MAJLIS

sebelum cukur, kita bace dlu buku sampai ttido2 ye
teketaq2 nampaknye..
amboi pendeknye lidah
amboi pnjgnye lidah, dala tak ikot wane tema
bakal pengantin bsama bakal doktor
inila kambing manje tuh ghupenya
Chef Johnny mnujukkan cara2 melapah kambing golek
ciumann mesraaa
apelaa makcik ni nak taruk kan
chacha korek apo tu?
bacaan
ni bakul kaa plamin ni
ek tido lagik


Lebih dari 25 tahun rumah CEO tidak mengadakan MAJLIS cukur jambul.
Apa itu cukur jambul, ertinya cukurla jambul tu kan! Itu jela…

Warna tema: Ungu, sapala pilih ni, ek mama si bayi rupenya.
Lagu tema: Marhaban takan R& B pulak.
Warna tema Makcik Marhaban: Hijau, kontra betul gan Ungu.
Makanan tema: Kambing manje tgolek-golek.
Tetamu tema: Semua lapisan umur dan semua lapisan warna .
Tema: Cukur jambul.. tidak dilupa kenduri selamat.
Jemputan: 100 orang, yang muncul 300 lebih orang.. yaw!

~sedang mendengar: Closer – Boyceavenue

MC: Saya memang tak sempat amik gambar selepas Marhaban, memandangkan AJK ruangan dapur lebih memerlukan khidmat nasihat saya.

ANUGERAH

waaa anugerahhhlaa
yehaaaa..makcu sy dpt anugerahh jugak akhirnyaa!


Saya tak pernah terima anugerah cemerlang maupun terbilang dalam hidup tapi saya baru terima anugerah dari rakan maya, susah juga dapat ANUGERAH ni, kena jawab soalan yang mencabar pankreas tu...

Link/ceritakan kembali siapa yang beri award ini kepada anda:
En Azman: http://mohdazmanahmad.blogspot.com/

2. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi sendiri ok bukan hobi orang lain hehehe sebelum memilih penerima award seterusnya.


1] Hobi: Saya sangat suka amik gambar, tangkap gambar, bergambar-gambaran, tapi saya tak suka guna Flash dan edit gambar, malas !
Subjek paling saya suka anak buah saya, bayi dan kanak-kanak, siapa bukan bayi atau kanak-kanak saya tak suka!

2] Fakta: Pernah bercita-cita menjadi Pereka Fesyen semasa darjah 3, walaupun saya sendiri tak tau apa maksudnya, serta sangat mengkagumi Wak Jabir kerana bercita-cita ingin menjadi konduktor bas yang berjaya dan disegani.

3] Fakta: Setiap tahun saya dengan gigih dan jayanya sentiasa menghidupkan lesen memandu selama hampir 10 tahun tanpa membawa kereta, tahun ni saya bawa setelah di basuh oleh CEO.

4] Fakta/Hobi: Saya adalah pemonteng tegar dari darjah satu sehingga tingkatan lima sekolah asrama serta berlarutan sehingga kolej, saya juga pemegang rekod pelajar yang datang selepas jam 10.30 pagi ke sekolah semasa tingkatan 4, sekolah saya bermula pada jam 7.30 pagi. Saya mula insaf, berdedikasi, menghargai masa setelah melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sikit.- CEO tak baca, jadi taip jela!

5] Fakta/Hobi: Saya membesar dengan lagu orang-orang yang malas nak nyanyi seperti Coldplay, SO7, Hujan, dan penyanyi2 yang malasla nak nyanyi.
Juga lagu orang-orang yang penuh perasaan nak nyanyi seperti Dewa 19, The Wallflowers, petikan gitar dari Andra Ramadhan, Amr Diab- ini dipaksa dengar!

6] Fakta/Hobi: Blog yang saya ikuti sebelum saya bersekolah dan dah abis sekolah, juga sebelum saya mempunyai blog sendiri ialah blog En Zareek, yang saya rasa sudah tiga-empat kali tukar blog! dan Selamat Hari Jadi En Zareek!

7] Fakta: Tesis yang saya buat dari muda sehingga tak berapa muda adalah berkisarkan Filem dan Yahudi, seperti juga karangan dalam peperiksaan Bahasa Arab dari muda sampai tak berapa muda berkisarkan ilmu dan buku, mase tu saya tak tengok lagi filem Yahudi.

