HARU

tiada warna.. utk kesan yg lebih dramatik..
rekaan inilah yang sgt mendebarkan..
volumetrik..mmg suda ada unsur2 terharu gitu..

Saya sangat-sangat terHARU.

Keharuan saya tidak ada kena mengena dengan pakcik-pakcik yang sudah tua, pelik, jelik, yang rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari, dengan bangganya bercakap mengenai habuan seks sebagai sedekah, yalah... peguam anda sudah kata “ada kesilapan bahasa”.
Haru saya adalah kerana, saya menerima satu kejutan iaitu, menerima satu bungkusan sebesar pemeluk sempena Aidilfitri dari Sabah. Saya bukan berada di Glasgow atau Wellington mahupun Uganda, saya hanya berada di Kajang sahaja, itulah yang membuatkan saya lebih terharu. Sangat-sangat terharu.

Isi dalam bungkusan yang menyebabkan saya terharu:
a) Keropok Amplang
b) Kuih Chinchin (bukan kesilapan bahasa, hanya mengikut ejaan yang tertera)
c) Keropok Mlinja Asli (ejaan yang tertera)
d) Kad Raya Biru Emas( dengan tulisan tangan yang saya kira cukup ikhlas)
e) Gelang bewarna Hitam ( rekaan yang sangat mendebarkan)

" Sahhh.. tkejott & terharuu gilee aku...kolaa kwn aku yg palingg m'harukann...aku juge akn pastikan ko terharuu uu uu..."

[jika ada di antara anda ingin membuatkan saya terharu... , saya sangat alu-alukan !!! :)]

~sedang mendengar : I’m Still Here dari Vertical Horizon

REBUT

Rebutlaaa peluang ni...

REBUTlah peluang malam-malam terakhir Ramadhan ini..
Bukannya rebut peluang membeli-belah di Jln TAR sehingga 2 pagi..
Bukannya rebut peluang membeli alat solek di KLCC sehingga terbenam matahari...
Bukannya rebut peluang mencuci mata di sekitar Pasar Seni...
Bukannya rebut peluang mentadarah (baca: tiada kaitan dengan pertumpahan darah) sehingga tercekik ulu hati....
Bukannya rebut peluang menghabiskan DVD-DVD yang kurang halal tidak berhenti-henti...
Bukannya rebut peluang bergossip sehingga dinihari...
Rebutlah peluang yang hanya datang setahun sekali.....

[anda rebut apa?]

~sedang mendengar : Andai Ku Tahu dari Ungu

PENING

Muneerah Khayrah lagi suke tidur..

Saya pening.
Sangat-sangat pening. Lagi pening bila mendapat panggilan dari Atuk Mad:

Atuk Mad: Ko pening lagi ker?
Saya: Ahaa....
Atuk Mad: Ko tido tak ?
Saya: Taklaa... tgh cakap ni...
Atuk Mad: Hah tu sebablaaa ko PENING...ko takk tidooo... ko kan mana bulehh tak tidoo... pantang aku call, ko mesti tengah tidoo...
Saya: Hah....mane adenyeeee....
Atuk Mad: Ko buleh tak cukup makan, tapi kalo bab tidoo mana buleh...
Saya: Aaaa...[diam sambil memikirkan kebenaran ayat tersebut..memang tidak benar..errkk]
.........................................................................................
Saya pening.
Sangat-sangat pening. Lagi pening bila mendapat pesanan dari Dr F:

“ Sesungguhnya, kita tidaklah digalakkan berlebihan dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya tidur, renung-renungkan”-Dr. F

[ saya memang tak suka tidur, noktah!]

~sedang mendengar: Dugannya dari Hujan

BARU

16 September
Malaysia BARU yey!

opssss....


16 September
Iftar(berbuka puasa) ditempat baru yey!

[terima kasih untuk rakan-rakan dan kroni-kroni yang sudi menjemput saya berbuka sambil berbincang mengenai Malaysia kita]

~sedang mendengar: Bebelan dari Rakan-rakan

BAHASA

biskut nih dalam bahasa apa??

Sains dan Matematik...
Dulu anda suruh tukar BAHASA Melayu kepada bahasa penjajah Setelah wang berjuta-juta anda laburkan. Untuk memastikan anak-anak bakal mendapat pendidikan sempurna dalam bahasa penjajah. Sekarang anda suruh tukar bahasa penjajah kepada bahasa Melayu pula.

Anak–anak anda bukannya belajar di Malaysia,
Anak-anak anda belajar di negara penjajah,
Apa kena dengan anda semua ini, pelik, jelik, getik....
Bagaimana dengan bakal anak saya nanti (baca: saya andaikan) adakah mereka akan belajar dalam bahasa Melayu, penjajah atau urdu atau bahasa isyarat.

[saya juga akan menghantar saya dan bakal anak saya ke negara penjajah untuk pelajaran yang lebih cemerlang, gemilang, terbilang dan temberang]


~sedang mendengar lagu penjajah : Miss You dari Silverchair

UJIAN

*Mengadu padaNYA
UJIAN bukan untuk selama-lamanya.
Ujian akan datang pada setiap hamba Allah, mungkin 1 atau 8 hari, mungkin 1 atau 8 minggu, mungkin 1 atau 8 bulan, mungkin 1 atau 8 tahun, mungkin juga 1 atau 8 minit.
Ujian kesakitan, ujian kehilangan, ujian kesengsaraan, ujian kemiskinan, ujian pekerjaan, ujian alam rumahtangga, ujian bagi mereka yang belum berumahtangga, juga tidak dilupa ujian peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan yang terbaru ujian kemasukan ke sekolah berasrama penuh. [baca: sila baca akhbar harian untuk keterangan lanjut]
Saya berdepan dengan ujian, anda juga berdepan dengan ujian, sama-sama kita telah/sedang/akan menghadapi ujian-ujian ini. Bukan ujian kemasukan ke sekolah berasrama penuh, ujian-ujian lain maksud saya.
Semoga Allah memberi ketabahan kepada kita dalam menempuh ujian hidup.

