PERIKSA

nie subjek menda ni?


29 Oktober 2008 – 6 November 2008

PePERIKSAan terakhir saya,
di sekolah saya yang sangat saya cintaiii....[betulaaa saya ikhlasss]
Doakan kejayaan saya, rakan-rakan, kroni-kroni dan musuh-musuh...
Anda riak dengan saya, selalu saya jadi orang terkahir menutup dewan periksa,
tahun ni, dengan nada yang riak dan berlagak:
"aku abisss dulu dr korang semuaa.. yeess..yessss..!!!! haaa indahnyaaaa duniyaaaku"

[doakan berjumpa lelaki idaman selepas ini, erkk tidak .. doakan berjumpa kerja idaman selepas ini, masalahnya kerja apa yang saya idamkan?]

~sedang mendengar : Terima Kasih Cinta dari Afgan

BUKA

mushroom soup manje. anggur itam .oren masam
gw da ckp gule2 nih sedapp dowhh
makanan melayu: bihun soto bkn capati


haahha.. mmg bestt umah tebukak -bukak nie..



Rumah saya tidaklah terBUKA sangat...
tapi...
terima kasih pada yang sudi mampir, datang, bertandang,
bergossip-gossip, bermakan-makan,
berminum-minum, bermain-main,
bertanya-tanyakan resipi,
berposing-posing sehingga tidak ingat dunia, iyaa masih ingat akhirat,
berlari-lari dan sewaktu dengannya.. saya sangat hargai.

[ thn depan kalau ada rezeki insyAllah saya jemput lagi]

~sedang mendengar: Ipoh Mali dari Point Blanc


ZAKIAH

adakah adik ini yg bernama Zakiah
Nama saya bukan Zakiah,
Jauh sekali nama Maklong, Makteh juga bukan Zakiah,
Mem CEO juga bukan bernama Zakiah,
Apalagi nama nenek sedara sebelah besan dia, bukan juga Zakiah,
Sama seperti makcik yang jual karipap gergasi & nasi lemak sambal sotong kat tepi Highway Saujana tu ... bukan namanya Zakiah,
Nama adik yang betulkan tayar kereta Maklong bulan lepas juga bukan bernama Zakiah,
Nama pakcik kedai runcit Paimin juga bukan nama Zakiah, yela nama dia da sah-sahlah Wak Paimin ke Wak Parjo..saya kurang pasti...

Tapi kenapa...
Kenapaaaaa...
Lagu ZAKIAH nyanyian Ramli Sarip bukan Hattan, bukan juga Jinbara, berlegar-legar dalam otak saya!!!
Dowh....
Saya tengok Prof Fazal bercakap, saya dengar dia nyanyi lagu Zakiah,
Saya tengok mamak tebar roti canai kat Syed Bistro, saya dengar dia nyanyi lagu Zakiah,
Saya tengok makcik cuci bilik air sekolah saya pun, dia nyanyi lagu Zakiah,
Saya tengok abang penjaga pintu Bank HSBC pun, dia nyanyi lagu Zakiah,
Saya tengok CEO pilih buah oren masam kat Tesco pun, saya dengar dia nyanyi lagu Zakiah..

Bukannya saya suka pun lagu nih...
takda kena mengena pun dalam hidup saya...
Tak pernah dengar sampai habis pun...
Siapa Zakiah ni?
Adakah saya terkena Sindrom Zakiah?
Kenapa nyanyian dia menghantui saya?
Kenapa suara semua orang bertukar menjadi suara Ramli Sarip ketika nyanyi lagu Zakiah tetapi bukan suara penyanyi Hattan atau Jinbara, erkk... sapa nama penyanyi dia erk ?
atau

Mungkinkah Zakiah bakal nama mak atau adik atau kakak atau nenek mentua saya.....saya kata mungkin...

[Zakiah..zakiah..haaa..tuh misterinyeee... saya terdengar-dengar lagi..owhh patutlaa.. saya memang tengah dengar pun..]

~sedang mendengar: Zakiah dari Jinbara feat Ahli Fiqr


IKLAN

betul, mcm nilah waktu muda muke Mem CEO
Saya menonton IKLAN Anlene di TV3.

