KASIH

berair mata ros ni
ey byknyee patung.. mcm darjah tiga comel kan
ni lekat kat mana.. teka?
laa.. melekat kat bunga..eek bunga lagik
mcm artis u...dpt bunga berhari2!
bolehla melenjan jap lagik
patung yg kontroversi! K & Zat jgn bg komen!
yg coklat tu bule makan, yg lambang sekola tu liat sikit nak mkn


Terima KASIH.
Kepada semua yang memberi sokongan, rangsangan, pembetulan, pemerhatian, penempatan, dan an, an sekalian.
Terima kasih.
Hadiah-hadiah dan kata-kata yang penuh makna, yang anda beri dan kirimkan, amat saya hargai dengan penuh makna juga.
Tidak semua gambar hadiah yang bermakna dapat diletakkan disini bagi menghormati keputusan dan rayuan pemberi hadiah yang sungguh bermakna, ye ayat makna sangat banyak disini!
Terima kasih.
Atas kata –kata baik, logik, puji, sopan, mulia, sangat saya hargai dan saya simpan.
Kata-kata kesat, ngilu, tajam, kejam, sangat saya hargai juga dan saya simpan kerana ia sangat bermakna bagi saya, terima kasih kerana menjadikan saya orang, er, sebelum ni saya bukan orang ka??
Terima kasih.
Encik-encik, Puan-puan, Cik-cik, sekalian yang banyak membantu saya mengharungi pahit, manis, masin, kelat, payau hidup bersekolah dulu, dan banyak memberi penampar, penerajang, kasih sayang, cinta monyet rindu dan sewaktu dengannya.
Hanya pencipta Roh saya yang dapat membalas jasa anda semua!

~sedang mendengar: Kelibat Si Penyair –Azlan & The Typewriter

MC: Terima kasih.

JUANG

Pejuang sebenar


Saya menerima email, mengatakan pada usia yang muda, dia telah pergi selamanya setelah berJUANG semasa menentang Yahudi yang laknat.
Saya kurang pasti siapa dia, saya selalu lihat dia, saya pernah jumpa dia, tapi dimana?
Saya pergi ke sekolah saya.. dan saya jumpa dia.
Moga Allah menempatkan dia di kalangan orang beriman.
Juga moga Allah menempatkan Dr Zainuddin, pada usia yang muda, banyak berjuang berkongsi ilmu dan berjuang menghadapi barah otak, jenazah beliau akan disemadikan di tanah perkuburan Brunei Darussalam selepas Dzohor hari ini.

MC: Apa yang kita juangkan dalam hidup kita semasa kita muda? Al-fatihah...

INDAH

pekahalnye ni?
sila lupakan pemandangan yg kurang menarik kat blakang
tema apakah ini, mane baju konvo?
si tinggi & si tak berapa tinggi ..
dia biarkan adik dia tgolek2 ja..
dapat konvo & bakal dapat baby yey!
tidak mengikut tema lagi ye!
posing cunlaa tuh... uweek
besama si suami ek... ye ke
gembira gile, mcm dia sorang je berkonvo!
kalo panas2, bule jadik kipas ni
tgok2, sapa punya motabod ni..
apakah yg cube dibuktikan oleh si atiyya ini?

Hari Konvokesyen adalah hari yang INDAH. Kenapa indah, indahlah sebab semuanya berjalan dengan indah, tidak ada karenah biokrasi yang melampau, tidak tersadung kaki kawan, tidak terjatuh mortar board [topi empat segi hitam] depan Sultan, tidak ada sesi tarik-menarik, tidak rasa sakit perut memulas-mulas nak ke tandas, tidak rasa sesak nafas ketika di atas pentas, jarak yang agak rapat, pengalaman kedua serta komunikasi yang berterusan antara rakan-rakan dan musuh-musuh memungkinkan keadaan ini, dan kedudukan saya yang kurang strategik bersama 10 orang jejaka, dan dengan jejaka-jejaka inilah komunikasi dan gossip harus diteruskan bagi mendapat maklumat terkini serta berita sensasi mengenai Satu Malaysia!

Keluar dari dewan besar, kami tersekat, memandangkan hujan lebat, petir dentum- berdentum, kami semua mengambil sekali lagi peluang berkomunikasi mengenai Satu Malaysia, betapa sayangnya kami kepada Malaysia! Memandangkan Mem CEO kurang sihat, kami meneruskan perjalanan ke Istana Budaya, bukan untuk bergambar seperti tanggapan manis Encik Carlton, untuk makan saja, destinasi seterusnya ke Masjid Kem, saya kurang pasti namanya, yang pasti ramai askar di situ, bukan untuk bergambar juga!
Pulang ke sekolah saya, bergambar mesra, seterusnya begambar mesra lagi, juga sehingga menunggu tetamu, kroni, musuh, sahabat, teman tapi mesra lain yang akan datang, ya begambar mesra lagi!

