AZAM

Saya jarang mempunyai azam untuk tahun baru… tetapi tidak untuk tahun ini …AZAM saya ialah :
a) menjadi seorang yang lebih serius
b) menjadi seorang yang lebih tegas
c) menjadi seorang yang lebih lemah -lembut
d) menjadi seorang yang lebih ….lebih….( anda boleh tolong cadangkan)
e) mencari seseorang yang…hehehhehehee….

Ok, ini azam tahun 2008 [tiru dan tampal dari blog lama]
Azam untuk tahun 2009:
Saya belum fikir lagi, nanti saya fikirkan......ya itula azam saya..
"menjadi seorang yang lebih banyak berfikir dari bermain"

[tolong jangan ragu-ragu mengenai azam saya, anda ada azam keee???]

~ sedang mendengar : That I Would Be Good dari Alanis Morissette

MUHARRAM

bce doa akhir thn & awal thn...


MUHARRAM Kareem..
selamat menyambut tahun baru 1430H
semoga azam tahun baru kita akan lebih bermakna..
apa azam anda? apa azam saya?
apakah azam encik azam [saya kurang pasti siapa encik azam ini]
semoga Allah dapat melimpahkan rezeki & mengampuni segala dosa-dosa ibubapa kita, kita, keluarga, guru-guru, rakan-rakan, kroni-kroni serta musuh-musuh kita ...Amin..
[saya nak azam.....anda fikirkanlah untuk saya...]
~sedang mendengar: Taubat dari Opick

UMUR

apsal cawan, bukn kek meningkatnya umur, sukatilaa

UMUR saya hari ini, sudah meningkat, menaik, memanjat dan sewaktu dengannya...
Terima kasih atas ucapan-ucapan,
panggilan-panggilan kecemasan erkk ..panggilan manja & mesra dari anda [terutama dari luar negeri saya]
pesanan-pesanan dari talian hayat erkk.. bimbit, di talian maya Friendster, Facebook, YM [keduniaan sungguh nampaknya..]
hadiah-hadiah berbentuk keduniaan [antaranya minyak wangi, baju, ubat, Teddy Bear atau Beruang Gagah weii biooo betull...]
belanja-belanja anda terhadap saya [lebih kepada makanan kurang sihat, makanan segera & makanan kebaratan]
Saya amat hargai, saya berharap dan tunggu lagi tahun depan...jika panjang umurnya.

Umur bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan, meningkatnya umur kita, maka ia semakin mendekatkan kita kepada kematian, yang seperti biasa kita akan leka, lupa, lalai, alpa, riak dan sewaktu dengannya. Pesanan ini untuk anda & saya!

Seperti biasa, pesanan-pesanan sejuk [baca: panas ] yang saya terima dari kawan, musuh, keluarga, bila agaknya saya akan berumah tangga?
Jika anda ingin mengucapkan selamat meningkat umur pada saya, ucap sajala... tidak perlu bertanyakan rumah tangga saya.. kerana saya belum bertemu lagi tangga tersebut...anda pula bagaimana, sudah bertemu tangga tersebut?

[saya gembira kerana ada yang mengambil berat rumah tangga saya di hari meningkatnya umur saya]

~sedang mendengar: Amsterdam dari Coldplay

HARI


Pakde kunun2 gaya herolaa tuh
pasai apa mulut comot nih

Nama: Kausar Nasreen Ahmad Jameel atau Acheen atau Wantaii
Umur : HARI ini genap 5 tahun...jika tidak silap
Kegemaran: Menonton kartun dari pagi sampai malam
Kartun kegemaran: seperti biasa ..Wonderpets & semua kartun saluran CERIA
Nama Balak: Chan Kan Lok...[saya akan nasihatkan dia memilih calon beragama Islam]
Warna kegemaran: Merah jambu kerana sama warna dengan rambut patung Barbie, walaupun dia tidak memliki rambut patung tersebut.
Kebolehan: Bercakap dalam bahasa penjajah walaupun tidak boleh membaca dalam bahasa penjajah
Kebolehan lain: Menjadi jaga apabila dimarah...agak keras hati seperti mamanya.
Kobolehan lain: Boleh menjadi model tanpa di paksa[ baca: sangat suka jadi model sebenarnya]
Model: World of Cartoon & Tadika [kurang pasti apa nama tadika dia...tapi ya muka dia terpampang di papan tadika]
mungkin kerana mewarisi kecantikan makcuuunyaaa, mmmm... mungkin juga
[anda jangan pengsan atau muntah darah selepas membaca kenyataan jujur ini!!!]

HARI ini juga, Harijadi Pakde... selamat hari jadi Pakde,
Pakde [gambar lagi atas dari Acheen],
keterangan mengenai Pakde, tiada, kenapa? Kerana malas nak terangkan..!!!

[ada sapa-sapa nak berkenalan dengan Acheen, dengan Pakde tak boleh dia suda berpunya, suda masuk anak kedua...]

~sedang mnedengar: Gemilang dari Jaclyn Victor

RASA

Apa yang anda RASA bila satu hari anda bangun,
anda didapati menghidap barah atau ketumbuhan....
apa yang anda rasa..
anda masih muda..
Rakan saya Dania [bukan nama sebenar], mungkin juga dia rakan anda, telah rasa.
Dania perlu pembedahan dengan segera

Apa yang anda rasa bila satu hari anda bangun
anda dapati isteri atau suami anda sedang nazak.....
apa yang anda rasa
anda masih muda...
Dekan saya Dr D[memang nama sebenar] mungkin juga dia pensyarah anda, telah rasa.
Isteri Dr D masih bertarung nyawa dalam bilik pembedahan..sehingga entri ini ditaip...
Bayi mereka telah meninggal dunia...

Apa yang anda rasa bila satu hari anda bangun...
anda tidak rasa apa-apa....
apa yang anda rasa
anda masih muda...
Hanya linangan airmata saja yang menemani anda pergi dari dunia

Muda tidak memberi makna pada anda dan saya
Jika dengan kehendakNYA..kita pergi jua..

[ semoga Allah memberi ketabahan dan semangat pada Dania dan Dr. D..]

~sedang mendengar: Andai Kutahu dari Ungu

MUBARAK

dari sudut atas..
satu ketika dulu...

rindu saat-saat ni...


Eid MUBARAK
Salam Aidiladha
err... lewat sangat ke ucapan saya..
saya rasa tidak..saya peduli apa...
Maklumlah darjah kesibukan dan kerja saya mengalahkan Pegawai Eksekutif Syarikat Penjajah. Saya rasa saya bakal menjadi Pegawai Eksekutif Syarikat Penjajah. Saya rasa...Ini Seriussssss..(tidak ada kena mengena dengan nyanyian lagu Wonderpets)
Semoga apa yang kita korbankan adalah keranaNYA.
Keindahan di atas diambil pada bulan Jun 2oo8

[yer.. entri yang sangat tegas, pantas, cerdas & seriuss..

~sedang mendengar: Taipan papan kekunci saya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...