. kerana saya belum bertemu lagi tangga tersebut...anda pula bagaimana, sudah bertemu tangga tersebut?
[saya gembira kerana ada yang mengambil berat rumah tangga saya di hari meningkatnya umur saya]
~sedang mendengar: Amsterdam dari Coldplay
HARI
Nama: Kausar Nasreen Ahmad Jameel atau Acheen atau Wantaii
Umur : HARI ini genap 5 tahun...jika tidak silap
Kegemaran: Menonton kartun dari pagi sampai malam
Kartun kegemaran: seperti biasa ..Wonderpets & semua kartun saluran CERIA
Nama Balak: Chan Kan Lok...[saya akan nasihatkan dia memilih calon beragama Islam]
Warna kegemaran: Merah jambu kerana sama warna dengan rambut patung Barbie, walaupun dia tidak memliki rambut patung tersebut.
Kebolehan: Bercakap dalam bahasa penjajah walaupun tidak boleh membaca dalam bahasa penjajah
Kebolehan lain: Menjadi jaga apabila dimarah...agak keras hati seperti mamanya.
Kobolehan lain: Boleh menjadi model tanpa di paksa[ baca: sangat suka jadi model sebenarnya]
Model: World of Cartoon & Tadika [kurang pasti apa nama tadika dia...tapi ya muka dia terpampang di papan tadika]
mungkin kerana mewarisi kecantikan makcuuunyaaa, mmmm... mungkin juga
HARI ini juga, Harijadi Pakde... selamat hari jadi Pakde,
[ada sapa-sapa nak berkenalan dengan Acheen, dengan Pakde tak boleh dia suda berpunya, suda masuk anak kedua...]
RASA
anda didapati menghidap barah atau ketumbuhan....
apa yang anda rasa..
anda masih muda..
Rakan saya Dania [bukan nama sebenar], mungkin juga dia rakan anda, telah rasa.
Dania perlu pembedahan dengan segera
Apa yang anda rasa bila satu hari anda bangun
anda dapati isteri atau suami anda sedang nazak.....
apa yang anda rasa
anda masih muda...
Dekan saya Dr D[memang nama sebenar] mungkin juga dia pensyarah anda, telah rasa.
Isteri Dr D masih bertarung nyawa dalam bilik pembedahan..sehingga entri ini ditaip...
Bayi mereka telah meninggal dunia...
Apa yang anda rasa bila satu hari anda bangun...
anda tidak rasa apa-apa....
apa yang anda rasa
anda masih muda...
Hanya linangan airmata saja yang menemani anda pergi dari dunia
Muda tidak memberi makna pada anda dan saya
Jika dengan kehendakNYA..kita pergi jua..
[ semoga Allah memberi ketabahan dan semangat pada Dania dan Dr. D..]
~sedang mendengar: Andai Kutahu dari Ungu
MUBARAK
Eid MUBARAK
Salam Aidiladha
err... lewat sangat ke ucapan saya..
saya rasa tidak..saya peduli apa...
Maklumlah darjah kesibukan dan kerja saya mengalahkan Pegawai Eksekutif Syarikat Penjajah. Saya rasa saya bakal menjadi Pegawai Eksekutif Syarikat Penjajah. Saya rasa...Ini Seriussssss..(tidak ada kena mengena dengan nyanyian lagu Wonderpets)
Semoga apa yang kita korbankan adalah keranaNYA.
Keindahan di atas diambil pada bulan Jun 2oo8
[yer.. entri yang sangat tegas, pantas, cerdas & seriuss..
~sedang mendengar: Taipan papan kekunci saya..
KERJA
Adakah anda suka KERJA anda sekarang?
Adakah saya akan suka kerja saya sekarang?
Adakah anda akan suka pada kerja saya sekarang?
Adakah saya akan suka pada kerja anda sekarang?
Adakah anda akan suka pada kerja lain pada masa akan datang?
Adakah saya akan suka pada kerja lain pada masa akan datang?
Adakah anda ingin menerajang saya kerana saya nak kerja anda sekarang?
Saya akan mula beKERJA sekali lagi... setelah bertahun-bertahun tidak bekerja. Esok!