~sedang mendengar: Teruskanlah –Agnes Monica

MC: Sambungan pada entri akan datang, bergambar mesra lagila!

KONVO

ni kad suara panggil nama saya..
cuba teka, macam kelawar ke, superman ke atau nobita?
bukn kad kawin, ni kad masuk dewan ok!
jubah terang dr bulan dr sisi bawah ke atas


Setelah hampir satu tahun saya menamatkan pengajian di sekolah saya, akhirnya saya di panggil untuk menghadiri pesta, bukan pesta malam minggu atau pesta dandgut kelas pertama jauh sekali pesta muda-mudi, jadinya pesta KONVOkesyenla...apalagi kan!
Tahap kesibukan saya bekerja 7 pagi-12 malam, Sabtu dan Ahad membuatkan medula oblagata saya tidak sempat menjengah blog yang manja ini, ek manja ke?

~sedang mendengar: Rahasia Hati- Element

MC: Saya akan letak lagi gambar sekolah dan konvo saya pada masa akan datang, sekian. Sekarang saya perlu tido!

BIRU

Langit biru di umah Onyang
adik biru amik ambo makcu ye..
mak aii jauh nye akak biru dan bayi biru..eh
adik biru tersepit ka!



Biru,
Ramai orang pakai baju warna biru.
Langit indah juga warna biru,
Jiwa saya jadi haru,
Esok ahad, mana otak saya tak jadi BIRU,
Saya dipaksa keja, buat hati saya jadi bulu!

~sedang mendengar: Mala & The Bandit – Biru

MC: Saya perlu rehat supaya tidak menjadi lebih biru, haru, biru!

SEMBUH

tgn Mem CEO dicucuk2.. sob sob...
karipap besar lagi best dr bubur pesakit ... ek mmgla kan!
ni tekan panggil jururawat, tapi tak bestlaa takde jururawat laki yg bgetah!
sian Mem CEO
berpain-pain msuk air



Selama beberapa hari, saya dan keluarga berkampung di hospital, Mem CEO sakit.
Semoga Mem CEO cepat SEMBUH,
Terima kasih kepada kawan-kawan, kroni serta musuh-musuh yang sudi bertandang ke hospital , serta ucapan di talian, di FB, FS, MMS, SMS, SSR, SSM, GPRS, SSS! Tidak dilupa juga ucapan terima kasih kepada jururawat-jururawat yang manis, yang tegas, yang lewa dan doktor pakar yang berdedikasi lagi tertakut-takut dengan kami!

Sementara kami menunggu Mem CEO, saya juga dikejutkan dengan kehilangan rakan sekolah yang mengidap kanser usus, semoga Allah menempatkan arwah Lin di kalangan orang yang beriman! Jangan kita sangka kita yang muda, tidak akan bertemu denganNYA. Sekadar ingatan mesra untuk anda dan saya.


~sedang mendengar: Anasheed -Mustafa Azawey


MC: Semoga Allah memberi ketabahan kepada mereka yang dilanda musibah di dunia sementara ini!

GEGAR

tempat ni je yg tak gegar..



Hari saya biasa-biasa saja, jadinya yang lebih luar biasa jatuh pada hari bumi meranapkan Samoa.
Hari itu di awal pagi, di dalam kereta serta di tingkat 11: kena marah, kena puji, kena tengki, kena manja, kena, kena, kena…
Hari itu di petang senja, di tingkat 8 serta di tingkat 11: kena GEGAR, kena pusing, kena arah keluar, kena pulang, kena, kena, kena….

Pulang terus ke rumah Mak Teh:

Ate, Acheen, E’am: Makcuuuuuuuuuuuuuu…..tawannntuuu….!
Saya: Yeeee kawan-kawanku semua, yuuuhuuuu…!
Ate: Napa makcu datang umah abang ni?
Saya: Tadi kat opis makcu, begegaaaarrrr..takottttt ….

[sambil meneruskan hasil gorengan cerita yang ditambah secukup rasa serta kesan dari penggunaan bahasa badan yang agak melampau serta dramatik, cukup berkeyakinan saya rasa sehingga berjaya membuatkan mereka ternganga!]


Ate: Makcuuu... abang tau.... mesti ade rakcakceeee [raksaksa] nak lawan gan Otomen Taro kan, kan! Gegarrr kan kan....
Saya: Esshhhh...nak makcu gegorrkan ko tak?


~sedang mendengar: Kantoi –Zee Avi

MC: Sempat ke kita nak bertaubat sebelum gegar bangunan, gegar jalan, gegar rumah. Gegar jiwa sebentar, sebentar jela.. kitakan manusia yang lemah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...