8] Fakta: Awal 2007, adalah tahun saya mula berubah, dari segi fizikal, mental serta jiwa kerana Tragedi Merapoh.

9] Fakta/Hobi: Saya memang suka berjalan-jalan di dalam negara maupun di luar negara juga di dalam maupun di luar rumah. Saya memang pejalan sejati!

10] Fakta: Saya memang malas, dan saya rasa bakal laki saya rajin, saya rasa! Tidak lupa juga saya masih bujang. Ada sesiapa yang teringin masuk minang?

Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan nyatakan nama mereka di blog anda:

1-Anda
2-Yang
3-Baca
4-Blog
5-Saya
6-Ek ada ke orang baca?

~sedang mendengar: Habib-Mounir

MC: Saya sedang makan biskut Weetameal cicah Milo, ini juga merupakan fakta.

BUAH

Apek ni malu2 taw nak amik gambo
buah durian bukn duri landak ye
agak manja maw mengambil wajah apek
durian kunyit kata apek
nampak pucat..tp rasa..pehhhh nak nangis
menda apek tuh buat tu..

Tepi jalan. Apek Durian. BUAH Durian. Saya dan rombongan.

Apek Durian: Haiyaaa.. takda penah nampak luliann [Durian] ka, Tak mau makan kaa.. asik-asik amik gamba luliann ja..
Saya: Sengih.
Kak Liza: Ahaa pek.. dia ni duduk UK, sekarang baru datang Malaysia..tu yang jakun sikit tu..
Apek Durian: Owh itu macam ka.. ek takla luliann ka dekat sana Ulu Kelang?
Kak Liza: Pek... Ulu Kelang mendanyaa.... United Kingdomlaa.. da sah2 baru datang ke Malaysia.....
Apek Durian: Aaaaa.. manyak soli maa... itu anak saya pun cakap dia duduk UK..tapi itu Ulu Kelang, sama ka?
Kak Liza: Oiii pek... ishhhh...kami mau makan durianlaa...kang aku makan ko pek...

~sedang mendengar: Durian -Mr Os

MC: Buah Durian dan isinya memang indah, menakjubkan lagi menggetarkan jiwa raga, buah ini adalah antara buah kegilaan saya dari darjah 3 Anggerik sehingga kini, sekian!

MAKAN

roti leleh n kopi kaw
bukn mak pin mak pon ya
bcahaya2 manggis ni
kipas apo cik oii??
lontong ka nasik kerabu?
roti gandum.. penuh khasiat
mee rebus ke mee bandung?
dorayaki ek slh pau kacang muor
eskrim kopi bserta roti ..err roti apa ntah
sate Muor yaw
manggis bg yg tak knai
ejaan & tatabhsa perlu diperbetulkan gitu



Muar boleh dikategorikan sebagai syurga MAKANan, hui tak tahan, syurga tu, oleh segelintir pelancong di dalam dan di luar negara, bukan saya yang kategorikan ye!
Makanan yang enak, lazat, berkrim dan disukai ramai, macam tag iklan susu, menjadi antara kebanggaan orang di Muar, kata orang Muar, sekali lagi bukan kata saya!
Durian Muar, Sate Muar, Mee Rebus, Mee Bandung, Mee Muar takde pulak kan , Kopi 434 atau Kopi yang ada kat Muar, Roti Leleh, Roti Gandum, Pau Kacang, Asam Pedas, antara makanan yang menjadi igauan para pelancong, makanan lain kalu anda nak tau, anda datanglah sendiri ke Muar ye!
Eh mana Durian? Durian akan muncul pada entri akan datang, sekarang, saya tengah sibuk mentadarah cubit-cubit Durian...

~sedang mendengar: Cobalah Mengerti –Peter Pan

MC: Terima kasih daun keladi pada Cik Nab & keluarga kerana menaja makan beradab, BBQ dan kenduri Durian pada tahun ini, tahun depan kami nak tempah lagi!

LEMBU

kepala & hati meresati dari dlm lori memperkenalkan....
" baka ni baik punyee ", kata abg Ali
ek ek wat apo tuh
kulit lembu untk djadikn beg tgn!
sgt bkeyakinan ketika menurunkan lembu
bilik lembu, ade aircond tuh...sejuklaa skit lembu2 tu
angkat jgn tak angkat..