Tiba-tiba saya rasa saya tak tau nak buat apa,
nak kerja ke tak, nak duduk rumah saja ke tak,
nak tunggu pinangan ke tak….erkk itu mestilaah nak..
[doakan saya dapat bekerja dengan ikhlas dan______ (ya boleh isikan sendiri)]
~sedang mendengar: Wonderwall dari Oasis
BAIK
Saya menerima kejutan dimana kawan BAIK dan musuh baik saya semasa sekolah rendah muncul tiba-tiba di rumah saya.
Aloy [nama orang] kawan sepermainan ceper,baling tin, badminton, galah panjang, sorok-sorok, panjat–panjat, judi, bakar-bakar, juga tak lupa polis sentri. Di sekolah saya tidak dibenarkan bermain, kerana dia pengawas sekolah. Dia perlu menjaga imej. Adik-adik gedik perempuan darjah 2, 4 dan 3 amat mengkagumi ketegasan, keterampilan dan kematangannya. Mungkin juga ada adik–adik gedik lelaki yang mengkaguminya, euwww..
Aloy merupakan insan yang pernah menemankan saya dan berlari-lari anak pulang ke rumah CEO memberitahu saya tidak sedarkan diri di padang permainan, bukan disebabkan tidak sedar diri akibat bermain keterlaluan, tapi saya tidak sedar kerana saya sakit. Betul saya sakit di padang permainan!
Aloy juga insan yang termenung keinsafan melihatkan Makcik Lah [nama orang] mengurut kaki saya akibat jatuh dari longkang, akibat terlalu teruja bermain sorok-sorok, jika anda ingin bermain sorok-sorok dengan kawan sila jangan bermain di longkang, tolonglah pilih tempat yang lebih wangi lagi selesa.
Mir [nama orang] musuh baik saya, adalah musuh perdebatan tidak kira dalam situasi apapun terutama di sekolah. Mir bermulut celupar, laser dan ganas, mungkin kerana saya sedikit celupar, laser, dan ganas terhadapnya, [baca: saya kata mungkin], ini kerana dia.... tidak perlu saya sebutkan disini, ini akan mengaibkan musuh baik saya.
Mir juga dengan begitu gembira lagi berbunga-bunga melihatkan kepala saya dan Syah [nama orang], diketuk oleh Cikgu Nordin [nama orang], kerana kesungguhan kami bermain baling bola kertas sehingga menyebabkan bola tersebut jatuh tepat ke atas.....sekali lagi tidak perlu saya sebutkan disini, ini akan mengaibkan cikgu baik saya.
Hubungan kami terputus berbelas-belas tahun, mungkin 15 tahun atau lebih, agak terharu, kami bertemu.
Kenapa mereka tiba-tiba muncul ?
Ya, kerana nak melawatla takkan nak main sorok-sorok dalam longkang pulak...
[...dan mereka sangatlah matang seiring dengan usia...erk saya pun akan ke arah itu...]
~sedang mendengar : Segitiga dari Cokelat
MAGHRIBI
Anda pernah ke MAGHRIBI atau MOROCCO [dalam bahasa penjajah]
Tidak jauh rupanya Maghribi ini, hanya berbekalkan RM 7 anda boleh menaiki keretapi comel lebih kurang 30 minit dan keretapi comel akan singgah di Marrakech, Maghribi di Putrajaya. Anda juga boleh menaiki basikal ke Maghribi di Putrajaya. Yaa...Maghribi di Putrajaya...Comel kan..
[ya..Maghribi di Putrajaya saya sudah sampai, Maghribi di Maghribi... insyAllah dalam proses akan sampai.. doakan..]
LIHAT
Jururawat : Adik.... bukan tgh SPM ke skrang?
Saya : Erk..agaknye...
Jururawat: Takde paper ke arini?
Saya: Erkk.. erk... tak..
Jururawat: Ke adik da lepas SPM?
Saya: Da .. kak jururawat....
Jururawat: Laaa.. ye kee... ingatkan tgh amik SPM lagi....
Saya: Ko ni da ilang akai ke apoo....ntah-ntah aku lagi tuoo dr ko.....(jawaban manis ini hanya berlegar-legar dalam jiwa saya). Sambil tersenyum... Pelik ditambah dengan sedikit riak...