Memang serupa. Sangat-sangat serupa. Ketawa
Saya bertanyakan kepada MakLong dan Makde.
Mereka juga setuju. Memang serupa. Ketawa.
Saya bertanyakan kepada PakNgah.
Dia juga setuju. Serupa. Ketawa.
Wajah Datuk Michelle Yeoh serupa dengan wajah Wan a.k.a Mem CEO a.k.a Mak saya.

Tapi sewaktu mudalah. Takanlah sekarang pula...
Adakah keluarga Datuk Michelle Yeoh merupakan keluarga Mem CEO?
Apakah pencarian salasilah keluarga kami oleh abang Mem CEO sudah sampai ke penghujungnya?
Michelle Yeoh, seorang cina dari Perak.
Arwah mak kepada Mem CEO juga merupakan seorang cina dari Perak. Tapi dah masuk Islam. Alhamdulillah.
Michelle Yeoh ... Mem CEO...
Mem CEO... Michelle Yeoh...

Adakah perlu Mem CEO berlakon dalam iklan Anlene atau The Mummy: Tomb of the Dragon Emnperor

[rasa-rasanya Mem CEO dapat tak anugerah Datuk, jika dia berlakon dalam iklan Anlene di Melaka bukan di Perak, mungkin, saya kata mungkin!]

~sedang mendengar: Yang Pernah dari Estranged

LETIH

tygan blakang umah anda..

Sewaktu saya menunggu pakcik bas pagi tadi, pukul 9.25 pagi:

Nas: Letihh sangat aku tengok ko minggu nie, merah gilee mate ko.
Saya: [Sengih]
Nas : Ko pegi parti yeee.. balik pukol 2-3 pagilaa nii...
Saya : [Sengih]
Saya dan rakan-rakan tidak pergi parti, kami balik pukul 4-7 pagi.
Kami dalam proses pembikinan dan pengeditan drama khurafat kami. Astagfirullah...
Dan ya, saya dan rakan-rakan sangat LETIH.

Tapi letih saya hilang bila ditegur mesra lagi manja oleh Arab [bukan sejenis kuih raya, tetapi sejenis orang] dan ya rakan-rakan saya semakin letih kerana tidak ditegur oleh dia.


[Maaf kerana Arab lebih berminat terhadap saya, sedikit riak disitu!!!!]

~sedang mendengar: Can’t Take My Eyes Off You dari Muse

KAYA

ternak cacing bule menjadikan kita kaya

Sekolah saya memang KAYA,
Suka menekan duit pelajar tidak kira masa...
Tapi tidak sanggup membeli kemudahan penting yang memang tidak pernah ada...
Sekolah saya memang kaya,
Sanggup menaja kereta Toyata Vios untuk pemenang-pemenang pertandingan Golfnya...
Tapi tidak sanggup menaja pelajar yang menang acara balapan, bola tampar dan renang berirama...
Sekolah saya memang kaya,
Sanggup menjemput pemain-pemain orkestra dari negara penjajah yang beribu batu jauhnya...
Untuk bermain biola, gitar kayu, tamborin, seksaaafon dan apa dia ______(isikan sendiri nama-nama alatan orkestra)
Tapi tidak sanggup menaja pelajar-pelajar bermain caklempong, kompang, rebana dan sewaktu dengannya...
Sekolah saya memang kaya,
Pelajar-pelajar yang awal menghabiskan pembelajaran kena denda
Memang sekolah saya kaya, sekolah anda bagaimana pula?
Tapi kekayaan sekolah saya tidak dapat menandingi kayanya anda yang melepaskan jawatan untuk selama-lamanya..
Anda, anak-anak anda, dan menantu-menantu kesayangan anda lagi kaya..

[saya habis awal dan akibatnya saya didenda untuk sekolah saya yang kaya]

~sedang mendengar: Be Yourself dari Audioslave

SALAM

Acheen dgn kasut rayanya
SALAM Aidilfitri untuk semua..
terutama keluarga,
rakan-rakan, kroni-kroni, sahabat-sahabat,
bekas-bekas bos, bekas-bekas pekerja,
juga tidak lupa musuh-musuh yang banyak...
membantu, menolong, memberi semangat ...jua
tidak lupa yang menghasut dan menganiaya.

[yerla..saya maafkan dosa-dosa anda terhadap saya lagipun saya da biasa: dengan senyuman yang sangat-sangat ikhlas :)]

~sedang mendengar: Dendang Perantau dari Alleycats, Mekaseyy!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...