GELAP

apa yg gelap sgt ni??

GELAPnyaaa…
Memanglah gelap,
Saya sedang menyokong Earth Hour 2009.

~sedang mendengar : Cengkerik di belakang rumah.

MC : Huruf apa yang saya taip ni, gelap sangat!

LUPA

nini tgh2 dlm versi lebih sopan

Saya LUPA harijadi Nini. 24 Mac 2009.
Maklumla saya sangat sibuk.

Hadiah: Kasih sayang suda…
Nama: Dini Sofea @ nama manja Nini Cokelat Celup
Umur : Genap 5 tahun atau 4 tahun atau saya akan tanya dia kembali
Hobi: Menonton kartun dari petang sampai malam dan suka membaca buku [dia baru 5 tahun, kenapa suka baca buku?]
Kartun kegemaran: Saluran 611 CERIA [Patutla ASTRO kaya]
Nama Balak: Firdaus [ Baguslah kerana beragama Islam]
Warna kegemaran: Merah jambu kerana sama warna dengan rambut patung Barbienya, walaupun dia tidak memliki rambut bewarna tersebut.
Makanan Kegemaran: Keropok yang disaluti MSG.
Cita-cita: Doktor, Kapal Terbang, Penyanyi Indonesia, cita-cita lain terlalu tinggi, tak sampai hati nak taip.

Kekebihan:

a) mendapat tempat pertama dalam peperiksaan pertengahan tadika dengan markah 97%
[mungkin mewarisi kepandaian makcuuunya, saya kata mungkin!]
b) menyanyi lagu Indonesia dengan bahasa yang rasanya orang Indon pun tak faham.
c) bergaduh dengan adik-beradik yang lain bagi berebut alat kawalan jauh TV untuk memastikan rancangan kegemaran Wonderpets dapat ditonton [sekali lagi, saya memang tak puas hati dengan rancangan ni]
d) mempunyai lesung pipit [mungkin mewarisi kecantikan makcuunya, sekali lagi saya kata mungkin!]
____________________________________________________
Saya lupa harijadi Makteh. 26 Mac 09 .
Kan saya sibuk
Selamat hari jadi Makteh ku sayang.
Keterangan dan gambar mengenai Makteh, tiada, kenapa?
Kerana saya malas nak terangkan..
Hadiah: Kasih sayang juga.. adil kan!
~sedang mendengar: Maybe dari Secondhand Serenade

MC: Da bagi kasih sayang pun tak puas hati, nak material juga, material semua itu adalah dunia semata-mata!

MONYET

tgok tuh, tak puas atilaa tuh... monyetlaa!!!


Saya agak tertekan.
Saya sudah berkali-kali membetulkan dan mengajar dia:
Saya: Mo…
Ate: Mo…
Saya: nyet….
Ate: nyet…
Saya: Moonyet..
Ate: Nyooomet..
Saya : Monyetlaa…
Ate: Nyoometlaa…tu nyomet…nyoomett…becaanyee nyomet….[dengan bangga menuding ke arah rancangan Animal Planet dihadapannya..]

Saya takkan putus asa.
Saya cuma perlu berusaha lebih saja.
Saya yakin, satu hari nanti pasti saya akan berjaya.
MONYET adalah monyet, bukan Nyoomet.

~sedang mendengar: Selamat Hari Ibu dari Hujan


MC: Apsal lak saya emosi sangat pasal monyet nih, adakah saya mengagumi binatang ini? Mmmm....

TABAH

tabah ye..

Semoga anda dikurniakan keTABAHan dari Allah S.W.T.

Dia dimasukkan kembali ke dalam HUSM [nama Hospital, bukan nama orang] setelah pembedahan beberapa minggu lepas.
Pendarahan.

Dia yang sedang mengandung juga di masukkan kembali ke dalam HSNZ [nama Hospital bukan nama orang] setelah kandungan bermasalah.

~sedang mendengar : Takdir dari Opick feat Melly

MC: Anda berdua orang yang terpilih untuk diuji, kerana anda berdua orang yang kuat…

ANAK

huargh..uwaaa..rock arr..

Ni anak Che Nora, sepupu saya.
Bukan ANAK saya,
Dia baru lahir,
Nama dia Aimi Najihah.
Dia sedang menguap atau menangis, saya kurang pasti…

Anak saya..
Saya pun kurang pasti bila saya beranak..
Doakan…
Anda jangan bagi komen yang terlalu membina untuk saya, erkk..

~sedang mendengar : Cantik dari Kahitna


MC: Pasal apa nak buang anak, buat anak nak..huh [ dalam akhbar semalam]

JIWA

dia suda jumpa belahan jiwa ...


Pagi tadi saya menerima SMS dari Tuan Tanah atau nama manjanya Edward De Bono pada pukul 2.33 pagi:

"Terima kacee, kolahh penguat JIWA aku, macam pembakar roti,
bule buat roti bakar untuk dimakan dgn jem @ majerin,
besar pahala wat org gembira... :)”
* sambungan SMS tidak perlu, kerana bakal mengundang kemusykilan dan ketakjuban!

Diingatkan pada semua, penguat jiwa tidak bermaksud belahan jiwa, jauh sekali…

~sedang mendengar : Say [All I Need] dari One Republic

MC: Owh penguat jiwa tu macam pembakar roti rupanya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...