_________________________________________________
Saya telah menerima SMS ikhlas lagi manis dari Joey [bukan nama sebenar]:
*Yang, tahniah ko berkongsi hari kebahgiaan dgn Mawi & Ikin, apa perasaan..huhuhu..*
Perasaan saya:
Tiada.
Mereka siapa?
Tiada kena mengena dengan saya.
Mereka akan berkahwin, saya semakin berusia, sekali lagi tiada perasaan.
Tapi tidak kepada pengLIHATan jururawat HUKM bahagian kecemasan tidak kritikal.
[Terima kasih atas ucapan-ucapan awal hari kebahagiaan saya [baca: HariJadi @ HariTua saya..lagi sebulan kott...]
~sedang mendengar: Eternity dari Robbie Williams
PUTUS
Anda tidak mendapat kePUTUSan memuaskan dalam UPSR.
Tenang, ini bukan penentu masa depan...
Anda tidak mendapat keputusan memuaskan dalam PMR
Tenang, ini bukan penentu masa depan...
Anda tidak mendapat keputusan memuaskan dalam SPM
Tenang, ini bukan penentu masa depan...
Anda tidak mendapat keputusan memuaskan dalam TOEFAL/IELTS
Tenang, ini bukan penentu masa depan...
Anda tidak mendapat keputusan memuaskan dalam Ujian Kemasukan IPTA/IPTS
Tenang, ini bukan penentu masa depan...
Anda tidak mendapat keputusan memuaskan dalam Ujian Laser Mata
Tenang, ini bukan penentu masa depan...
UPSR/PMR /SPM /TOEFAL/IELTS/ IPTA/IPTS/ Ujian Laser Mata...
Ini semua bukan penentu masa depan, dengan bantuan Allah S.W.T. anda sendiri yang tentukan, kerana anda mampu mengubahnya...
[terasa spt Cik Adibah Noor sedang mengacarakan iklan Kementerian Pengangkutan..opss..]
~sedamg mendengar : Nothing Compares 2 U dari Sinead O’Connor
HITAM
Obama perlu berpindah rumah.
Rumah Putih.
Persoalannya :
adakah Rumah Putih akan ditukar kepada nama Rumah HITAM?
Kerana warna kulit Obama tidak begitu putih jika hendak dibandingkan dengan Perdana-perdana Menteri Amerika sebelum ini.
Takda kena mengena ya, soalan saya, peduli apa... blog saya...
sukatilaa saya nak tanya apa....
[Kerana nama saya Rain, erkk.. Hitam itu menawan]
~sedang mendengar : Hitam dari Padi
SELAMAT
PERIKSA
29 Oktober 2008 – 6 November 2008
PePERIKSAan terakhir saya,
di sekolah saya yang sangat saya cintaiii....[betulaaa saya ikhlasss]
Doakan kejayaan saya, rakan-rakan, kroni-kroni dan musuh-musuh...
Anda riak dengan saya, selalu saya jadi orang terkahir menutup dewan periksa,
tahun ni, dengan nada yang riak dan berlagak:
"aku abisss dulu dr korang semuaa.. yeess..yessss..!!!! haaa indahnyaaaa duniyaaaku"
[doakan berjumpa lelaki idaman selepas ini, erkk tidak .. doakan berjumpa kerja idaman selepas ini, masalahnya kerja apa yang saya idamkan?]
~sedang mendengar : Terima Kasih Cinta dari Afgan
BUKA
makanan melayu: bihun soto bkn capati
Rumah saya tidaklah terBUKA sangat...
ZAKIAH
Jauh sekali nama Maklong, Makteh juga bukan Zakiah,
Mem CEO juga bukan bernama Zakiah,
Apalagi nama nenek sedara sebelah besan dia, bukan juga Zakiah,
Sama seperti makcik yang jual karipap gergasi & nasi lemak sambal sotong kat tepi Highway Saujana tu ... bukan namanya Zakiah,
Nama adik yang betulkan tayar kereta Maklong bulan lepas juga bukan bernama Zakiah,
Nama pakcik kedai runcit Paimin juga bukan nama Zakiah, yela nama dia da sah-sahlah Wak Paimin ke Wak Parjo..saya kurang pasti...
