ISTANA

Arz Odasi
akak.. tlgle letak sy kat belog akak, ye cita2mu tercapai dik
nak kami posing macam ni ke.. atau panjat2..ke
papan tanda ke topkapi
hui besepah2... bunga warna-warni ni
cam Disneyland pon ado
tulip ni pon bsepah2 weih...kat sana.. peh
Dr D wat pe tu?
pedang sahabat..
x bleh amik gambo ye dlm ni
babus saadet

Topkapi adalah sebuah ISTANA, saya rasala, erk..lebih lanjut sila taip di Google untuk mengetahui apa dia dan apa ada dalamnya. Sekian. Ye saya malas nak taip dan nak terangkan...
Dalam istana ni, tak bole amik gambar, ada barangan Rasullulah dan barangan-barangan sahabat.
Saya tak amik gambar, saya terambik gambar... betul saya tak sengaja...

~sedang mendengar: Tika Masanya- Mirwana feat Noh Hujan

MC: Betulaaaa.. saya tak sengaja amik gambar dalam ni... errrkk

BOT

mane2 je ade bendera diorang ni
salah satu rumah atau istana atau hotel ..
asir manjo, ek ni dlm bhse arab.. ayak mangge
Jambatan Bosphorus dan rumah tuan besar En Wong
nila jenama bot ari tu
mendala yg dok belek2 tu
sy takdela bercita2 nak dok sini wpon ade org kata sy bercita2 nak dok sini huu
nila cay yg dikatakan tu ..walla!!
pemandangan atas dek.. sejukkk yg amat woo
pakcik bdua ni kontrol macho weih



Menaiki kapal atau BOT atau feri atau sampan atau tongkang disini, di Bosphorus yang mencantumkan Laut Hitam dan Laut Marmara agak menyejukkan badan serta segala rongga-rongga sekalian. Tangan dan bibir akan bertukar menjadi biru-biru air laut jika kita tidak dapat menahan kesejukan, jadi apa perlu kita buat, kita tahan jalah, biru pun birula..

Perjalanan yang memakan masa selama beberapa jam, membuatkan kita ternganga terleka seketika, melihatkan rumah-rumah yang besar gedabak tiada berpenghuni ditepi laut Asia-Eropah, yang hanya ada pembantu rumah dan pemandu saja yang menginapdi rumah-rumah besar gedabak itu, kata Bulan bukan saya.

Saya juga dapat menyaksikan rumah tuan besar yang membayar gaji Encik Wong yang tiada berpenghuni di tepi laut. Sungguh indah! Terdapat juga benteng-benteng dan tugu-tugu di zaman Empayar Uthmaniyah di tepi laut tersebut, saya pun kurang pasti nak dipanggil laut atau pantai atau sungai atau apa-apa jala.

PakTeh kata, kami harus mencuba minum cay atau teh dalam bahasa jiwa bangsa kita, sambil ternganga menikmati pemandangan di atas bot.

~ sambil mendengar: Sang Mantan-Nidji

MC: Tahap sejuk diatas bot membuatkan saya ingin terjun ke dalam laut, erk tapi rasenya laut lagi sejuk kot, ye ke.. eeerk..

IKHLAS

camni dek kiah, nak panaskan kebab
nasik & kacang dhal je pon sedap, lgi sedp sal dpt pcume:)
Pakcik Mohamed sdng bertungkus lumus meyusun Khanat
ape pandng2, cucuk baru tau:P

Terdapat juga makanan-makanan yang ikhlas rasanya di sekitar Istambul ni, antara tempat-tempat yang kami berpeluang mencuba serta mentadarah adalah di sekitar Taksim Square dan Aksaray, kebanyakan kedai-kedai di kaki lima lebih indah dan ikhlas rasanya, ye saya da ulang, memang ikhlas!

~sedang mendengar: Haramkah –Melly Goeslow

MC: Memang IKHLAS !