[ semoga keluarga, guru, rakan, musuh saya tabah, saya sentiasa mendoakan anda semua, anda juga jangan lupa doakan untuk saya]

~sedang mendengar: Taubat dari Opick

MAAF


Kita tak perlu tunggu tiba Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha yang mulia baru nak minta MAAF. Kita boleh mulakan dari sekarang atau pada bila-bila masa.

Jadi, saya ingin meminta maaf atas segala, kekacauan, kekongkongan, ketidak adilan, kekejaman mahupun kepincangan dalam penulisan mahupun perbualan harian saya bersama dengan anda.
Anda tahu siapa anda. Saya minta maaf sekali lagi, mari kita berkawan dan bersuka-ria kembali. Yey!

[maafkan segala kesalahan saya ]

~sedang mendengar: Atas nama Cinta dari Rossa

TERJEMAH

*nasib baik dia tak suruh terjemah yang ni...

Raz tanya, saya sebagai seorang yang bertanggungjawab (baca: terpaksa), cuba untuk menjawab soalannya.

Raz: Tolong aku
Saya : Boleh….
Raz: TERJEMAHkan dalam bahasa penjajah (bahasa Inggeris)
Saya : Boleh....
Raz: Nie untuk subjek bahasa Melayu aku
Saya: (Mengangguk)
Raz : Kami kena amik tajuk-tajuk novel nih...
Saya : (Sekali lagi mengganguk)
Raz: Ok... Bidasari
Saya : Aaaaaa....
Raz: Badai Mantera...
Saya : Aaaaaa.....
Raz: Aaaaa..ja..tadi kata nak tolong aku
Saya : Dalam bahasa Melayu pun aku tak tau, menda maksud dia... nak suh terjemah mendanyaaa...
Raz: Arghhhhhh!!!!
Saya: ( Salahkah saya berterus terang)

*Perbualan kami telah diterjemah juga*

[Raz dari Maldives, pelajar baru untuk kelas bahasa Melayu, seharusnya terjemahlah ‘novel-novel’ seperti Sang kancil dan Buaya, Anjing dan Bayang-bayang atau Bawang merah Bawang Putih atau sila anda cadangkan....]

~sedang mendengar : Indah Kuingat Dirimu dari Yovie & The Nuno

RIAK

*Riak sangat ke warna & jenama dia???

Kadang –kadang kita RIAK..
Lalai dengan nikmat Allah
Bila kita berjaya, kita riak
Bila kita kaya, kita riak
Bila kita kerja, kita riak
Bila kita senang, kita riak
Bila kita dengar, kita riak
Bila kita nampak, kita riak
Bila kita dapat internet percuma, kita riak

Bila Allah tarik balik nikmat tersebut.
Baru kita ingat...

Bila kita gagal, baru kita ingat
Bila kita miskin, baru kita ingat
Bila kita tiada kerja, baru kita ingat
Bila kita susah, baru kita ingat
Bila kita tak dengar, baru kita ingat
Bila kita tak nampak, baru kita ingat
Bila dipotong internet percuma, baru kita ingat..

[ saya mengingatkan diri saya dan anda, kita semua perlu beringat...:P]

~sedang mendengar : Bent dari Matchbox 20

MUAR

* Pakcik Moto Besar & kedainyaa [agak je]

*Kastam Diraja Muar [bkn ke Kastam Diraja Malaysia]

*Macho sungguh abang ni berjalan..

* Seram gak tempat nih


Kami berada di MUAR selama dua hari, Muar bukannya seperti anda berada di Glasgow, Toronto, Bostan, Venice mahupun Damansara.
Muar adalah Muar, tiba-tiba saya terasa ingin mengungkapkan rasa Muar dalam bentuk sajak, tapi tidak perlulah rasanya, kerana ia pasti mengundang keraguan di hati anda.
Saya bukan mencari baju raya ke Muar, mahupun mencari CD-CD yang kurang halal lagi berbentuk ilmiah ke Muar, jauh sekali mencari ‘Pakcuuu’ ke Muar.
Saya ke Muar, kerana saya ingin ke Muarlah.
Gambar–gambar bangunan dan model saja, gambar-gambar yang boleh mengundang kepada kegoyahan iman [baca: makanan] tidak dapat disertakan bagi menghormati sensitiviti anda!

[bandar Muar sangat-sangat klasik, sebab itulah saya ke Muar, kerana saya klasik, saya harap anda setuju!!!]

~sedang mendengar: Januari dari Glenn Fredly

RAMADHAN

*bacalah dengan nama TuhanMu
Salam Ramadhan buat semua
[rakan2, sahabat2, keluarga2 tidak juga lupa musuh2]
Terima kasih atas SMS, MMS, email dan panggilan sempena kedatangan mulia ini.
Sama-samalah kita memperbanyakkan amal-amal ibadah,
kurangkan [baca:lupakan] gosip2-gosip dunia yang melalaikan lagi melekakan..

[saya ingatkan diri saya dan tidak lupa diri anda juga!!!]

~sedang mendengar: Harapan Ramadhan dari Raihan feat Man Bai


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...