Tapi kenapa...
Kenapaaaaa...
Lagu ZAKIAH nyanyian Ramli Sarip bukan Hattan, bukan juga Jinbara, berlegar-legar dalam otak saya!!!
Dowh....
Saya tengok Prof Fazal bercakap, saya dengar dia nyanyi lagu Zakiah,
Saya tengok mamak tebar roti canai kat Syed Bistro, saya dengar dia nyanyi lagu Zakiah,
Saya tengok makcik cuci bilik air sekolah saya pun, dia nyanyi lagu Zakiah,
Saya tengok abang penjaga pintu Bank HSBC pun, dia nyanyi lagu Zakiah,
Saya tengok CEO pilih buah oren masam kat Tesco pun, saya dengar dia nyanyi lagu Zakiah..
Bukannya saya suka pun lagu nih...
Tak pernah dengar sampai habis pun...
Siapa Zakiah ni?
Adakah saya terkena Sindrom Zakiah?
Kenapa nyanyian dia menghantui saya?
Kenapa suara semua orang bertukar menjadi suara Ramli Sarip ketika nyanyi lagu Zakiah tetapi bukan suara penyanyi Hattan atau Jinbara, erkk... sapa nama penyanyi dia erk ?
Mungkinkah Zakiah bakal nama mak atau adik atau kakak atau nenek mentua saya.....saya kata mungkin...
[Zakiah..zakiah..haaa..tuh misterinyeee... saya terdengar-dengar lagi..owhh patutlaa.. saya memang tengah dengar pun..]
~sedang mendengar: Zakiah dari Jinbara feat Ahli Fiqr
IKLAN
Memang serupa. Sangat-sangat serupa. Ketawa
Saya bertanyakan kepada MakLong dan Makde.
Mereka juga setuju. Memang serupa. Ketawa.
Saya bertanyakan kepada PakNgah.
Dia juga setuju. Serupa. Ketawa.
Wajah Datuk Michelle Yeoh serupa dengan wajah Wan a.k.a Mem CEO a.k.a Mak saya.
Tapi sewaktu mudalah. Takanlah sekarang pula...
Adakah keluarga Datuk Michelle Yeoh merupakan keluarga Mem CEO?
Apakah pencarian salasilah keluarga kami oleh abang Mem CEO sudah sampai ke penghujungnya?
Michelle Yeoh, seorang cina dari Perak.
Arwah mak kepada Mem CEO juga merupakan seorang cina dari Perak. Tapi dah masuk Islam. Alhamdulillah.
Michelle Yeoh ... Mem CEO...
Mem CEO... Michelle Yeoh...
LETIH
Nas: Letihh sangat aku tengok ko minggu nie, merah gilee mate ko.
Saya: [Sengih]
Nas : Ko pegi parti yeee.. balik pukol 2-3 pagilaa nii...
Saya : [Sengih]
Kami dalam proses pembikinan dan pengeditan drama khurafat kami. Astagfirullah...
Dan ya, saya dan rakan-rakan sangat LETIH.
KAYA
Sekolah saya memang KAYA,
Suka menekan duit pelajar tidak kira masa...
Tapi tidak sanggup membeli kemudahan penting yang memang tidak pernah ada...
Sekolah saya memang kaya,
Sanggup menaja kereta Toyata Vios untuk pemenang-pemenang pertandingan Golfnya...
Tapi tidak sanggup menaja pelajar yang menang acara balapan, bola tampar dan renang berirama...
Sekolah saya memang kaya,
Sanggup menjemput pemain-pemain orkestra dari negara penjajah yang beribu batu jauhnya...
Untuk bermain biola, gitar kayu, tamborin, seksaaafon dan apa dia ______(isikan sendiri nama-nama alatan orkestra)
Tapi tidak sanggup menaja pelajar-pelajar bermain caklempong, kompang, rebana dan sewaktu dengannya...
Sekolah saya memang kaya,
Pelajar-pelajar yang awal menghabiskan pembelajaran kena denda
Memang sekolah saya kaya, sekolah anda bagaimana pula?
Anda, anak-anak anda, dan menantu-menantu kesayangan anda lagi kaya..
