JIWA

dr atas kapal... mnyusuri kedamaian sg Nil.. peh ayatt
cam klasik je... plat keta pokcik ni
adik2 sdng mncari rejeki
mmg terliuq...er pose2..
ni kang fahree ka.. ayat2 chenta ka - Sg Nil Siang hari-

sungai Nil malm ari

“Sungai Nil dan Mesir… Itu Jodoh..!” tiru dan tampal petikan dialog Ayat-ayat Cinta.

Sungai Nil agak tak berapa bersih, sedkit comot, tapi mendamaikan!

Saya suda pulang ke tanah Malaya selepas berkelana ke Timur Tengah bagi membuang rasa gundah gulana selepas berperang di jiwa tentang kerja .

*Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan olehNYA, saya pulang ke tanah Malaya dan saya mendapat pekerjaan yang cukup indah, pekerjaan baru yang sesuai dengan JIWA saya. Perhubungan awam atau nama poyonya Komunikasi Korporat, pekerjaan yang serasi dengan saya setelah bertahun-tahun saya berjinak dalam bidang ini. Kerja-kerja menangkap momen-momen kehidupan juga sering saya lakukan bagi kerja separuh masa dan sebagai hobi sampingan yang kadang-kadang mendatangkan keuntungan kepada saya. Syukur!

Alhamdulillah, segala pinjaman ini datangnya dari Allah, dan bila-bila masa saja akan dipulangkan kembali kepadaNYA, mohon doakan saya!

~sedang mendengar: Cinta Jangan kau Pergi –Sheila Majid

MC: Saya juga akan kadang-kadang berkongsi rasa mengenai kenangan –kenangan di Timur Tengah ni, erk.. tengoklaa kaloo rajin…

KARUN

tanda nak mintak skit fulus.. comel jee
kan da cakap.. tasik ke ni pehh beso tuh
sedey btulll tgok acik-acik kat sini
jika sy ade adik @ anak. sy mmg da msuk minang minah ni
aaaa.. terjemahkanlee ek

peh.. pak polisi sekali posing kat sini ...

Berada di Fayyoum, memang rasa hati sangat luluh, rata-rata orang kat sini tidakla berapa berada, tetapi disinila dahulunya terdapat seorang laki, yang kaya raya, iaitu Qarun. Harta KARUN, yang paling karun kat dunia kat sinila. Allah Taala telah menelankan si Qarun yang sombong, (dalah sombong, riak pulak tu,) dengan harta-hartanya itu. Jadi saya pun membayangkanlah harta yang ditelan dek bumi tu, yang mana dinamakan juga tasik Qarun, tasik kan, tasiklaa yang saya bayangkan! Allah Maha Besar, sangat-sangat luas, ala-ala sama luas dengan laut Marmara kot harta-harta Qarun yang ditelan tu, bukan luas tasik ya, luas laut tu..pehh! Betapa banyaknya harta-harta yang dikarunkan itu, sekian.

Cerita selanjutnye baik tanye pada Ustazah atau ustaz anda di sekolah ye!

~sedang mendengar: Tika Masanya - Mirwana feat Noh Hujan

MC: Tak perlula riak dan sombong jika anda berharta karun, derma saja pada yang memerlukan di bulan mulia ni!

MANIS

Mulakan berbuka puasa anda dengan MANISan, yang manis-manis aja, macam sayala manis, erk takda kena mengena kaa…jika takda tamar, kuih tat atau samperit pun bule!

~sedamg mendengar: Rahsia Hati-Element

MC: Saya nak tulis pasal makanan bulan ni, bule ke, kurang tak pahala puasa anda dan saya.. mmm

IFTAR


IFTAR atau dalam bahasa kebangsaan kita, buka puasa hari ini ditaja oleh Tuan Syed J. Alhamdulillah syukur padaNYA. Malas nak taipla, nak makan ja ya! Terima ksih daun keladi, kalo bole tahun depan nak lagi! Yey!

~sedang mendengar: Rapuh –Opick

MC: sapa lagi nak belanja makan ? silakan jangan malu-malu

TUKAR

wa rehat jap, bulan2 pose ni... kelass gitu kan!

Rasa-rasanyela da lama betul tak jengok blog, blog pun da lama tak jengok saya, erk boleh ka?

Saya rasa macam nak TUKAR sesuatula kat blog ni, apa erk, suasana ka, warna ka, gambar ka, tema ka (bila pulak blog saya ni ada tema.. haih!), nak letak muka senirik ka, nak letak lebih banyak muka orang ka, nak letak gambar makanan banyak-banyak ka, mengurangkan ayat-ayat skema dan penuh adab dalam blog ni ka, mengurangkan pembetulan ejaan dan tatabahasa ka, lebih santai dan lebih menjadi diri seniri dalam blog ni ka, nak kemaskini blog ari-ari ka, wowowo.. tu pun saya nak pening-pening unta, yang sebenonya, saya agak banyak keja di kala ini, bukan keja di blog, keja rutin seharian saya, keja yang sangat –sangat banyak yang saya dapati kurang banyak bila bukan di bulan Ramadhan, erk takanla saya nak tuka keja....jadi inila cubaan pada bulan mulia ini, Alhamdulillah, syukur!

~sedang mendengar: Singkong dan Keju –Arie Wibowo

MC: jadi apa perlu saya tukar?

RAMADHAN







Ramadhan, datang lagi,

Sudah langsai kah hutang piutang yang terkini..

Ramadhan datang lagi,

Terlalu banyak dosaku yang menggunung tinggi

Maksiat, lalai, alpa terkadang kulupa diri

Ramadhan datang lagi,

Dosa riak, takkabur, tinggi diri,

Ramadhan datang lagi,

Aku mohon keredhaanMU, Ilahi,

Ramadhan datang lagi,

Kubersujud padaMU Ilahi,

Ampunkan dosaku yang hina ini,

RAMADHAN datang lagi…..

Janganlah ia yang terakhir bagi kami!

-Makcu | Samudera | 4.29 am-

AIR

ek.. lepak pulak...
nama dia morad, nak knai ka?
jadi modelaa pulak depa ni
yg paling ujung tu, kalo nampak, tuh terusan suez, ek cane ni eja dia

Seingat sayalah, tempat ni dinamakan, alamak saya lupa!

Tapi paling saya ingat, tempat ini tempat tinggalan tentera Israel. Perang antara pihak Mesir dan pihak Israel, perang ini dimenangi oleh pihak Mesir dengan bantuan dari Allah S.W.T yang telah mengilhamkan mimpi kepada seorang pembesar,

Kira-kira mimpi dia begini, pembesar tersebut telah bermimpi mengenai kelemahan pihak Israel ini, iaitu AIR. Alamak saya lupa lagi ! Burung ke apa yang bawa air tu dalam mimpi pembesar tu, silala nanti tanya pelajar –pelajar di Mesir atau yang mahir sejarah Mesir, maap !

Lepas tu, pihak Mesir tanpa berlengah lagi, telah membawa air dalam helikoptar dan membuang air di atas kubu-kubu pihak Israel yang canggih manggih itu! Cam pelik la entri saya ni, takpela, sukati sayala..

Jadi moralnya, ilham, mimpi yang baik itu, kita perlu amik iktibar dan panduan, mana tau itu merupakan petunjuk dari yang Maha Esa, renung-renungkan dan selamat beramal!

~sedang mendengar: Ada apa dengan Cinta: Melly feat Eric

MC: Bila berada kat tempat ni, kita rase kita berada di .. di… medan peranglaa… takan kat kedai mamak kot!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...