TANDING

akhirnya abis jugak.. ok selama sthn takan mkn mee seb baik ade menda lain dr soba
dlm keadaan bersopan santun mgabiskan mee
mse tinggal lagik dua saat cepatttt!
makk aaii besoonyee mangkukkkkk dia!
hadiahnya bule mkn mee ini selama lapan hari bturut dgn bayaran sekali!

Jika anda ingin masuk bertanding, tetapi sudah jemu dengan pertandingan yang sangat mencabar, seperti berenang dalam paya belakang rumah, terjun dari parit ke parit atau panjat pokok mengkudu belakang rumah tok sedara anda. Anda juga boleh mencuba masuk perTANDINGan mentadarah mee dan ia nampaknya sangat menyihatkan, marilah cuba, anda pasti berjaya! Mangkuk mee yang sama besar dengan saiz kepala orang dewasa, agak mendebarkan jiwa bila anda cuba memasukkan kepala anda di dalamnya, eh buat apa masukkan kepala dalam mangkuk, masukkan mee dalam mulutla...

~sedang mendengar: Bebas -Butterfingers

MC: Marila bertanding, makan mangkuk, erk mee!

HADIAH

hadiah lewat yg sgt indah, haih!


HADIAH ini gua dapat da lama,
Dari negeri di bawah bayu seadanya,
Lu bagi tika gua muram durja,
Lu diam bila gua kata-kata,
SMS gua lu tak layan 1-2 bulan lamanya,
Gua ingat lu marah gila-gila,
Gua heran pasal gua baik saja,
Tapi gua juga dapat hidu akhirnya.....
Buka warkah, lu buat lawak rupanya,
Lu kata nak bagi kejutan yang paling istimewa,
Sempena harijadi gua, yela takan harijadi lu pula,
Terkejut unta gua, lu mesti bangga punya,
Pasal lu suda berjaya!

Gua terharu, terkedu sampai tak terkata,
Malam itu juga gua nak balas lu punya nota,
Tapi tiba-tiba...
Gua pun nak buat perkara yang sama,
Mestilah gua tiru lu punya gaya,
Barulah namanya kita kroni poya-poya,
Bila lu suruh gua balas balik lu punya kata,
Gua pun mau balas dendam secara mesra,
Jadi gua buat tak tau dan buat-buat lupa,
Manja tak gua punya idea, macam idea lulaa,
Barulah namanya kita kroni riang-ria,

Gua pun perasan nombor lu selalu ada,
Tapi gua berlakon macam kata lu juga,
Gua buat tak tau saja, tapi sampai bila?
Sampai gua abiskan semua keropok kegemaran gualaa...
Atau sampai Mem CEO gua marah gua!

-sedang mendengar: I'll C U When U Get There -Coolio

MC: Sah, aku mintak maap… eleh2 ko wat aku bule, aku watlaa kat ko pulak, takanla ko nak merajuk, nanti aku balasla balik semua, tapi aku perlu masa, aku sibuk gila! T-shirt & beg itu sangat walla! Keropok itu juga membuatkan anak-anak buah aku berebut-rebut secara mesra!

MANDI

ek ni kolam ke apo?
nak mandi lagik.. nak mandi lagikk!
erk mane satu anak aku ni?
erk camno nak bukak baju manje ni?
suda2laaa tu am, jomlaaa naik...



Ayoh kita MANDI-manda di waktu duka lara.

~sedang mendengar: Nobody-Wondergirl

MC: Saya kurang sihat dua tiga minggu ni, tangan berbalut, suda dibuka, hari ni kurang sihat lagi, tak pergi kerja, indahnya, Doktor Julia kata saya kena tukar kerja, Doktor Julia kata, bukan saya.. wahh!

KURANG

Jom keja jalan2 jom...

Saya bersyukur ada kerja, anda yang ada kerja pun kena bersyukur, cuma semenjak dua menjak ni, saya rasa macam bangang je dengan kerja yang dibuat. Saya pun KURANG pasti, adakah saya seorang je kat empayar ni macam ni, atau kawan-kawan yang lain atau anda pun macam saya, da ada kerja tapi tak tau dan tak faham dengan kerja apa yang dibuat. Pergi kerja sebelum nampak matahari, balik kerja da tak nampak matahari. Takda jiwa langsung, jiwa apa pun saya tak tau.
Jika dicampur, tolak, darab, bahagi, kali algebra mungkin lebih 3 tahun saya pernah bekerja, pengalaman yang seciput terutama dalam bidang komunikasi dan perhubungan awam, disektor swasta dan sektor awam, dan pada masa tu saya faham kerja saya. Masa itulaa saya kata..., masa sekarang, bidang apa, kerja apa, saya pun tak tau, saya pun tak faham, yang saya tau dan yang saya faham cukup bulan atau lebih bulan dapat gaji. Haruslah faham kan!
Saya juga sudah kebal telinga dan kalis jantung pankreas mendengar perlian, makian serta leteran yang meleret-leret jamnya yang bukan salah saya atau mungkin memang salah saya, adakah saya seorang je kat empayar ni yang berdepan dengan situasi ini atau kawan-kawan yang lain atau anda juga pernah menghadapi situasi yang sama. Jika ya, kita boleh berkenalan dengan lebih mesra, kerana kita satu Malaysia! Haish!

~sedang mendengar: Masih Cinta-Kotak

MC: Ada tak kerja yang boleh jalan-jalan satu dunia sambil amik gambar, ada siapa-siapa tuan besar yang nak bagi kerja macam tu kat saya tak? Angkat tangan!!

BARU

erk. idong baru ke..besonyee...
moge dapt tempahan baru
kami dpt barbie baru yey!
kami nak cincin baru..
moge Pakcuuu dapat badan baru

Selamat menyambut tahun BARU
Pada semua yang menyambutla, yang tak menyambut pun selamat juga...

Tahun lepas saya hanya tiru dan tampal azam tahun baru dari tahun sebelumnya atau dalam kata yang lebih manis, saya takda azam pun, tahun ni saya tak tiru dan tampal, antara azam tahun baru yang manis ialah:

a) Mendapatkan badan baru, supaya badan Pakcuuu saya bertambah ceria.
b) Mendapatkan kerja baru, supaya saya boleh balik awal dari pukul 12 malam gila.
c) Mendapatkan tempat berkelana baru, supaya saya mendapat lebih ilham mereka.
d) Mendapatkan tempat menuntut ilmu baru, supaya saya lebih gembira.
e) Mendapatkan rawatan baru, supaya saya lebih lega.
f) Mendapatkan teman-teman baru, supaya Enchik Puteh lebih mesra.
g) Mendapatkan balak baru, supaya saya... errr...

Mmmm...adakah manis azam tahun baru saya ni, nanti saya pikirkan apalagi azam yang manis nak diletak ya!

~sedang mendengar: Menyesal-Ressa Herlambang

MC: Malam tadi anda sambut tahun baru dimana? DiMasjid Negara, solat gerhana atau menari terkinja-kinja di Stadium Merdeka. Saya di errr..erk.. rahsia!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...