[saya habis awal dan akibatnya saya didenda untuk sekolah saya yang kaya]
~sedang mendengar: Be Yourself dari Audioslave
SALAM
HARU
Keharuan saya tidak ada kena mengena dengan pakcik-pakcik yang sudah tua, pelik, jelik, yang rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari, dengan bangganya bercakap mengenai habuan seks sebagai sedekah, yalah... peguam anda sudah kata “ada kesilapan bahasa”.
Haru saya adalah kerana, saya menerima satu kejutan iaitu, menerima satu bungkusan sebesar pemeluk sempena Aidilfitri dari Sabah. Saya bukan berada di Glasgow atau Wellington mahupun Uganda, saya hanya berada di Kajang sahaja, itulah yang membuatkan saya lebih terharu. Sangat-sangat terharu.
Isi dalam bungkusan yang menyebabkan saya terharu:
a) Keropok Amplang
c) Keropok Mlinja Asli (ejaan yang tertera)
d) Kad Raya Biru Emas( dengan tulisan tangan yang saya kira cukup ikhlas)
e) Gelang bewarna Hitam ( rekaan yang sangat mendebarkan)
" Sahhh.. tkejott & terharuu gilee aku...kolaa kwn aku yg palingg m'harukann...aku juge akn pastikan ko terharuu uu uu..."
[jika ada di antara anda ingin membuatkan saya terharu... , saya sangat alu-alukan !!! :)]
~sedang mendengar : I’m Still Here dari Vertical Horizon
REBUT
REBUTlah peluang malam-malam terakhir Ramadhan ini..
Bukannya rebut peluang membeli-belah di Jln TAR sehingga 2 pagi..
Bukannya rebut peluang membeli alat solek di KLCC sehingga terbenam matahari...
Bukannya rebut peluang mencuci mata di sekitar Pasar Seni...
Bukannya rebut peluang mentadarah (baca: tiada kaitan dengan pertumpahan darah) sehingga tercekik ulu hati....
Bukannya rebut peluang menghabiskan DVD-DVD yang kurang halal tidak berhenti-henti...
Bukannya rebut peluang bergossip sehingga dinihari...
Rebutlah peluang yang hanya datang setahun sekali.....
[anda rebut apa?]
~sedang mendengar : Andai Ku Tahu dari Ungu
PENING
Saya pening.
Sangat-sangat pening. Lagi pening bila mendapat panggilan dari Atuk Mad:
Atuk Mad: Ko pening lagi ker?
Saya: Ahaa....
Atuk Mad: Ko tido tak ?
Saya: Taklaa... tgh cakap ni...
Atuk Mad: Hah tu sebablaaa ko PENING...ko takk tidooo... ko kan mana bulehh tak tidoo... pantang aku call, ko mesti tengah tidoo...
Saya: Hah....mane adenyeeee....
Atuk Mad: Ko buleh tak cukup makan, tapi kalo bab tidoo mana buleh...
Saya: Aaaa...[diam sambil memikirkan kebenaran ayat tersebut..memang tidak benar..errkk]
.........................................................................................
Saya pening.
Sangat-sangat pening. Lagi pening bila mendapat pesanan dari Dr F:
“ Sesungguhnya, kita tidaklah digalakkan berlebihan dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya tidur, renung-renungkan”-Dr. F
[ saya memang tak suka tidur, noktah!]
~sedang mendengar: Dugannya dari Hujan
BARU
Malaysia BARU yey!
opssss....
16 September
Iftar(berbuka puasa) ditempat baru yey!
[terima kasih untuk rakan-rakan dan kroni-kroni yang sudi menjemput saya berbuka sambil berbincang mengenai Malaysia kita]
~sedang mendengar: Bebelan dari Rakan-rakan
BAHASA
Sains dan Matematik...
Dulu anda suruh tukar BAHASA Melayu kepada bahasa penjajah Setelah wang berjuta-juta anda laburkan. Untuk memastikan anak-anak bakal mendapat pendidikan sempurna dalam bahasa penjajah. Sekarang anda suruh tukar bahasa penjajah kepada bahasa Melayu pula.
