SINAI 1

mrupakan masjid,tmpat nabi Musa berkhalwat
sesi penurunan.. blom nak trun saja blakon
waktu ni da kul 6.35 pagi, amacam kol bape naik?
matahari sdng naik.. Subhanallah
makcik sdng mmbersihkn kwsn atas gunung
SINAI 1: Saya memang seorang yang takda perasaan kalo tiba bab2 panjat ni, bukan takat panjat gunung, panjat tangga pun agak malas-malas gitu!
Tapi saya pun tak taula mana datangnya semangat atau seruan nak panjat gunung Sinai ni, gunung Sinai atau dikenali sebagai gunung Tursina atau Jabal Musa terletak di Saint Katherine, di selatan ka di timur kaa..., saya terlupa, tapi sekarang kita beralih ke negara Mesir pula ya...
Entri kali ini mengenai SINAI 1, ada berapa banyak entri pasal ni saya tak pasti lagi, sukati sayala kan nak letak berapa entri pun sal Sinai kan..erk..

Sebelum saya berkongsi lebih lanjut Sinai ni, lupa nak getau, lepas ke Turki, saya terus membawa diri yang lara ni ke Mesir...nak cerita sal Turki saya da takda perasaan, mungkin kerana sikit sangat minum air delima kat sana, erk saya merajukah, pelik sungguh perasaan ini.

Banyak pengalaman yang saya kutip ketika memanjat, mendaki, memijak, mengesot, mengelungsur, menerawang, erk ade ke.. mmm...me.. me..me kata atas gunung ni...antaranya.....

~sedang mendengar: Rapuh-Opick

MC: ..... nantila saya sambung pada entri akan datang, sekian, selamat malam, penat daki, nak tido!

PASAR

ttp juga ka do bendera doirang ni kat mane2
bukn dodol, bkn jugak gula2 geth.. menda ntah nama dia terowong menggerutu kot
ade ke amik gambo je, salaa tak beli haih
ye minum dlm ni lbih bererti heee
ingt auntie anne je sedap, uncle ann pun sedap tau..murah lagik
polis pjaga keamanan, ati2
@ baju kesyangan, ptama kali terpandang trus jatuh chenta


PASAR-pasar kat sini meriah, nama ja pasar, tapi takla semeriah macam pasar raya borong Selayang ataupun pasar Semenyih yang indah itu, jualannya siap da pedang-pedang, da pisau-pisau, da baju-baju, da intan berlian segala, juga dala barang-barang mentah dan kurang mentah.
Pasar dia ala-ala Pasar senila, cuma tak nampak pulak, abang-abang berseni rambut panjang menyanyi solo kat tepi longkang. Da lama tak pegi pasar seni, rindu kat abang-abang yang berseni itu, erk, berbalik pada cerita yang asal, antara pasar kat sini ada dinamakan pasar rempah ataupun bazar besar ataupun mmm.. nanti saya periksa kembali apa nama pasar kat sini ya.

Setakat ini laporan dari pasar.

~sedang mendengar: Aku Scandal-Hujan

MC: Ayoh ke pasar kita!

MEM

ek pandang sapa tuh? chenta atimu dok sebela sana


" MEM CEO, saya sayang anda, pernah ke saya cakap macamni kat MEM CEO saya, pernah ke anda cakap macamni kat MEM CEO anda?"
Sukati saya dan sukati andala nak cakap apa pun kat MEM CEO anda kan.
Selamat menyambut hari MEM CEO buat MEM2 CEO seluruh dunia.
Biasala kalo kita akan bergaduh2, berdendam2, berbebel2, bermanja2, berajuk2 (ada ka perkataan ni), bergedik2, bersayang2, bermain2, bergurau2, berempit2…ber, ber, ber dengan MEM CEO kita, walau macam mana pun cara atau alasannya, apa yang kita rasa atau akan rasa terhadap MEM CEO kita, kita kena ingat selalu, diala insan yang menanggung, pening, sakit, derita segala, mengandung, melahirkan, membesarkan kita.. jadi ingat segala pengorbanan MEM CEO kita!
Jadi layan mereka sebaik yang mungkin, kerana redha mereka ialah redha Ilahi!

Semoga MEM CEO saya dan MEM CEO anda akan bertambah sihat, panjang umur, murah rezeki, tetap atinya pada Islam! Ameen.
~sedang mendengar: Mama -SpiceGirls

MC: MEM CEO, mama, ibu, ummi, mamaji, amma, omma, oppa erkk.. selamat menyambut hari ibu, tiap2 ari ialah ari ibu tau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...