Muar merupakan antara destinasi wajib cuti-cuti Malaysia.
Sepermergian proses saya ke Muar, saya berpeluang melihat pemprosesan LEMBU diproses, ek ayat saya sama, peduli apa.
Memandangkan di Facebook, gambar kepala dan badan-badan lembu menjadi igauan indah dan kritikan mesra rakan-rakan serta musuh, maka saya juga ingin berkongsi igauan indah tersebut ke blog, gambar di Facebook lebih bersifat peribadi dan telah ditapis sebelum sampai ke blog.
Kepada penggemar daging lembu, daging lembu memang sedap walaupun saya tak makan dagingnya, saya agak sedapla kot memandangkan anda da gemar, saya agakla!
Nanti la saya ceritakan apa yang ada lagi kat Muar selain lembu ye...
Saya sedang menikmati percutian saya!

~sedang mendengar: Kereta Lembu-Helen Velu

MC: Lagu pun ade unsur-unsur lembu, pehh..lembu sungguh!

CUCU

meleleh ayak liuq ..sedap sgt madu tuuu kot
jgn amik gambo adik kite
mcmni ke cium adik?
tido..
dia ni takda keja lain kaa.. tidoo lagi
ek sambil mkn pun buleh tido
lohh..tido lagi..bilenyaa nak main polissentri ni



Ini bukan cucu saya,
Ini CUCU kesepuluh CEO & Mem CEO.
Nama manja cucu ini Anees Athiyya, kalau tak silap la ejaan dia.
Cucu ini selamat keluar melihat dunia dengan berat 2.88 kg, ek sama berat dengan beg tangan Mak Longla..
Pertambahan cucu lagi di rumah CEO! Yey!

~sedang mendengar: Dizzy Up the Girl –Goo Goo Dolls

MC: Saya suka cucu, cucu suka saya!

NAMA

Nama sy & CEO atas kayu, tu pun pendek jugak...


NAMA saya dipanggil dari jauh.
Saya terserempak dengan Abang NST tempat kerja saya dulu, dia menegur saya dengan begitu ramah, abang NST akan melanjutkan pengajian kedoktoran ke Sydney, Australia lewat Julai ini.
Saya betul-betul lupa namanya.
Saya ke sekolah lama saya, untuk membayar hutang yang mesra.
Nama saya dipanggil dari dekat.
Saya terserempak dengan Abang jurusan Kejuruteraan [Kejut]. Abang Kejut, menegur saya dengan begitu ramah. Abang Kejut akan pulang ke negaranya, Algeria lewat Ogos ini.
Saya betul-betul lupa namanya.
Kenapa saya langsung tidak ingat nama mereka?
Kenapa mereka langsung ingat nama saya?
Setelah membuat kesimpulan yang saya simpulkan sendiri,
Nama saya pendek, Empat [4] huruf saja, tidak termasuk nama CEO!
Nama mereka panjang.. Lapan puluh dua [82] huruf, mmm saya rasala…
Jadi, memang patutla mereka ingat nama saya, memang patutla jugak saya tak ingat nama mereka!

~sedang mendengar: All By Myself –Il Divo

MC: Jangan salahkan saya, saya tak ingat nama anda, nama anda panjang!

BINTANG

ni kerang bkn bintang.
bgn pagi...nak bg bape bintang?
psgn pengantin bposing bintang ke bintang
ye nilaa bilik sy 8 bintang!
muara berbintang2..
ini minah dr korea ...berapa bintang?
carian kepah 6 bintang
mana bintang?
pakcik mcari bintang ek ikan..



Mungkin tempat yang bernama Sg Hj Dorani tidak sepopular tempat yang bernama Bagan Tengkorak, Batang Berjuntai, atau Batak Rabit, saya kata mungkin...
Tapi Sg Hj Dorani memiliki tempat penginapan yang bertaraf 8 bintang, pasar pagi yang menjual sarapan yang bertaraf 7 bintang, tempat mencungkil kepah bertaraf 6 bintang serta tidak dilupa makanan laut dan mempelam bertaraf 5 bintang.

~sedang mendengar: Sunday Morning -Maroon 5

MC: Jadi selamat datang ke Sg Hj Dorani yang banyak BINTANG!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...