LIDAH

seb baik ikan.. mmgla sy suka
ayam ranggup yg kena tambah senirik garam & cili
Kopi Turki patut diminum pd lewat2 mlm.. pehh
laaa.. senang gilee.. masak terung camni


Bagi lidah Melayu anda, berkemungkinan besar anda akan mengatakan makanan disini tiada perasaan, bagi LIDAH tidak berapa Melayu saya, ya ada unsur-unsur riak disitu, saya suka ja, saya tak kisah. Makanan disini sihat, hanya rebus, hanya bakar, tanpa apa-apa atau sedikit saja ramuannya. Makanan disini juga, tiada diletakkan garam, cili dan sewaktu dengannya. Kita yang harus menjadi chef apabila makanan dihidangkan dengan meletakkan garam, cili, sos secukup rasa lidah kita. Roti, sup dan salad adalah hidangan wajib.
Tetapi jika inginkan rasa yang berperasaan boleh makan dikaki-kaki lima, kerana kebab atau Kanat mereka lebih ikhlas rasanya di lidah anda.

~sedang mendengar: Simpan Saja- Ecoutez

MC: Akan datang gambar makanan yang lebih ikhlas di lidah anda..erkk!

TAHAN

makcik ni menari2 pulak, masa sy nakbeli bunga
bolehla bersihkan barang sedebu dua kat ksut kite
apa dia cakap, tak paham
eleh2.. gigit baru tau
delima dia.. waahhhh.. masammm tuh!


Cuaca di Aksaray 10 c, boleh tahan, atau kadang-kadang saya tak TAHAN. Kadang-kadang jela. Mereka disini agak peramah-peramah, juga sedikit miang-miang itik, saya pun kurang pasti jika itik miang atau tak dan agak sombong-sombong sedikit juga. Mereka di sini akan merasa terhina jika kita mengatakan mereka dari kalangan bangsa Arab walaupun 83.7 peratus muka macam bangsa Arab, mereka lebih rasa mulia jika kita mengatakan mereka adalah dari kalangan Eropah walaupun bahasa Eropah pun mereka tak reti cakap. Di kalangan orang-orang Eropah juga kurang menerima mereka, ini kata Bulan, bukan kata saya. Sekian, untuk waktu ini!

~sedang mendengar: Mohon Ampun Aku-D’Masiv

MC: Tahan.. tahanla....

BINA

keunikan masjib biru @ beluuuu mosque kata Bulan
mencari NurKasih di Istanbul.. whoah
jgn mgada2 lebih dr garisan yea
comel je lampu2 dia kan
sisi tepi
dalam perkarangan masjid
sudut atas masjid


Masjid disini tidakah berwarna biru, walaupun dinamakan masjid biru.
Tetapi jubin-jubin didalamnya yang beribu-ribu jubin adalah berwarna biru, ayat saya agak pening, tapi takpa, mungkin kerana terlalu banyak tengok jubin-jubin biru.
Pemandangan dari atas akibat pantulan laut, yang mengakibatkan kubah-kubah disini berwarna biru, lihat dari atas laut ya, pakai helikoptar ka, belon ka, dan sewaktu dengannya kalo nak nampak lebih biru yea!
PemBINAan masjid-masjid di Istanbul ni agak sama ja, dari masjid tepi laut, tengah bandar, tepi bukit, sama ja bentuknya, mungkin dari arkitek atau kontraktor yang sama pada zaman Uthmaniyah, saya kata mungkin. Adoi pasala waktu Bulan terangkan saya dok amik gambar ja!
Pembinaan yang halus dan penuh ketelitian dapat disaksikan pada pembinaan masjid disini, betapa orang-orang zaman itu sudah hebat, bagus, teliti dan penuh nilai-nilai estetika dalam membina bangunan.

~sedang mendengar: - Bebaskan - Ahmad Dhani & Cynthia Sari

MC: Jika anda ingin maklumat yang lebih mendalam mengenai masjid biru ni, bolehlah datang ke rumah saya untuk berborak dengan lebih mesra mengenai masjid ini, erk atau boleh tengok ja internet pasal masjid ni ya! Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...