Anak–anak anda bukannya belajar di Malaysia,
Anak-anak anda belajar di negara penjajah,
Apa kena dengan anda semua ini, pelik, jelik, getik....
[saya juga akan menghantar saya dan bakal anak saya ke negara penjajah untuk pelajaran yang lebih cemerlang, gemilang, terbilang dan temberang]
~sedang mendengar lagu penjajah : Miss You dari Silverchair
UJIAN
Ujian kesakitan, ujian kehilangan, ujian kesengsaraan, ujian kemiskinan, ujian pekerjaan, ujian alam rumahtangga, ujian bagi mereka yang belum berumahtangga, juga tidak dilupa ujian peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan yang terbaru ujian kemasukan ke sekolah berasrama penuh. [baca: sila baca akhbar harian untuk keterangan lanjut]
Semoga Allah memberi ketabahan kepada kita dalam menempuh ujian hidup.
[ semoga keluarga, guru, rakan, musuh saya tabah, saya sentiasa mendoakan anda semua, anda juga jangan lupa doakan untuk saya]
~sedang mendengar: Taubat dari Opick
MAAF
Kita tak perlu tunggu tiba Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha yang mulia baru nak minta MAAF. Kita boleh mulakan dari sekarang atau pada bila-bila masa.
Jadi, saya ingin meminta maaf atas segala, kekacauan, kekongkongan, ketidak adilan, kekejaman mahupun kepincangan dalam penulisan mahupun perbualan harian saya bersama dengan anda.
Anda tahu siapa anda. Saya minta maaf sekali lagi, mari kita berkawan dan bersuka-ria kembali. Yey!
[maafkan segala kesalahan saya ]
~sedang mendengar: Atas nama Cinta dari Rossa
TERJEMAH
Raz: Tolong aku
Saya : Boleh….
Raz: TERJEMAHkan dalam bahasa penjajah (bahasa Inggeris)
Saya : Boleh....
Raz: Nie untuk subjek bahasa Melayu aku
Saya: (Mengangguk)
Raz : Kami kena amik tajuk-tajuk novel nih...
Saya : (Sekali lagi mengganguk)
Raz: Ok... Bidasari
Saya : Aaaaaa....
Raz: Badai Mantera...
Saya : Aaaaaa.....
Raz: Aaaaa..ja..tadi kata nak tolong aku
Saya : Dalam bahasa Melayu pun aku tak tau, menda maksud dia... nak suh terjemah mendanyaaa...
Raz: Arghhhhhh!!!!
Saya: ( Salahkah saya berterus terang)
*Perbualan kami telah diterjemah juga*
[Raz dari Maldives, pelajar baru untuk kelas bahasa Melayu, seharusnya terjemahlah ‘novel-novel’ seperti Sang kancil dan Buaya, Anjing dan Bayang-bayang atau Bawang merah Bawang Putih atau sila anda cadangkan....]
~sedang mendengar : Indah Kuingat Dirimu dari Yovie & The Nuno
RIAK
Kadang –kadang kita RIAK..
Lalai dengan nikmat Allah
Bila kita berjaya, kita riak
Bila kita kaya, kita riak
Bila kita kerja, kita riak
Bila kita senang, kita riak
Bila kita dengar, kita riak
Bila kita nampak, kita riak
Bila kita dapat internet percuma, kita riak
Bila Allah tarik balik nikmat tersebut.
Baru kita ingat...
Bila kita gagal, baru kita ingat
Bila kita miskin, baru kita ingat
Bila kita tiada kerja, baru kita ingat
Bila kita susah, baru kita ingat
Bila kita tak dengar, baru kita ingat
Bila kita tak nampak, baru kita ingat
Bila dipotong internet percuma, baru kita ingat..
[ saya mengingatkan diri saya dan anda, kita semua perlu beringat...:P]
~sedang mendengar : Bent dari Matchbox 20
MUAR
* Seram gak tempat nih
Muar adalah Muar, tiba-tiba saya terasa ingin mengungkapkan rasa Muar dalam bentuk sajak, tapi tidak perlulah rasanya, kerana ia pasti mengundang keraguan di hati anda.
Saya bukan mencari baju raya ke Muar, mahupun mencari CD-CD yang kurang halal lagi berbentuk ilmiah ke Muar, jauh sekali mencari ‘Pakcuuu’ ke Muar.
Gambar–gambar bangunan dan model saja, gambar-gambar yang boleh mengundang kepada kegoyahan iman [baca: makanan] tidak dapat disertakan bagi menghormati sensitiviti anda!
[bandar Muar sangat-sangat klasik, sebab itulah saya ke Muar, kerana saya klasik, saya harap anda setuju!!!]
RAMADHAN
[rakan2, sahabat2, keluarga2 tidak juga lupa musuh2]
Terima kasih atas SMS, MMS, email dan panggilan sempena kedatangan mulia ini.
Sama-samalah kita memperbanyakkan amal-amal ibadah,
kurangkan [baca:lupakan] gosip2-gosip dunia yang melalaikan lagi melekakan..
[saya ingatkan diri saya dan tidak lupa diri anda juga!!!]
~sedang mendengar: Harapan Ramadhan dari Raihan feat Man Bai
MENANG
LEBIH
~sedang mendengar : Disini dari Nidji
PADAT
Tahniah!!! Kerana untuk pertama kalinya dalam hidup anda semalam anda menaiki pengangkutan awam (saya agak sahaja). Saya juga menaiki pengangkutan awam pada hari ini, sama sahaja, owh tidak lebih buruk, lebih menyeksakan jiwa dan raga setelah anda menaikan harga, harga apa, anda tahu sendiri.
Pengangkutan awam sangat-sangat mem ‘bahagia’kan penumpang, apabila kePADATan yang melampau, sehingga beg laptop saya tersekat antara pintu pengangkutan awam yang saya naiki, nasib baiklah pakcik yang menjaga pintu dengan gagahnya menolak beg saya dan saya-saya sekali kedalam. Hasilnya sangat menakjubkan kerana saya hanya mampu berdiri dengan posisi yang sama dalam masa beberapa jam diselangi dengan adegan saya berjaya memijak kaki seorang abang dibelakang saya. Maaf abang, abang memang tabah!!!
[anda memang hero kerana bergambar sahaja dalam pengangkutan awam]
~sedang mendengar : Sempat Memiliki dari Yovie dan The Nuno
PELIK
Anda semua memang PELIK, berdemonstrasi mengenai pakaian dan topi yang telah dibayar berjuta-juta, dan telah diambil oleh penerima-penerima ijazah pada tahun ini.
Cubalah anda berdemonstrasi mengenai makanan yang terlalu mahal sehingga mencekik bukan takat darah, malah jiwa.
Atau cubalah anda berdemonstrasi mengenai kepayahan pelajar-pelajar mendapatkan bantuan kewangan.
Atau cubalah anda berdemonstrasi mengenai kepayahan mendapatkan saluran internet di setiap kawasan sehingga menyebabkan pelajar-pelajar ‘meroyan’.
Atau cubalah berdemonstrasi mengenai jumlah yuran yang tiba-tiba naik mendadak tanpa penjelasan yang kukuh dari pihak atasan.
[anda memang tersangat peliklaaaaa..sangat..sangat...]
~sedang mendengar: Unwritten dari Natasha Bedingfield
SUMPAH
Apa kenalah dengan diri anda ini, suka-suka sangat berSUMPAH.
Ikut sahajalah kata ulama’, anda bukan ulama’ pun...
[ternganga pakcik-pakcik disekeliling melihat anda bersumpah]
~sedang mendengar : Makhluk Tuhan Paling Sexy dari Mulan Jameela
SIBUK
Saya sedang sibuk dengan menatang ini (owh, kamera video rupanya).
Saya sangat gembira (baca: tertekan) apabila kerjarumah saya dan rakan-rakan telah ditambah. Bukan setakat kerjarumah, tetapi untuk masuk (baca: dipaksa) bertanding.
Kami akan memulakan siri pengambaran drama dan dokumentari setelah selesai iklan kami. Harap-harap kami berjaya, walaupun kami pening-pening unta memikirkan kesudahannya.
~sedang mendengar : With You dari Chris Brown
MAJMUK
Anda, tolonglah fikir dengan hati, akal dan perasaan...
~sedang mendengar : Matahariku dari Agnes Monica